Makanan di kantin sekolah terlalu mahal ? Banyak jerit tangis yang aku dengar dengan begitu sayunya. Ada yang bawa duit 50 mengikut standard orang dulu dulu untuk membeli makanan di kantin....tak bernilai nampaknya walaupun merupakan wang emas..
Apa boleh buat semua barang sudah naik harga walaupun air lior. Maka langkah langkah penjimatan disebut sebagai kata kata hikmat yang patut ditampal di dinding sekolah. Tulislah perkataan " BERSABARLAH atau BERSYUKURLAH pada dinding sekolah itu..... Setiap kali air mata anak anak murid mengalir lantaran kelaparan sila tunjukkan perkataan itu.....
Seingat aku, bila sesi persekolahan bermula, air mata emakbapak yang gugur terlebih dahulu. Apatah lagi emak bapak yang bekerja di dalam sektor swasta. Ada yang gaji lambat, ada yang bonos tak dapat, ada yang memang tak cukup lansung.......
Waktu pilihanraya kelmarin aku tenguk korang bukanlah main sukanya. Ada aja duit masyukkkk. Tukang cakap pun duit masyukk, tukang gantung banner pun duit masyukk, tukang ampu pun masyukkk jugak, dan tukang masyukk lagilah tambah masyukkkkkkk
Sekarang semua yang masyukkk dengan aku aku sekali termenung nak beli ikan termenung... Aku tidak salahkan pemerentah tapi aku marah bila tenguk korang terlampau suke sangat...Orang tua tua dahulu dah pesan " jangan terlampau suka nanti dapat duka "
Sekarang ambillah kata kata hikmah... Berjimat cermatlah, jangan terlalu banyak menggunakan gula kerana tidak baik untuk kesihatan. Semua kata kata hikmat ditulislah pada dinding dinding pejabat, dinding masjid , gereja kuil dan tok kong dengan tulisan tulisan emas dengan harapan serta menanam semangat membaca dikalangan tua dan muda...
Berbalik pada kisah dulu, dimana hari pertama persekolahan aku telah memanjat pejabat ceti yang haram tapi halal. Ceti pun tak ada pagi itu kerana menghantar anaknya sekolah. Aku menunggunya sampai ke tengahari....semuanya kerana nak sekolahkan anak anak. Bila berjumpa ceti, ceti ambik gambar aku bagi menggadaikan maruah, dia ambil kad bank aku. Sesudah dapat duit, aku bergegas ke sekolah dengan sebab nak bayar yuran sekolah anak anak. Di waktu itu mana orang nak menangis bersama sama aku....Baju sekolah susah sangat nak tukar, adik pakai baju abang, adik ini pakai pulak baju abang...Abang kakak pulak kekadangnya hanya ada sehelai baju je dengan seluar begitu juga kakaknya. Kalau kotor, balik sekolah basuhlah dan keringkan... esok pakai balik....
Belanja sekolah......bagi roti je sebagai bekal... Adakala roti bun, adakala roti krim adakala, roti disapu mentega yang dibawa dari rumah. Ada yang tak makan, tengah hari menumpang di rumah orang. Orang tu ajak anak aku makan, budak budak tu tak nak makan... Balik ke rumah waktu petang barulah makan...
Anak orang lain sekolah biasa waktu pagi, sekolah agama waktu petang. Kalau tak sekolah agama takut nanti tak RETI agama pulak. Anak aku tak sekolah agama lansung sebab aku ini tidak mampu macam korang. Nak buat cam mana kalau anak aku tak reti agama.............Hari ni aku dengar sekolah agama lagi mahal dari sekolah biasa.....Maka banyaklah orang bijak pandai agama dimasa akan datang dan sentiasa memelihara maruah dan aurat ....
Hanya aku nak pesan pada korang.....aku, emak bapak korang, saudara mara korang semuanya dah bersusah terlebih dahulu tanpa bantuan, tanpa sokongan...bagi membesarkan anak anak. Hari ini adalah hari korang pula menitik menitiskan air mata bertempayan bagi menebus air mata kami yang terdahulu. Tidak ada hidup yang tanpa cabaran, tidak ada senang yang tanpa didahului dengan kepayahan.....10 tahun lagi atau 20 tahun lagi mungkin korang akan senang.......wallahualam.
No comments:
Post a Comment