Salam.....aku dah balik opis...tadi pergi klinik...kandungan gula menurun ke 9.4...Masih tinggi weh...Aku kena menjaga makan.... Cam mana nak makan sedap ya... Aku suka makan cempedak goreng, satay, nasi ayam, sup segala macam sup terutama sup perut. Minum teh tarik, holicks......Nasihat orang" boleh makan tapi jangan lebih lebih......." Kueh melayu semua manis, bubur durian pun manis macam anak dara....... Nak stop makan semua tu....Oh tidak.....
Hari tu aku nampak pizza ni...mengapalah waktu aku nampak pizza ya.......Ada juga hamba Allah bawak pulut kuning....Lagilah membuka selera aku tapi oleh kerana aku teringat bahawa raya hari itu aku susah nak berdiri....lupakan ajalah.... Orang kata tak guna banyak duit kalau badan tak sihat... Tapi aku, duit bukan banyak, makan berpantang.....rugi semuanya rugi....
Setelah bertanya pada kawan kawan semuanya macam handal sangat tapi sebaliknya mereka lebih teruk dari aku , cuma tak mengaku je....control hensemlah.........
Sebenarnya pepatah ada berkata " patah tumbuh hilang berganti " Kita adalah jenerasi yang berada disini yang akan pupus di masa akan datang. Sudah menjadi adat hidup, yang datang pasti pulang, pulang bersama kesakitan. Kesakitan pula adalah lambang jemputan dan peringatan ......Setelah berhempas pulas di dunia ini , apalagi yang bakal dibawa pulang. Esok lusa pasti berlalu,burung berkicau helang melaut, bulan menjelma menambah rindu, pengantin sendirian tiada berpaut.
12 comments:
Assalamualaikum PM
Alhamdulillah
menurun sedikit....
Wassalam
Masih tinggi tuh, kalau dapat 6 quite okay..
Saya juga ikut selera, segala menda nak makan tapi small quantitylah.. tak terkilan lah nanti..huhuhu
haha Pakdin, memang ada yang lagak sihat memanjang , lagi2 depan anok dara....hehe.
memang sah menyamar
kalu kita x kontrol makan, makan yg kontrol kita .. ops!
MAKAN BIAR BERPADA-PADA.. TETAPI KALAU DAH SEDAP, TAK BOLEH TAHAN JUGA, BELASAH JE SEMUANYA..
lapar pulak tetiba ahaha
pape pun... stay health, enjoy foods and control gula yer PM
PM ada amalkan makan nasi beras perang? Bagus untuk menurunkan sugar level.
sempena nak masuk tahun baru 2012, segala2nya nak kena tukar baru termasuklah attitude kita. Moga 2012 dan tahun mendatang bawa lebih kejayaan & kebahagiaan kat pak din :)
cam tu...habislah kesedapan
kena kuat semangat ni, nmpk makanan yg sedap2....
Post a Comment