Thursday, November 1, 2012

Penipuan Daging Korban

Salam......

Sudah anda kenyang makan daging korban ?


Alkisah kekadang cerita daging korban menyebabkan ada orang hempuk meja dan koyak kupon di depan pak imam. Sungguhpun kerja korban ini adalah satu ibadah dan soal mendapat daging korban atau tidak adalah dengan kehendak Allah, peranan manusia dan kejujurannya diperlukan. Jangan salahkan tuhan jika anda tidak mendapat daging korban kerana yang berkorban adalah manusia dan mengagihkannya juga manusia.

Kalau di zaman dahulu hanya orang kaya dan orang yang ada duit sahaja yang boleh berkorban tetapi sekarang semua orang boleh berkongsi untuk sebanyak mana lembu yang ada. Kerja korban kini sudah menjadi benda biasa, bahkan anak anak muda yang baru bekerja juga mampu membiayainya. Jangan tanya pasal barkah tapi cuba tenguk perkara ini betul ataupun tidak.

Ada orang mempolitikkan kerja korban, pasang bendera parti di tempat korban dan mengagihkannya hanya di kalangan parti  sendiri. Ada orang menyembelih korban di kampungnya manakala daging korban di agihkan ke kampung lain. Ada orang memberi daging korban hanya kepada adik beradik dan saudara maranya , manakala orang orang yang susah di kampungnya pergilah beli daging lembu di pasar , jika teringin  sangat nak makan daging. 



Yang paling dahsyat tuan tuan, kupon telah diberi, waktu pengambilan telah ditetapkan tetapi apabila kita sampai ke tempat tu...daging dah habis........siapa pulak yang sapu ...Memang sah pak imam nak kena tumbuk muka dia atau kandang lembu kena bakar sampai hangus......

Orang akan suruh kita sabar, orang akan kata ' bukan rezeki awak"......Pandainya manusia bermain kata kata apabila dah sesak tak tahu nak jawab apa.

Pm nak pesan, jangan terlalu berharap......Kalau dahulu orang yang menyerah daging korban main bagi daging yang tak senonoh pada budak budak, sekarang ini apalah bezanya.....Rumah orang kaya pun dapat daging korban kerana rata rata orang kita yang berkereta besar ini masih miskin hati perutnya.  Maka kerja korban bukanlah menjadi kerja ibadah lagi malahan menjadi pesta politik mengumpan undi, pesta cekik ramai ramai saudara mara. Akhirnya yang miskin , tidak ada nama, tidak berupa tidak dapat apa apa.

6 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Di kampung kami yang berada di negeri paling miskin itupun, dah tak berapa ramai yang layak menerima daging korban. Tambah pula, di sana ramai sangat orang korban, sampai daging tak tahu nak agih kat siapa.

Dengan sebab itu juga, saya dah jarang berkorban di kg sendiri sebaliknya ambil pakej korban di luar negara. Semoga lebih ramai orang dapat merasa daging korban bahagian saya itu, insyaAllah.

Gadis Kampung said...

ada juga ye bergaduh pasal daging korban..kesiannyer..rasa malaysia nie bukanlah negara miskin sampai daging korban pun [erlu berebut..

Pelatuk said...


Syukur kepada Illahi kerana diberi rahmat yang melimpah-limpah.

Namun begitu saya bersyukur lagi bila mendengar ceramah oleh seorang Ustaz pada hari sabtu di TV1 yang menjelaskan mengenai korban ini. Rasanya banyak pekara yg telah gagal memahami korban dari sudut agama. Kita lebih dilihat lebih kepada sudut amalan budaya berbanding kehendak agama.

Pertama: adakah kita benar-benar layak menerima daging korban tu?

Kedua: adakah fakir miskin di kawasan kita tu dipastikan mendapat daging korban tu dan tiada yg tersisih!

Ketiga: Mana sumber daging korban tu?

..dan banyak lagi persoalannya. Jgn kita hendak berseronok je utk mendapat daging korban!!!

perjalanan pulang said...

ada banyak pendapat, ada orang kata daging tu diselewengkan jual ke pasar. Hari ini ada banyak kejahatan, ada orang sanggup jual orang tak kan mereka tak sanggup jual daging korban.

Norhafizah Othman said...

Pembahagian daging qurban
1/3 - utk tuan rumah yang berqurban,
1/3 - utk faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 - lagi bagi sesiapa yang memintanya atau yang tidak meminta.

perjalanan pulang said...

Saya menerima pendapat yang sederhana ini yang mana tidak menyakitkan sesiapa. Oleh kerana terlalu banyak melakukan qurban maka terjadilah berbagai peristiwa. Ada yang kecewa kerana kehilangan hak pada hari itu. Bertahun sudah saya tidak memperdulikan daging qurban dan bertahun sudah juga org merampas hak orang lain

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...