Rindu rasanya pada sekolah lama pm. Dulu dikenali sebagai Sek. Men. Jenis Kebang saan (Ing) Batang Kali. Berjenis jenis pulak sekolah tu. Orang kata itu sekolah orang puteh tapi orang kampung macam kami ni cakap melayu je. Sekarang dah tukar nama pulak
gambar dari tepi jalan
Dulu di depan ni kami beratur ramai ramai, pakai seluar hijau dan baju putih. Masa itu Cikgu Hj. Hashim Zakaria jadi Guru Besar. Tergelak pm tenguk perangai dia sebab dia selalu terlupa..... Dulu pm jadi Yang di Pertua Persatuan Ugama Islam sekolah. Sekolah ni tak ada dewan , kena bukak kelas jadi dewan sewaktu ceramah agama.
Ini bilik guru gamaknya
Masih cantik dipandang
Semalam kawan pm cuba hubungi pm melalui facebook. Besar niatnya, nak mengumpul sebanyak mana murid tua sekolah ini... Agaknya banyak jugak bajet nak dikorek ya. Maklumlah , misti ada makan makan, cakap cakap. Busuk busuk pun kena jugak teh tarik, nasi lemak dan bihun
Ini dia kawan pm, suaranya sedap seperti suara Jamal Abdillah. Anak dah besar besar dan juga ada menantu. Ya lah... bukan dia sorang sahaja. Ramai lagi bekas murid sekolah ini sudah berjaya. Kalau kau tak percaya tanyalah YB kita
Niat yang baik memang disokong seratus peratus. Banyak juga murid tua ni dah jadi tokeh besar....Apa lagi kalau dah lupa marilah saling berkenal semula.
Sorang lagi ini pulak sangat bergaya..dah jadi tokeh besar....alhamdulillah dan boleh jumpa di Tesco Bukit Beruntung.....
3 comments:
kalu jumpa nnt mesti masing2 da jd org hebat kn?
as,salam pm
wah yang toley besar tu mcm muda jer? mcm artis pun ada
tu gambar hiasan...orangnya macam tu jugak...
Post a Comment