Thursday, May 10, 2012

Cinta Buaya

Salam....melihat tulisan cik telor , membuat pm kembali merindui waktu waktu yang lalu. Waktu itu pm bekerja sebagai juru ukur di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Tiap tiap minggu misti ada projek di dalam hutan atau sekurang kurangnya tempat tempat semak di hujung bandar.

Waktu itu, seronok mencium bau bau hutan di pagi hari dan waktu senja. Waktu itu pm belajar mengenal pokok tongkat ali, daun sibadara, pokok seluruh, rotan tunggal dan lain lainnya. Waktu itu belajar memahami pantang larang suapaya mulut tidak gatal menyebut itu ini.

Yang paling seronok bila tercium bau nasi lemak , cok kodok pisang bila berada di empangan empangan kecil. Manalah ada orang masak sebegitu di tengah tengah hutan. Tinggal di dalam hutan sambil memasak sardin dan menggoreng pucuk paku adalah satu kegemaran. Baunya sungguh menyelerakan. Allah sahaja yang tahu......Kekadang kadang terjumpa tapak harimau dan juga tapak buaya di tebing tebing sungai. Suara suara monyet dan kera yang bising di waktu senja, unggas unggas yang beredar pulang sebelum kegelapan......Semuanya jauh dari kehidupan kota hari ini...........................

Harimau kota lebih ganas dari harimau di hutan.....harimau  di kota sudah disekolahkan dan diberi makan tapi masih tak faham faham bahasa. Buaya di kota sudah diberi makan ayam setiap hari tetapi masih lapar mengangakan mulutnya.


3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

boleh baca alat EDM la yer...

Telor Power said...

salam pm.

wah ni otai jalan2 dlm hutan. tapi...peristiwa terbau makanan tu juga saya pernah alaminya di hutan kampung sendiri. (dihutan cameron highlands) masa tu cuba mencari dari mana dtg bau makanan tu. Alhumdulillah...sempat sedar dari lalai (disedarkan oleh kawan)

perjalanan pulang said...

salam...pengalaman mengajar kita

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...