Salam.....Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Orang orang bukan islam ada yang menyatakan bahawa hari raya ini adalah untuk orang haji sahaja dan kalau belum haji tak perlulah raya....Kalau pm cakap bahawa kita dah naik haji kat Malaysia ni, tentu orang cakap kita gila. Mana ada tempat menunaikan haji di Malaysia kecuali ugama Sun Man.....
Di zaman moden ini banyak orang berpeluang mengerjakan haji, bahkan berulang kali, asal ada duit. Kalau tidak ada duit tak sampailah hajat, kita berhaji di sini sahajalah.....Tak usah pelik.......
Hari ini pm solat aidil adha dan solat jumaat juga di Keramat..... Sekali sekali solat dalam KL ini best juga. Di dalam KL ada bermacam macam rupa perangai manusia disebabkan sudah terlampau bijak pandai. Disini guru agama senang ditemui bersepah di tepi tepi jalan dan juga di kedai kedai kopi dan kalau susah susah sangat ada internet boleh mengajar....
Di sebelah pm ada seorang jemaah iaitu seorang pemuda penuh bergaya, orang Kuala Lumpur memang canggih. Dia mengerjakan solat sambil menggaru garu dan menenyeh hidungnya berulang kali. Bukan sekali tapi dah lebih 3 kali......ada juga solat berjemaah tetapi membiarkan barisan saf yang putus putus.
Kehebatan seperti inilah yang pm suka tenguk. Semakin banyak orang bijak pandai semakin hodoh pula nampaknya.
Bagi pm orang seperti ini tidak benar benar belajar solat, kerjanya main ikut ikut ...Bab solat tidak habis lagi, kini beratur pula pergi berhaji. Waktu pergi begitulah perangainya, sudah pulang tidak berubah juga. Jadi soal hajinya itu diserahkan kepada tuhan sahajalah ? Maka berdoalah mudah mudahan Allah menerimanya ?
Kerana itu pm lebih suka mengajak berhaji di Malaysia, intai intai dan selak selak tentang kerja solat kita. Jangan main balun sahaja. Buat ikut sedap, buat ikut buku dan lansung tak ada cikgu..malas hendak bertanya, malu nak tahu....Di hari esok kalau ada orang bercakap bahawa orang yang mengerjakan solat itu telah memenuhi 5 rukun islam dalam solatnya termasuk haji maka jangan pula ada bengong bengong memahaminya.......Ye ke ?
Suatu hari lagi anak anak cucu kita akan menganggap bahawa cerita cerita tentang tuhan dan akhirat adalah cerita dongeng, hayalan yang tidak diketahui penghujungnya,,,,kau orang tak usahlah marah....kerana ilmu telah kehilangan berkat, belajar ugama dikenakan bayaran, orang pandai pandai sangat sibuk dengan dirinya, masjid menjadi gedung shopping terbesar. Belajar agama kena ada sesi makan dan minum, kena sewa dewan besar besar. Agama itu menjadi duit, mendapatkannya perlu duit. Orang miskin akan bodoh tentang agama, orang kaya akan memiliki quran terbesar dan tersangat digitalnya. Di sana sini orang membawa quran, bahkan di kelab kelab malam dan juga jamban.
4 comments:
huhhuhu....best entri PM kali nih...^^
Adakah nilai beragama, nilai agama itu sendiri sudah semakin rendah? ohhhh
ya lah...ramai orang suka download alquran kat dalam hp, baca tak tahu jadi boleh dengar ajalah. Jadi ramailah bawak quran kat sana sini, tunjuk kat member member, dia orang kata ini aplikasi...bukan quran betul... Jadi quran betul tu dok kat mana ? Ada pulak main simpan je, baca tak jugak...Nilaian quran itu kini entah dimana. Rasa hormat juga entah dimana, akhirnya kita bawa alquran makin angin...........
Bergantung pd nawaitu masing2... sikit2 lama2 jadi bukit.. alquran simpan di hati.. ins'allah
Post a Comment