Cerita disini agak kelainan...... Beberapa bulan yang lalu pm mengintai ngintai FB anak anak saudara , termasuk ibubapa mereka namun pm lihat sesuatu yang kurang ialah tiada gambar nenek mereka. Gambar lain sewaktu mereka bersuka ria memang ada. Maka terlintaslah di dalam hati pm untuk membuka satu FB diatas nama nenek mereka. Pm masukkan beberapa gambar lama dan termasuklah gambar IC nenek mereka. Pada mulanya ada yang terperanjat kerana melihat nenek tua mereka ada akaun FB
Akhirnya ramailah diantara mereka yang masuk keruangan itu menyebabkan FB itu agak meriah. Tujuan utama pm adalah untuk menghimpunkan seluruh keluarga disini. Cara pm ini juga banyak dipakai oleh keluarga lain dan apasalahnya pm mencuba............
Baru baru ini pm terima pesanan ringkas dari salah seorang cucu nenek ni..Dia kata, buat apa buka FB tok tu, buat malu aja............. Pm agak tercabar dengan kata katanya... Pm ni orang KL, nenek tu cuma emak mertua pm, budak ni baru setahun jagung menumpang di KL ini belajar hidup. Dah sombong dah tu !
Orang orang dari bangsa asing membangga banggakan orang orang tua mereka. Lagi lama tok nenek dia hidup , lagilah bangga mereka. Ada yang tidak larat berjalan mereka heret bawa ke tempat makan yang mewah mewah. Kita mungkin cuma ada satu orang tua penghubung persaudaraan....dah tak pandang, malu pulak kononnya..... peeeee lah.....
Pm sangat berkecil hati, di zaman ini juga masih ada orang mahu mewarisi si Tanggang.....Pm tidak akan pandang dia lagi....Ini KL, tempat orang buat maksiat tapi masih ada nilai mengenang orang tua..eloklah balik aja ke kampung....................
5 comments:
Assalamualaikum PM
saya sempat melihat nenek semasa saya kecil ajer
begitulah
asslamualaikum PM...yer la anak2 kenalah diajar menghormati orang yg lebih tua dr mereka semenjak mereka dr kecil lg agar mereka akan sentiasa tahu menghargai org tua2...:)
sepatutnya berasa bangga/
sokong dgn kata maszull
klu saya pun berkecil hati dan sedih.. sementara mereka masih ada, inilah peluang untuk kita menghargai mereka dgn pelbagai cara..
Post a Comment