Monday, January 16, 2012

KONDOM BERGIGI

Salam.....tajuk ini belum cukup hebat tetapi lebih hebat kalau ada si pemakainya. N3 kali ini ingin menyentuh soal penyakit berjangkit dan mempunyai badi tersendiri......Penyakit gila kepada bini orang............

Korang kat sane pernah gile kat bini orang ? Siapa berani jawab tolong angkat tangan. Marilah kita senaraikan kenapa lelaki boleh berkenan kepada isteri orang.


  1. Perempuan yang dia suka memberi respon baik punya.....
  2. Perempuan itu lebih cantik , seksi mengairahkan dari bininya
  3. Perempuan itu sangat bersopan dan lemah lembut sehingga kepala lutut pun longgar .
  4. Perempuan itu memberi kepuasan dengan tersangat puasnya
  5. Perempuan itu tidak berleter
  6. Perempuan itu memperlihatkan cara hidup berugama dan mengamalkannya
  7. Perempuan itu melayan dengan baik
  8. Perempuan itu pandai masak yang sedap sedap.
  9. Perempuan itu diiniaya oleh suaminya
  10. Perempuan itu haus.....sehaus hausnya
  11. Rindu kerana sangat tertarik
  12. Rasa belas ihsan datang setelah lelaki itu selalu menolong
  13. Dia sendiri kesunyinan
Kepada abang abang pakcik pakcik di luar sana, penyakit berjangkit ini boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun kepada mereka mereka berwajah suci. Bila kita melihat ada kawan kawan terkena penyakit ini, tolong jangan kata mereka kerana jangkitan kuman ini mudah merebak. Perasaan cinta diantara suami orang dan isteri orang adalah lebih indah, syahdu dan menakjubkan dan lebih dari perasaan cinta teruna dara. Jika terkena penyakit ini, perubatan harus segera dijalankan agar ianya tidak berpanjangan. Kepada mereka yang tersangkut di dalam masalah ini maka bersegeralah mendirikan rumah tangga baru dengan sesiapa sahaja asal sahaja bukan isteri orang, walaupun terlalu sukar untuk dilakukan. Maksiat yang berlalu dalam waktu yang panjang selalu melupakan taubat dan kematian. ..................................Kepada isteri isteri yang berniat hendak bomohkan laki, fikirlah panjang panjang.....kasih sayang sebenarnya tiada huruf, tiada sebutan, tiada bunyi.........selagi ianya berbunyi ia tetap palsu

p/s.... aku nak tenguk komen orang perempuan selain mengatakan lelaki selalu gatal...

3 comments:

PCL said...

selalu behati hati dlm bab ni...wajah 'suci' lagi banyak dugaannya...

perjalanan pulang said...

pakcik orang pertama bagi komen.. siapa lagi berani salin dari atok..dalam fb...isu yang mahal ni , dah banyak terlibat dalam senyap senyap

SufatihaNur said...

salam..komen sini leh kot..hehe

hati2 dgn semua wanita yang mana akan byk menjebakkan lelaki ke dalam neraka..

moga kita sentiasa dilindungi di bawah lindungan Allah di zaman fitnah dajjal al masih ni...amin

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...