Wednesday, August 7, 2013

DASAR PEMALAS

Salam................

Hari Raya mengajak kita berfikiran seperti budak budak kembali. Ada ingat nak main mercun dan meriam walaupun dilarang larang. Ada ingat nak berhenti kerja dan selepas raya cari kerja lain pulak...



Situasi kekurangan pekerja adalah lumrah buat pm terutama pada waktu hari raya. Di saat kita meluluskan cuti cuti pekerja yang layak, ada pula pekerja lain mengambil mc atau tidak hadir pada hari raya. Dia yang dahulunya berjanji akan bekerja pada hari raya kini mungkir janji. Akhirnya sesiapa yang tinggal terpaksa berumah dan bermalam di tempat kerja. 

Seingat pm waktu masa masuk kerja dulu, bukanlah main kata manisnya. Semuanya boleh..... Kini yang boleh jadi tidak boleh. Kini katanya company ini tidak bagus setelah bertahun "cari makan" di sini. Jika kalian semua bercerita tentang Islam dan kesyukuran, mereka bukanlah orangnya yang layak menerima mertabat itu. Mungkin mereka akan berubah di masa akan datang, tapi entahlah......

Bagi pm orang yang suka ponteng memonteng ini eloklah dicantas sahaja. Jangan disimpan lantaran simpati kerana mereka bukan membantu kitapun. Orang yang kerja kerajaan dan pejabat mungkin agak senang bercuti tapi bahagian operasi kena bertugas 24 jam. Jalan yang baik adalah berhenti kerja semata mata nak beraya... Kalau suami orang buat perangai begini, maka mati tak makanlah anak bininya...


3 comments:

✿INA AINAA✿ said...

hurmm semoga PM tabah menghadapi situasi ni... apapun, selamat hari raya..

chengmai said...

Apa nak heran zaman ni semua org kerja kerana duit tak ada yg betul2 ikhlas bukan ke kerja itu satu ibadah pasal tu la selalu tak cukup duit sebab duit yg kita bawak balik nak bela anak bini atau anak laki tu tak berkat.kalau dah tak berkat banyak mna pun tak cukup.bos sya selalu cakap kita ambik orang kerja nak bgi kita senang bukan menyusahkan.sabar la pak din tuhan sedang menduga.ada rahmat disebaliknya.

Unknown said...

berraya lah kita....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...