Wednesday, September 25, 2013

Cinta Jannah.....

Salam...........

Semalam tenguk cerita Cinta Jannah tak ? Mai oiiii berkejar kejar balik ke rumah. Akupun ada tenguk jalan jem petang semalam....


Banyak member member kat opis rasa marah bila tenguk anak si jannah tu sampai 9 tahun. Baik beno laki dia tu dan lepas tu kecantikan si jannah tak luntur pun sampai selepas solatpun masih ada pakai eye shadow. Nampak kantoi bila ternampak microphone tergantung jelas melalui cermin almari. 

Penat bila tenguk adengan malang tak sudah sudah........cerita melayu macam tulah.... Tenguk salah, tak tengukpun salah. Sebenarnya orang nak tenguk si jannah tu aja....


Apapun cerita tu dah menarik hati orang kita sehingga melambatkan solat maghrib. Tunggu sampai habis cerita barulah solat... Kerja masak memasakpun tergendala dibuatnya..


Drama melayu suka mencepat cepatkan untuk mengakhirkan cerita sehingga tidak ketahuan apa sudahnya. Sikap terburu buru ini tidak memberi faedah.....sekali sekala sepertinya filem tamil juga...

Seperti yang aku sebut tadi " tabik" sikit" untuk pengarahnya kerana berjaya memanggil aku pulang cepat semalam padahal aku tak pernah tenguk lansung cerita awalnya.......

1 comment:

chengmai said...

kalau dah cinta sejati kenapa tak cari sampai 9 tahun baru terjumpa.sampai ka sudah mak bapak jannah tak tau yg dia dah kahwin bukan nya mengandungkan anak luar nikah.kalau lah kakak dia yg dengki tu boleh lihat betapa senang nya hidup jannah alang kah gembira nya.ending cerita ni macam tergantung2 atau pun akan ada cinta jannah2.setuju dengan pak din kalau cerita tamil,hindi atau indon ending nya memang penonton puas hati.renung2kan lah.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...