Sunday, March 4, 2012

Kebencian Di sebalik Senyuman

Salam........betapalah bumi ini indahnya, ciptaan tuhan yang maha kaya namun aku masih lagi menjadi manusia berdosa kerana tidak syukur padanya.......................

Nasib orang dan nasib kita tidaklah sama, niat orang dan niat kita juga tidak sama, betapa kita cuba memperbaiki diri mencari kebaikan, orang masih lagi akan salah tanggapan..........Seorang puteri hadir ke rumah pm beberapa hari lalu. Dia mengikut anak pm bertandang ke rumah, dengar khabarnya akan menumpang di rumah pm selama 3 bulan untuk menghabiskan pengajiannya di kolej swasta. Pm tak kisah , buat sahaja seperti anak sendiri asal sahaja mengikut peraturan. Pm tidak minta apa apa walaupun satu sen, cuma pm beri syarat iaitu apabila tiba waktu makan, makanlah bersama sama sekeluarga. Lagi satu pm pesan, waktu petang mungkin singgah dimana mana beli makanan, almaklumlah rumah pm jauh dari kolej, balik selalu lewat sampai ke rumah dan tidak mungkin ada kesempatan untuk masak waktu malam.........

Kekadang kadang pm lihat mukanya kelat sahaja, tidak mahu bercakap dengan pm , mungkin malu agaknya atau mungkin ada sesuatu yang tersembunyi. Semalam anak pm beritahu yang budak itu nak pindah dan cari rumah sewa. Katanya rumah pm banyak kucing dan dia pula ada asma. Itu pantang pm bila sebut pasal kucing penyebab bertambahnya asma............ Sudah banyak orang bela kucing, tidak mati pun......nabi pun bela kucing..................Agaknya mungkin rumah pm ni sempit dan tidak bebas bergerak.............

Malam tadi, pm dengar dia bukan main suka ketawa sebab hari ini dah nak mula cari rumah sewa. Dia benar benar nak keluar dari rumah pm.......Pm tak kisah, ayahnyapun tidak pernah sekali pun talipon pm menyampai  salam dan bertanya kabar. Mungkin tidak tergerak hatinya berkenalan dengan pm padahal bukan sekali dua anaknya ke rumah pm. Inilah dikatakan hati manusia, dia kata ayahnya yang suruh pindah..............

Pernah dulu anak perempuan pm minta kebenaran untuk duduk menyewa dengan kawan kawan dengan alasan tempat kerja jauh. Pm tidak benarkan dengan sebab pm ini masih kuno dengan peraturan. Anak anak perempuan kalau terlepas dia akan mengubah haluannya dan sejarah.......Kata orang bukan semua jahat, asal pandai jaga diri . Itulah cakap orang, cakap orang yang sangat berakal. Sesiapa yang hendak melepaskan anaknya sesuka hati , buatlah, siapapun tidak marah tapi pikullah dosa anak anak itu yang masih dipertanggung jawabkan.

Berbalik kepada cerita tadi eloklah dengar lagu sudirman.. Anak Dagang..........." jaga tutur kata, cakap orang jangan dibangkang, fikir dahulu sebelum berkata, biar merendah."


6 comments:

maszull said...

assalamualaikum PM...yer la kita kalau nak menumpang di rumah orang kenalah pandai2 bawa diri jgn nak tunjuk muka dan byk alasanya...

respect la tuan rumah tu kan bak kata pepatah masuk kandang lembu menguak masuk kandang kambing mengembek...

perjalanan pulang said...

susah nak adjust mulut jadi kambing

Nong Andy said...

benar belaka. selagi anak gadis itu belum berkahwin maka di bahu si ayahlah tersangkut segala dosa si anak tak kira kecil atau besar..

jangan pandang ringan...

prince zakry said...

saya sokong kata2 PM tu..

Queenie said...

tersentuh hati saya baca...
memang payah menguruskan hal2 sebegini wlp kita tak pernah minta.
peliknya ayah sigadis tu...patut lah anak dia pun camtu...

Percaya said...

kambing terlepas kandang....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...