Malam kian merangkak kegelapan, sang cengkerik menyanyikan lagu rindu melenakan mata. Ah...semakin tak larat mengangkat kelopak mata ini. Malam itu Tun berulang kali datang , Siti juga tidak ketinggalan menyambung nyambung cerita. Hanya kerna Kentoi adik sepeguruan membikin onar, semua orang marah. Jali sebagi orang tengah juga berkeluh kesah justeru kerana buah hatinya diganggu kentoi..........Soal perempuan memang tidak pernah habis, menjadi keributan seadanya. Mengapa perempuan itu curang ? Mengapa menggadai kasih saudara........
Perbincangan tidak berakhir disitu, Panglima Bugis datang bertempik marah. Masih teringat lagi kisahnya membunuh kekasih hatinya kerana kecurangan. Kekasih tercinta bermain kayu tiga dengan pemuda lain. Kini seolah olah sejarah berulang lagi, kemarahan sudah sampai ke puncak. Aku melihat panglima turun ke halaman, mengumpul pasir di dalam dulang. Lalu pasir itu dibentuk menjadi dua lembaga badan manusia. Sebilah keris tumbuk lada siap tersisip di pinggang, gunanya untuk menikam pasir terbentuk bagi mengakhirkan hayat si kentoi dengan perempuan itu
"Jangan panglima" Tun bersuara. " Jangan di apa apakan budak mentah itu, ambillah seekor kambing dari kandang kami sebagai galang ganti" katanya lagi. Puas juga memujuk Panglima itu, puas juga cuba merampas tumbuk lada di pinggang. Akhir pergelutan berlaku menentukan kalah dan menang , tumbuk lada dapat dirampas dan disorokkkan. Malam pekat teus berlalu menuju siang.......esoknya kami terjaga....adik kentoi masih bernyawa, panglima telah lama pulang...............Tun dan Siti juga tiada.....
senjata saya yang ada
p/s pasir itu membentuk patung manusia. Perbuatan ini sepertinya tuju tuju yang mana boleh mencederakan manusia secara batin dari jarak jauh.
No comments:
Post a Comment