Semalam pm pulang ke kampung setelah seminggu berlalu arwah bapa pm meninggal dunia. Biasalah kalau berjumpa adik beradik banyaklah cerita cerita misteri yang disebut. Orang melayu memanglah seperti itu, tak ada mistik tak adalah melayu......Lalu adik pm pun bertanya hendak atau tidak keris peninggalan arwah bapa pm
Pm jawab tak mahu sebab pm tidak tahu nak buat macam mana, lagipun di zaman ini orang pakai pistol, dari jauh dah boleh tembak sahaja. Bila tenguk koleksi adik saya, macam orang nak berperang pulak..
Macam itulah minatnya dan dalam seminggu ada 3 hari mengajar budak budak bersilat. Pm ni, waktu dulu berminat juga tetapi sekarang sudah malas, sekali sekala turun ke gelanggang lenguh lutut dan kaki... Dah tak relevan kut ?
Pm cuma ambil pisau lipat ini sebagai kenang kenangan. Bolehlah buat potong limau untuk mandi mandi, atau buat kopek buah buah. Orang tua kalau dah tak ada gigi mungkin perlu menggunakan pisau ini........ha ha ha...
Masa arwah bapa mertua pm meninggal dulu, pm cuma kutip kitab kitab lama yang tertinggal di tepi tangga. Siapalah nak baca tulisan jawi lama tu, banyak helaian yang koyak koyak. Anak cucu manalah nak pandang. Lagipun di zaman sekarang sudahpun moden, alquran digital dah ada, tunjuk aja dah suara membaca quran. Jadi tidak perlu bersusah susah mencari guru. Bolehlah ikut ikut..... kan..............?
Arwah bapa pm pun ada quran besar, tidaklah pm mengambilnya. Di dalam rumah pm dah ada quran... Kalau simpan banyak banyak tidak baca, apalah gunanya ya ......Tapi seperti biasa orang melayu tersangat bimbang takut keturunan keturunan kita dulu dulu mempunyai saka....Cerita melayu memang macam tu.. Kalau keturunan kita dulu jenis ostad ostad ahli masjid, tak apa lah jugak.....Tapi kalau jenis kuat menampo orang , bengis macam jin ...payahlah sikit....
6 comments:
assalamualaikum PM...betul tu kalau barang lama2 mcm ni mesti ada jer yg menyatakan yg bukan2 memang mistik...:)
barang barang lama biasanya adalah benda bukan bukan suka singgah terutama senjata. Gelang dan cincin emas pun ada jugak.Barang pusakalah memang cam tu....rumah tinggal lagi ada, paling tidak ada semut dan lipan
Slm ramadan tuan..mohon link blog saya perigitimur.blogspot.com diblog tuan..tq
salam ,cantik keris tu...
assalamualaikum pm..kebanyakan barang lama tak kira jenis apa..dikira saka..dan paling tak best bila ada jin duduk menumpang (selalunya milik nenek moyang tanpa pengetahuan cucu cicit)..mereka nilaa selalu menganggu manusia keturunan tuan dia..bila nak buang bukan main payah..sebab dah beranak pinak...org sekarang tak percaya tetapi jika kita tanya pakar perubatan islam yang mengamalkan rukyah ayat ayat al quran..memang betul kewujudan makhluk ni kat barang barang lama tu..kena cari..kena bersih atau buangkan dahulu baru boleh berubat..kalau tidak jin tak mahu pergi..wallahualam
bukan main banyak pulak hantu ni...kat kerusi kat pangkin, kat roti dan susu pun dia orang ada ya !
Post a Comment