Setiap masa sejarah itu berulang. Hari ini hari orang lain, esok mungkin hari kita pula. Setuju tak ? Sepertinya sedikit cerita saya dan juga kenalan yang lain menyentuh tentang orang tua yang terlantar sakit.
Seorang perempuan tua terlantar sakit di rumah anaknya. Dalam keadaan lemah letih lesu tidak berupaya mengurus diri sendiri. Segalanya bergantung kepada anak anaknya yang saling bertolak tolak sesama sendiri. " Kaulah jaga, aku sibuk" Kaulah jaga sebab kau anak lelaki" Kaulah jaga sebab aku lelaki manalah aku boleh cuci berak dan tukar pampers emak"...... Begitulah diantara kata kata yang biasa didengar.......
Anak perempuan pula menghadapi masalah suaminya. Adakala suaminya tidak suka ibubapa mertua menumpang dirumah. Kadangkala kadar kemampuan suami tersangatlah terhad walaupun untuk membeli susu dan beras. Kadangkala ibubapa lebih tenteram di rumah sendiri dan anak anak akan melawat sekali sekala. Dalam kes ibubapa yang lumpuh atau hilang keupayaan mengurus diri, siapa pulak nak jaga ?
Ibu pula, yang sakit cuma tubuhnya, tapi mulutnya tidaklah sakit. Duduk di rumah anak anak , semuanya tak sesuai. Semuanya ada cacat cela. Anak ini sakitkan hatinya, anak ini tidak beri makan katanya, anak ini banyak anak dan bising katanya, anak ini lebihkan lakinya katanya. Pendik kata semuanya tak kena dan tidak termasuk bebelan dan maki hamunnya. Nak suruh dia solat dia marah, kalau solat pulak macam tak kena sahaja. Ada orang cakap, orang tua ini dah balik jadi budak, ustaz suruh sabar tapi sabarkah kita ?
Ada juga orang kita lihat begitu bagus menjaga orang tuanya. Tapi semua itu wayang sahaja di depan mata orang, sebaliknya dia adalah manusia yang kejam.
Nasihat yang terbaik adalah " jangan perduli apa orang kata, jagalah dengan penuh rasa tanggung jawab, belajarlah ikhlas walaupun liat nak ikhlas. Percayalah pada Allah. Hidup ini penuh kenyataan dan pembalasan juga nampak nyata. Jangan tanya kenapa nasib ibubapa kita begitu sewaktu tuanya. Jadikanlah pengajaran yang baik untuk diri kita.
Sewaktu muda ini janganlah cerewaet sangat, belajar bersyukur, belajar menerima takdir Allah. Jangan sangka buruk pada Allah Taala. Mesrailah Alam ini dengan rasa kesyukuran, jangan membunuh jiwa yang diharamkan, jangan menyakiti orang, jangan buat aniaya...........insyaallah masa tua anda akan dilayan dengan penuh kemesraaan
3 comments:
ikhlaslah kita di dalam setiap perbuatan...
rasa macam nak kongsi sesuatu di sini tapi....jejari ni bagai kaku nak menaipnya...
saya bersyukur mak dan ayah kandung saya tidak diuji kepayahan yg begitu...
alhamdulillah,,,,,,,semuanya baik baik belaka
Post a Comment