Thursday, October 11, 2012

Perempuan Bertenggek Di Anjung Rumah

Salam......,

Marah agaknya kakak ipar pm malam tu. Nasihatnya menyuruh kami adik beradik melawat maklong yang sedang sakit di Sabak Bernam. Adik pm menyatakan tidak sanggup pergi, yang lain lain juga semacam itu juga ceritanya. Pm lagilah berfikir fikir sangat. Kononnya adik beradik berpakat hendak bagi maklong RM 2,000, bagi merasa duit peninggalan adiknya. Kami pula bercadang cadang hendak menyerahkan sahaja kepada anak maklong tapi agak ragu ragu... Maklum sahajalah soal duit......

Pm malas nak cakap apa apa, namun terlepas juga cakap " kalau ada sesiapa yang mengaji sifat 20 yang tinggi tinggi tu , pergilah jumpa maklong " kata pm.....Orang macam saya ini tidak setinggi itu ilmunya " ulasan pm lagi. Pm cakap, rambut maklong tu mengerbang, dengan tiba tiba kakak ipar melenting " kau dah tenguk " katanya......... Sememangnya susah nak berunding dengan orang seperti ini.....................

gambar hiasan

Kalau kita hendak marah sememangnya tidak berguna, masa muda muda dulu maklong jadi bidan, maklong jadi mak andam. Maklong bukannya bidan dan mak andam moden, semua pakai serapah jampi. Bukanlah sorang dua mendapat perkhidmatannya. Sekarang maklong sudah uzur, serapah jampinya tidak dapat menyelamatnya, tapi benda yang bertenggek di belakangnya menjadi masalah.....

Kita ini anak cucu bukanlah takut pada benda tu, bendan tu makhluk allah juga. Bukanlah dia berkuasa membinasakan kita kalau Allah tidak izinkan. Untuk sekadar cakap cakap sebegini siapapun boleh , kalau berdepan dengannya belumlah tentu lagi keadaan kita. Apatah lagi tubuh badan yang lemah, iman yang tidak kuat. Nanti ada yang menjerit sama atau sekurang kurangnya menyakat pulak balik ke rumah.

Orang cakap kita jangan suka mendengar cakap orang, kalau tiada ilmu di dada jangan nak berkokok sepertinya ayam jantan. Sampai hari ini pm tidak tahu siapakah yang pergi menziarah maklong, mungkin kakak ipar pm sudah pergi agaknya..... Mungkin kakak sudah ketawa besar melihat kebodohan kami adik beradik. Yalah....ilmu kami tidak seringgi dia, yang selalu duduk mengaji di surau........maka keji lagi kami ini .........................


6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam PM,

Huishhhh...ade lagi ker orang2 mcm gini, kenapa tak bawa orang pandai untuk benda bertenggek tu..

perjalanan pulang said...

salam, maklong saya mempunyai anak. Seperti juga bapa saya, di saat saat akhirnya kami adik beradik berikhtiar cuba merenan bebanannya. Jadi pada masa ini waris beliau lebih bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah.

dhinai said...

Bukan senang nak selesai bende bende camni...

Unknown said...

wah... inilah masalah warga kita. nasib begini banyak menimpa melayu. ntah musibah apa. nak cari org berkemampuan bukan senang.. nasib tak baik jumpa kaki auta.

uncle gedek said...

sakit jantong tengok gambar hiasan tu...

perjalanan pulang said...

ha ha ha.....kalau rupa yang betul cam mana pulak ya ?

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...