Thursday, April 26, 2012

BERSIH

Salam.....

Sudah beberapa hari membicarakan tentang perhimpunan 3.0. Aku melihat bandar Kuala Lumpur ini seperti biasa sahaja dan tidak seperti 2.0 dulu. Kalau ada yang panas panas sedikit cuma dataran merdeka. Hari ini , bas kereta, LRT, monorel, teksi dan juga lori lori sampah berjalan seperti biasa. Esok hari Jumaatpun agaknya seperti itu juga. Tahun lalu, pekerja pekerja hotel tinggal 3 hari di hotel masing masing, tahun ini tidak pula rancangannya sebegitu. Mungkin mereka lebih mementingkan perniagaan daripada melayan cerita cerita dongeng ini.

Apa sahaja berlaku, kita tunggu dan lihat............Hari Sabtu 28/4/2012 adalah hari bersejarah dimana "bersih" akan mencipta nama di situ.

Kita akan melihat limpahan mereka di jalan jalan raya dimana kereta dan bas akan berhenti melihat siaran lansung......Surat khabar akan bertambah laris, pengguna internet juga semakin meningkat semuanya kerana BERSIH 3.0

Kalau tak dapat balik ke rumah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kita nak tidur kat mana ?


1 comment:

maszull said...

assalamualaikum PM...boleh plak tido atas tu x jatuh ke..:)

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...