Tuesday, January 14, 2014

Suruh Bercerai

Salam.......,

Bukan hari ini tapi juga semalam dan hari hari sebelumnya berbagai kisah keganasan suami diutarakan oleh kaum hawa. Menjelaskan bahawa lelaki memang tidak berguna tapi perempuan tetap kena kahwin dengan lelaki dan tidak mungkin perempuan berkahwin dengan perempuan.



Lelaki memang ganas dan segala galanya ganas, itulah komen wanita di dalam mesyuarat tingkap dan persatuan wanita tapi sang ketua mesyuarat itu balik rumah peluk lakinya juga........Siapakah yang benar sebetulnya. Adakah wanita sukakan suami yang lembut, bersopan santun mengikut cakap, senang disuruh, senanglah kalau nak buat sesuatu ? Wanita akan berbahagia dia atas kesenangan itu ? Mereka mengambil contoh Nabi Muhammad SAW sebagai suami yang baik dan berlembut. tetapi adakah mereka sedar bahwa Nabi Muhammad juga adalah seorang yang tegas.



Terdengar cerita dari kampung di seberang sana kisah seorang wanita yang hidupnya bagaikan menanggung suaminya. Suaminya suka suka hati untuk bekerja, manakala harta isterinya dimakan sesuka hatinya. Kejam sangat bunyinya tapi rumah tangga itu telah berlangsung sekian tahun lamanya. Elok sahaja kedua laki bini kesana kemari. Akan isteri itu pula, apa sahaja kehendak suaminya diturutinya. Yang sakit mata, sakit tengah belakang adalah saudara mara yang terdekat melihatnya. Maka datanglah persoalan siapa tanggung siapa ..

Lalu datanglah saudara perempuan yang alim menasihatnya dengan kata bahawa dia berhak meninggalkan suaminya, boleh minta cerai............

Pm teringat satu hadis..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا لِأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan memerintahkan istri untuk sujud kepada suaminya.


3 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Teringat pesanan arwah abah, (bila ada perselisihan faham dengan suami) "jangan bilang kepala laki",(kawin banyak kali) "sabar apa saja melainkan dah naik kaki tangan dibadan"

Betul pesanannya, keadaaan tidak sentiasa keruh, bila jernih, happy jerrr..

azieazah said...

Kalub hati dah redha... orang luar mungkin akan kata cinta itu buta, jika isteri itu ikhlas dan redha apa salahnya depa bahagia dengan cara depa begitu....

chengmai said...

Bagi se orang perempuan selepas kahwin shurga di bawah telapak kaki suami nya.Renung2 kan lag

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...