Wednesday, September 18, 2013

Anak Haram

Salam................

Alkisah lama sudah aku meninggal Bukit Bintang. Di sana yang tidak ada hanya emak bapak sahaja manakala yang lain semuanya ada. Tapi yang nak aku sebut ialah benda yang haram haram itulah.

Tidak ada sesiapa yang suka menghalalkan benda haram tapi di bandar besar seperti Kuala Lumpur ada benda yang boleh diubah ubah oleh manusia. Dasarnya manusia telah duduk di dalam alam haram maka semuanya indah dipandang mata. Aku nak tanya ada ke korang nampak orang melayu bukak hotel. Tentu tidak banyak ... kan ? Maka sensitiviti  dapatkah dijaga oleh bangsa lain ?



Di dalam hotel ada bar tempat minum arak, ada pentas tempat gelut gelut, ada SPA tempat urut urut, ada bilik tempat henjut henjut, ada ba.....tempat sedut sedut..... Maka di sanalah pula hendak diwujudkan lesen halal. Boleh ke gamaknya seperti supermarket ada section halal dan non halal walaupun datangnya dari peti ais yang sama ?



Hari ini aku berada di Chow Kit dengan tiba tiba ura ura dengar ada orang nak buka restoren China di dalam hotel. Tidak salah kalau China yang makan tapi mau ke orang orang melayu makan di dalam dewan makan yang sama ? Kalau pinggan mangkunya diasingkan bagaimana pula dengan sudu dan gelas ? Bagaimana pula orang orang kerajaan atau parti parti kerajaan datang ? Ada mereka tidak mempunyai hidung dan tekak untuk merasa. Jelasnya bangsa bukan melayu tidak terasa sensitiviti orang melayu.....orang Islam. main gasak sahaja nak berniaga dan ada pulak si bangsat yang luluskan. Kata mereka negara Islam. 

5 comments:

Queenie said...

sedangkan kedai makan yg berlambak dlm Aeon Big tu pun saya tak lalu, macam ayam penyet tu, kalau taukenya bukan Islam mmg saya tak terliur punya...saya tak percaya kalau tauke bukan islam tu nak amik ayam sembelihan orang Islam yang dijual oleh orang Islam, rangkaian ayam mereka lebih power , ayam mati terpenyek dlm kotak lori tu buaknnya a big problem kat mereka, mana ada haram pada mereka? darah pun mereka buat hidangan...tapi tu la...org melayu ni termasuk la pak haji mak aji, ustaz ustazah, asalkan ada logo halal jer, menderu2 masuk makan dgn bangganya, tp pandai cakap bahawa mencari yg halal tu fardhu...kesian!

samidogol said...

Orang melayu kebanyakannya cakap tak serupa bikin, cuba pegi kat food court dekat hkl dekat stadium tu mee curry cina halal katanya le beratur melayu aji mak aji makan sedap katanya. Aku tak lalu tersekat ditekak padahal banyak kedai melayu jual curry mee ditempattu. Melayu umno bn halal haram gua sapu duit rakyat duit gua ya.

perjalanan pulang said...

laaa, saya tak post entry ni dalam fb tapi rupanya ada orang baca juga. Saya sebenarnya sakit hati bila tempat kerja saya dah nak mula buat kerja bukan bukan. Ada ke nak ambik masakan babi tu nak bawak ke dewan melayu selalu makan

Queenie said...

mee kari kat kedai melayu tu nak kena hati2 jugak, kalau penjual tu beli paste ready made Ipoh mali, siap! sahih2 la...

skrg ramai penjual makanan melayu (Indon apatah lagi) nak kerja senang jer, serupa la macam yong taufu kat pasar malam tu, ntah apa kandungan fish ball mibol tu, mereka sanggup borong dari org bukan Islam sbb boleh berhutang. yg pembeli Melayu pun main hantam jer makan pasal yg jualnya pakai tudung dan cakap melayu...

mmg dah parah dah...pendek kata sendiri mau ingat...bila org yg pegang amanah ugama pun tak boleh diharap, ini la jadinya...

perjalanan pulang said...

aku nampak myamar pakai tudung kat pasar borong. Pakai bedak putih tepek kat pipi

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...