Thursday, March 22, 2012

Bukan Menang Yang Kucari

Salam.........result SPM dah keluar......korang lulus tak ?

Ketika keputusan SPM keluar pada tahun itu, aku telahpun bekerja sebagai kuli. Kegagalan SPM sedikit sebanyak terubat juga dengan pekerjaan yang sedia ada. Hampir setiap hari jam 6.30 pagi sudah bangun untuk persiapan pergi bekerja. Orang lain berpejabat berhawa dingin dan aku juga berhawa dingin pagi pagi buta di dalam hutan belantara. Aku menjadi kuli batak di dalam sebuah syarikat juruukur. Pernah aku suarakan kepada abang aku bahawa ingin belajar belajar di sekolah makanik. Abang aku kata dia tidak sanggup kerana banyak belanja. Akhirnya dengan keinginan tidak mahu menyusahkan emak bapak, aku teruslah bekerja sambil makan angin ke serata negeri. Emak selalu bimbang dengan keadaan aku kerana emak tahu aku sebenarnya membawa hati......................

Waktu itu kehidupan ini terasa sangat sumbang. Kawan kawan yang lulus melanjutkan pelajaran, kebanyakkanya masuk ke tingkatan 6 termasuklah bekas girfirend aku.... Ya lah sape nak pandang muka orang bodoh macam aku, wajah selalu semak tidak pernah bercukur, pakaian tidak cantik sewaktu bekerja. Orang kerja dalam hutan buat apa pakai cantik....bodohlah kalau pakai tali leher... Namun kemanapun pergi, igauan masih juga ada apatah lagi melalui tempat tempat lama yang menjadi kenangan................Tahun demi tahun, rakan rakan telah lama berjaya ada yang masuk ITM, UITM,ATM dan KTM.....berbagai bagai M lagi..Buah hati pengarang jantung dah sampai ke Universiti Sain....aku ingat nak nyanyi lagu " TIARA' pulak....Suatu hari terjumpa dia dan dia terus memperkenalkan kepadaku dengan seseorang dengan kata " ini tunang saya, pelajar universiti tahun......."  Suka dan bangganya seorang wanita memperkenalkan tunanganya....Yalah...siapalah kita ni nak bangga bangga dengan dia....Mungkin lelaki itu jauh lebih hebat sehingga susah nak tidur malam dibuatnya.........

Hari ini aku melihat kegagalan di depan mata, kegagalan anak anak dalam pelajaran yang mana perlu diberi nasihat untuk hidup. Janganlah jadi nasib seperti aku yang terbiar tanpa bimbingan. Terbiar meredah kesengsaraan lantaran tercicir dalam pelajaran........Seorang dari kawan yang berjaya di UITM aku jumpa berniaga buah tembikai di Pasar Selayang. Sijil tidak membawa erti kepadanya....dia hidup dengan tenaga empat kerat...Seorang kawan yang gagal SPM aku jumpa jadi tokeh kedai di dalam TESCO. Buah hati aku pula sekarang dah beranak pinak dan sekarang mungkin dah bercucu.... Apalah ada kepada kebanggaan kerana hidup ini sebenarnya mengikut putaran masa..... Cantik tidak kekal, pangkat darjat tidak kekal, kita semakin tua, kubur semakin hampir, zaman sudah lama berlalu, pelakun sentiasa bertukar ganti. Cerita ini kuberikan tajuk yang pernah kutuliskan didinding rumahku dengan kapur..."Bukan menang yang kucari"


9 comments:

azman said...

Betul tu PM...yg penting kita tahu arah mana kita nak tuju untuk mencari kehidupan sendiri.

Kakzakie Purvit said...

Kita merancang, Allah menentukan. Sekarang PM dah berjaya. Kakak sebab dulu keluarga miskin kena rajin belajar walau buku rujukan 100% bergantung di perpustakaan. Takut miskin itulah kena rajin. Memang tak gagal dlm pelajaran tapi kerja dari dulu sampai kini jadi kuli juga.

Kawan kakak gagal SPM tapi kawin dgn org business, goyang kaki tak perlu kerja pun boleh drive BMW...

Inilah putaran dunia kita tak tahukan PM...

perjalanan pulang said...

mari marilah komen...siapa yang lingkup spm macam saya

Percaya said...

saya pun lingkup....hahahha

Unknown said...

Sayapun hidup2 makan jugak

maszull said...

assalamualaikum PM...x semua yg gagal dlm SPM akan gagal juga dlm hidupnya dan sikap x berputus asa itu yg penting pd diri seseorang utk mencapai kejayaan dlm hidupnya...:)

Percaya said...

kuat merajuk PM ni...membawa diri...hehe

mamaijat said...

.....bagai ada persamaan cerita PM ngn ex kawan lelaki sy...
dia membawa diri lepas kami habis SPM...
dan kini selepas 30 tahun kami jumpa semula...
mungkin situasinya berubah dan dah lain..
tapi isi hatinya tetap sama..
uuurrrmmm....
canner tu?????

perjalanan pulang said...

cerita yang penuh tragis............

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...