Sunday, October 28, 2012

Itek Di swimming pool Mati Kehausan

Salam........

Selepas tinggal di rumah sewa di Selayang Baru, pm berpindah pula ke Desa Jaya Kepong. Kalau di Selayang , jiran sebelah menyebelah atas dan bawah adalah di kalangan bangsa sendiri tetapi di Kepong sangatlah jauh berbeza. Jiran kiri kanan depan dan belakang adalah terdiri dari bangsa Cina dan India serta Benggali. Setiap hari mendengar sorakan anjing dan loceng sembahyang, manakala penempatan orang melayu agak jauh sedikit dari rumah.



Di sini pm dan sekeluarga belajar mengenali hati budi orang, biar siapapun mereka, mereka adalah tetap jiran kita. Sakit pening dan apa jua masalah kita, jiran kita adalah saudara kita. Hanya adat bangsa dan agama yang berbeza tetapi darah tetap sama merah, tubuh tetap kejadiannya dari Allah....

Kami melihat semua perayaan dan adat, anak anak pm bebas ke rumah mereka dan mereka juga tidak ada pantang larangnya ke rumah pm. Pernah rumah jiran terbakar, maka sama samalah kami datang membantu begitu juga apabila pm keluar meninggalkan rumah maka adalah jiran yang baik hati tolong menjaga anak anak. Terkadang kadang pm tertanya tanya juga kenapalah kita sesama sebangsa susah sangat nak berbaik baik sesama sendiri. Kerja orang kita suka mencari selisih faham, umpat mengumpat, berbangga bangga , hina menghina...........Cuma yang bagus orang kita pasal bab mengubur orang, orang kafir tidaklah boleh menguburkan kita................

Kalau kita mempunyai kawan bangsa asing yang datang dari luar negara, kalau kita menemui pelancong dari luar negara, apakah yang hendak kita tunjukkan tentang budaya bangsa kita. Tentu kita akan kata bahawa bangsa kita adalah bangsa yang berbudi bahasa, tentu kita akan tunjukkan apa yang kita pakai dan kita makan. Kita sangat berbangga dengan bangsa kita ........Akan tetapi apabila mereka melihat orang kita bercakap penuh maki hamun, sombong tidak tentu hala, mementingkan diri sendiri, sudah tentu kita akan merasa malu dan tidak tahu nak jawab apa......


Masih belum lambat untuk bangsa kita bersatu mebentuk satu komunti yang terbaik....Salah sebuah surau di Keramat baru baru ini telah menyediakan juadah minum pagi selepas sahaja solat aidil adha. Pm lihat sendiri bagaimana mereka tidak mengira sesiapa, samaada orang tempatan ataupun orang luar. Semuanya dijemput makan. Makanan itu pula bukan sahaja hasil dari duit surau tetapi juga dibawa oleh penduduk tempatan untuk di makan beramai ramai. Seperti kata imamnya " kalau sikit kita makan sama sikit dan kalau banyak kita makan sama banyak.  Di luar sana masjid masjid besar tidak berbuat demikian, masing masing hanya menunggu daging daging korban. Masing masing memikirkan apa sahaja yang masuk tetapi tidak memikirkan apa yang mahu diberi. Apa salahnya diberi makan orang orang yang solat dan kemudian sama sama mengerjakan ibadah korban ...


Inilah keadaan kita pada hari ini yang masih belum bersatu sebaiknya orang orang luar yang datang bersatu di  tempat kita. Mereka bersatu menjadi satu kelompok dan menopoli tempat kita. Melihat pada keadaan mereka itu kita akan berasa marah sedangkan bangsa kita saling tolak menolak....itu bukan kerja aku itu kerja kau.....itu bukan salah aku tapi salah engkau.....

2 comments:

zino said...

ada yg suka dalam kelompok masing2 sahaja..

perjalanan pulang said...

itulah yang susahnya

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...