Thursday, June 21, 2012

Musnah

Salam.......

Semalam pm jumpa kawan lama, masa kecik kecik dulu selalu bersama. Sekarang dah jadi orang besar dan berpangkat. Kebetulan semalam ada function kat tempat kerja dia. Bukannya pm nak pergi mengendeng pun tapi dengan sebab ada keluarga pm kat sana. Bila pm sampai di muka pintu dewan tu dia tak bagi masuk Dia kata " nanti orang komplen."

Pm rasa malu sangat, sangka pm dia tegur dengan ramah atau sekurang kurang bagi tahu pm yang bodoh ini bahawa tempat itu dilarang masuk dengan sebab sebab tertentu. Pm pun bukanlah kebuloo sangat nak makan kat sana. Sudah bertahun tahun pm hidup dalam tempat function, tempat orang melompat terkinja kinja. Dah bertahun tahun pm tenguk orang teguk air haram dan janganlah buat pm sepertinya orang kampung yang tidak reti bahasa yang terlangak langak tenguk orang............

Inilah manusia, mungkin pm hadir ke sana berpakai buruk kut........atau ada cerita cerita yang kurang baik tentang diri pm di kampung. Biar apapun rasa sakit hati diberi oleh orang kepada kita tidak kita minta. Ambiklah balik rasa sakit hati itu semula kerana itu bukan hak pm. Kalau pandai meludah dengan mulut, pandailah menjilat balik. Pm mahu berlepas diri dari sakit hati itu dan tidak mahu musnah kerana kesakitan itu............ Mintalah ampun kepada Allah tuhan Yang Maha Kaya


3 comments:

maszull said...

assalamualaikum PM....ada juga orang yang begini kat dunia ni...harap mereka sedar...:)

PCL said...

itu bukan kawan namanya pm...besaq mana sangat dia tuh !, kan pm sekarang ni PM..apa nak herankan..*maaf saja meghibur hati pm nan lara..jgn duk sedih sangat..biar lah kat depa..masa depa duk atas mmg kebanyakkan manusia mcm tu..harap tak akan ada kawan2 kita yg lain mcm tu lg.

perjalanan pulang said...

bukan lelaki...pempuan tu..sama sama ngaji quran waktu kecik kecik dulu..entah apalah dosanya sampai cam tu jadinya..waktu dia bercakap dengan pm bersahaja saja dan lepas tu tak pandangpun muka pm...itulah pelik sungguh....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...