Saturday, October 20, 2012

Misteri Di Kaki Bukit

Salam......................

Cerita misteri memang jadi kesukaaan ramai...kalau main tambah tambah juga semakin sedap. Kebenarannya hanya Allah yang tahu.......

Apakah yang benar sebenarnya ? Semenjak dari kecil lagi pm dijaga dengan penuh berhati hati....Orang orang tua dahulu sangatlah suka berpantang larang, anak cucu bukanlah semudah itulah keluar rumah, apatah lagi merayau rayau dengan tidak tentu hala. Kalau dibandar banyak kereta tetapi di kampung banyak pula cerita hantu dan orang halus. Pendik kata kalau tersalah langkah kita terlanggar dan terpijak mereka....


Kecik kecik lagi emak membenarkan anak anak belajar silat. Entah kenapa tidaklah ketahuan tapi sememang itulah aktiviti orang kampung di malam hari asalkan tidak mencuri atau mengendap anak dara orang


Di belakang rumah pm di katakan ada penempatan bunian. Pm tidaklah pernah berjumpa mereka tapi arwah emak memang melarang kami semua merayau ke sana di waktu tengahari buta atau di waktu senja. Pernah di waktu kecil dahulu pm terdengar bunyi riuh rendah di kaki bukit, nampak juga unggun api menyala nyala. Kalau dilihat nyata manalah ada manusia dalam hutan itu. Orang kata " orang bunian itu sedang membuat kenduri kendara, Sekarang dah tak ada dah....entah kemana mereka pergi... bukit sudahpun kena cangkul, agaknya mereka pindah ke rumah flat.

Dulu arwah wan tidak membenarkan pm menjenguk ke tingkap waktu hujan ribut. Arwah wan kata bahwa kepala ribut itu ada berupa kepala gajah dan juga kepala kuda. Biasanya arwah wan akan hidupkan api, bakar tempurung dan sabut kelapa, buat asap banyak banyak. Budak budak macam pm manalah nak dengar cakap, pm intai jugak....Tak nampak kepala apa pun tapi nampak angin berpusing pusing, seram juga dibuatnya. Pm nampak air hujan berwarna kuning di waktu senja itu, titisannnya agak keras. Siapa yang kena air hujan itu memang sah demam...bukan sehari dua tapi berhari hari... siap meracau racau sekali....entah hantu apa pulak duduk di sebalik hujan itu ?

Bila bunyi petir kuat, anak cucu duduk diam diam dalam rumah macam anak ayam duduk bawah kepak ibunya. Orang kata batu petir tu macam kapak. Kalau kena , alamat putuslah terbelah jua akhirnya. Arwah atok ada simpan satu batu petir, dia buat asah pisau. Orang kata kalau batu petir tu keadaan baik, member yang tukang hantar tu ambik balik.....Sampai hari ini pm tak pernah jumpa member tu

gambar hiasan

Satu lagi orang kampung panggil  petus. Ianya berbentuk batu bulat, ianya keluar meletup dari perut bumi. Biasanya ia tembak pokok besar besar dari bumi ke bahagaian pangkal pokok. . Biasanya juga pokok yang kena tembak itu akan mati tidak beberapa hari selepas itu dan buahnya tidaklah dapat dimakan. Orang yang menembak pokok dari bawah bumi itu pm tidak pernah jumpa. Jumpa peluru sahajalah.................

Selain dari itu, hantu yang lompat lompat atau guling guling tidaklah pernah pm jumpa, hanyalah mendengar cerita dari mulut ke mulut. Kalau setakat nampak ekor harimau itu adalah tetapi hanyalah sekejap sahaja melintasnya. Soal bau bau memang ada.....di kampung banyak bau bauan....bau busuk, bau minyak urat, bau bunga sehingga ada yang menghantar bunga kepada kita. Orang cakap kalau  badan kita ada parut dia orang tak hendak, kalau tidak sudah tentu dah hilang ghaib dan tak jadi penulis blog sebegini...........


3 comments:

PCL said...

Org lama mmg terer ngenakan bebudak..yg degil ja x mau dgr ckp..ada saja alasan depa. Tp kalo difikirkn logiknya..mmg btl kpd bdk2 degil tu.

perjalanan pulang said...

entahlah pcl, ada benda yang dulu kita tenguk,hari ini memang dah tak ada. Arwah guru mengaji quran saya ada cerita pasal ikan duyung, katanya semua cukup lengkap seperti perempuan. Hari ini jadi cerita dongeng sahajalah..........

azieazah said...

Zaman dulu orang tua tua memang menyalurkan cerita utk dijadikan tauladan atau pantang larang. Tapi bila cerita itu dibawa dari mulut ke mulut, ditokok tambah pula. Lalu yg elok lojik ada yang terus jadi tak lojik langsung.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...