Dah ambil duit BRIM ke ? Bukan main seronok lagi nampaknya.... Ialah dapat RM 500 untuk kali ke 2. Kau tak ambik ke ? Soalan itu diajukan kepada pm. " Tak" jawab saya ringkas sekali. Tidak ada sesiapa nak tanya panjang panjang. Rata rata adik beradik seluruh kampung termasuk ipar duai sahabat handai semuanya ambil. Abang ipar pula sibuk mengirim surat kepada orang kampung iaitu jemputan untuk mengambil duit BRIM.
Berbagai pendapat kita dengar melalui corong telinga. " kerajaan dah bagi kita ambiklah" kata mereka. Dengar khabar dalam satu rumah ada 5 kepala, masing masing ada kapal sendiri, semua kepala itu dapat duit BRIM. Tidak ada susahnya, cuma isi borang dan hantar, pasti dapat duit itu." Kau tak ambik ke " soalan berulang lagi...." " Tidak" jawab saya.......
Ada orang menunggu nunggu untuk dapat duit BRIM, barulah berkira kira mahu berjlan jalan ke Kuala Lumpur. Ada pula yang duduk di rumah anak anak di KL, bergegas balik untuk ambil duit BRIM. Duit ada segala galanya untuk kita rupanya.....Di sudut sana setelah ambil duit BRIM kedengaran sayup sayup bersuara " kita tukar kerajaan baru ya tahun ni "......Rupa rupa sudah kaut BRIM masih ada juga niat yang lain..........
Rambut sama hitam , manakala hati lain lain walaupun adik beradik keluar satu perut..... Ada orang tidak puas dan sentiasa inginkan segala galanya dalam hidup. Bos pm dulu pernah berkata " jangan makan sampai muntah " Hari ini bukan sahaja muntah, malahan air matapun sudah keluar tahi kerana terlalu kenyang...
Terpulanglah kepada diri masing masing untuk memilih, samada bertahan dengan prinsip yang ada ataupun menjualnya dengan harga yang murah...............
" Apabila wang ditembak ke dalam kota dengan meriam, semua rakyat bergembira sehingga terlupa menjaga pintu kota "
Semuga Allah mengampuni dosa kami semua.....
Di pejabat tanah KKB 4hb FEb. 2013
4 comments:
Kakcik tak layak untuk menerimanya. :)
saya dah ambik dah..... tapi maaflah undi saya bukan untuk BN ...
Saya tak dapat pun....
agaknya sebab saya di bawah kerajaan lain kot. hehehe
Banyak orang cakap kalau tak ambik kita rugi sebab kerajaan nak bagi....agaknya kita sombong tak ?
Post a Comment