Wednesday, June 6, 2012

DAH DEKAT RAYA

Salam......Hari Raya aidilfitri masih jauh lagi tapi bunga bunga persiapan telah mula dilakukan terutama kepada mereka yang sudah dan baru beranak pinak. Tahun ini agaknya pakai baju warna apa ? Balik kampung tentu best....Saya nak balik kampung rasa tidak seronok sebab emak dah tak ada. 

Tahun ini entah dimanalah hendak menumpang. Adik beradik semuanya mempunyai rumah di kampung, kita hanya ada sebiji rumah di bandar. Nasib baiklah rumah itu dibeli dan bukan rumah sewa. Hendak menumpang di rumah adik beradik rasanya tidak sampai hati pulak. Ya lah, kalau besar besar pun bukanlah rumah kita. Manalah hendak di sumbat kita ini anak beranak. 

Adik beradik kita bukanlah seperti dulu. Dulu anak anak kecik kecik sekarang semua dah besar besar dan sudah bermenantu dan bercucupun. Kalau kita berjalan berselisih bahu, terasa sempit di dalam rumah tambahan pula ada pula kerabat sebelah mertua dan sebelah ipar duai menumpang sama. Betullah kata arwah dulu " dimasa akan datang adik beradik menjadi orang lain, orang lain pulak menjadi adik beradik beradik". Kalaulah sudah tidak ada orang tua, hubungan adik beradik itu entah sampai kemanalah agaknya. 

Kita tidak usah menyalahkan orang lain, salahkan diri sendiri kenapa tidak beli sebiji rumah di kampung. Tapi mampu ke ? Orang yang tidak mampu buatlah cara tidak mampu. Kalau nak balik juga carilah rumah tumpangan. Jangan menyusah adik beradik, pagi pagi raya barulah menjenguk muka. Kalau tidak bawa buah tangan, makanlah anak beranak ala ala kadar je , nanti habis beras rumah orang. Zaman ni beras memang mahal, ikan temenung pun mahal...lainlah dulu boleh dapat 50 sen.


Buatlah buget bodoh kalau nak balik kampung... sewa 130x 3 malam, minyak letaklah 300.00 dan tol pulak letaklah 120.00. Di sana aja sudah 810.00 tidak termasuk makan minum. Kalau nak jimat lagi tidurlah dimasjid, di petang puasa terakhir masih boleh makan free sehingga malam......

Saya mencadangkan elok aja tak usah balik, duduklah di tengah bandar ini dengan gembiranya. Kalau setakat ketupat lemang banyak bersepah , janji ada gambar agong. Tidak payah sibuk sibuk nak ziarah kubur, berdoa dari KL pun doa akan sampai juga. Dah tua tua ni, apa nak sedih sangat...bukannya orang nak ingat kita pun.


12 comments:

bujal X said...

tahun ni saya punya raya hambar sikit~~1st time raya sebagai yatim piatu~~sedih sikit~

bujal X said...

Saya mencadangkan elok aja tak usah balik, duduklah di tengah bandar ini dengan gembiranya. Kalau setakat ketupat lemang banyak bersepah , janji ada gambar agong. Tidak payah sibuk sibuk nak ziarah kubur, berdoa dari KL pun doa akan sampai juga. Dah tua tua ni, apa nak sedih sangat...bukannya orang nak ingat kita pun.

jangan la camtu pakcik~~sedih sangat bunyinya tu~he~~

perjalanan pulang said...

tak sedih pun.....orang KL selalu hebat

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

Wahhh...pendapat PM sama macam saya, tapi hubby berkeras juga nak balik kampung dia, walhal hampir setiap bulan balik, walaupun mak dan abahnya dah tak ada, jadi saya ikutkan ajerlah..
Dia gembira, saya tumpang suka..
Alhamdulillah

atuk said...

Waalaikumusalam PM

raya pertama di rumah sendiri
kemudian ada rezeki (Insyaallah) ziarah adik beradik...rapatkan ukhwah

Telor Power said...

sedih pulok baca kisah sedikit bicara dari PM ni....

saya tidak pernah berayaa di bandar lagi
takpe....jangan kecik ati..nanti ajak kawan2 yg xbalik bila raya nanti . tak pun ajak jer kawan2 bloger yg tak balik kg dtg beraya.


eh puasa pun belum lagi nie....hihihi

Yaya Azura said...

rasa sedikit sayu baca perenggan terakhir..
Insya Allah org dikampung ingat dekat PM sekeluarga..
nak balik kg semua perkara kena fikir,apatah lg bila melibatkan belanja besar..tak dapat balik tak ape lah..malam raya telefon bermaafan...

pB said...

tahun ni , tahun pertama , beraya tanpa ayah dan mak ....



rasa sungguh tidak lengkap

kittkate86 said...

sabar ye..raya di mana pun sama saja..yang penting hati kita gembira..(^_^)

DrFIO said...

Bila time raye je mesti syahdu...

Salam kenal drpd saya...follow blog tuan :)

perjalanan pulang said...

salam, terharu dengan sokongan anda semua. Saya bercerita melalui pengalaman saya. Ada orang senasib dengan saya, ada orang lebih bahagia dari saya. Yang penting kita cuba membuang perasaan tidak baik sesama sendiri di tengah tengah perjuangan hidup yang entah bila tamatnya.

Unknown said...

saya mmg tak mau balik kerana semenjak ayah ibu tiada kami adik beradik seperti tidak sebulu lagi ..aaah tengoklah kalau budget mcm pm kata ..dok je di rumah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...