Salam,
Sudah lama tidak ada "entry". Merajuk selepas kapalterbang MH 17 terhempas. Sekarang ini musim Haji maka semangat berkobar kobar kembali......
Pm nak sebutkan pasal Raudah. Pernahkah anda ke sana ? Bagi yang telah sampai alhamdulillah dan bagi yang belum sampai kenalah berusaha untuk menjadi TETAMU Allah.
Pada mula mula mengikuti ceramah Umrah, ustaz ada menyebut tentang raudah iaitu taman taman syurga katanya. Sangat beruntung, sangat berbahagia kalau dapat bersolat di sana. Lantas pm mulalah bertanya tanya pada kawan kawan bagimanakah rupanya, bagaimanakah suasana raudah itu.
Menurut kata kawan kawan, ramai orang mahu memasuki raudah itu dan ada yang mencadangkan memasuki kawasan raudah pada waktu selepas isya'. Dalam erti kata lain, kita boleh berlapang dada dan boleh solat panjang panjang di sana. Tapi itu semua adalah cerita orang.........
Pagi itu pm bersama abang long dan abang ipar memasuki masjid nabawi. Masuk sahaja solat dua rakaat dan minum air zam zam. Kemudian kami berjalan ke tempat lebih dalam lagi. Apabila tiba berdekatan raudah, ke tiga tiga mereka hilang dari pandangan mata ditenggelami oleh jemaah jemaah lain. Pm mengambil keputusan bersolat di luar raudah kerana melihat himpitan orang ramai memasuki raudah. Selepas bersolat, tergerak hati pm memasuki raudah dan terus mengatur kaki perlahan lahan.
Pm kemudiannya ternampak abang ipar pm diangkat oleh jemaah yang masuk berpusu pusu. Hasil tolakan itu beliau mendapat tempat solat yang agak selesa sementara pm hanya dapat berdiri di belakang beliau. Sempat beliau berkata " masuk sahaja" dengan makna jika ada kawasan kosong, pm boleh mencelah.
Petua orang lama senang sahaja ... berdoa semuga dipermudahkan...... Dalam keadaan berdiri itu tiba tiba pm dipanggil oleh pengawal raudah " haji haji" sambil melambaikan tangannya. Beliau telah memberi pm tempat untuk bersolat berdekatan dengan pintu keluar berdekatan mimbar. Maka di sana dengan izin Allah pm dapat bersolat dan berdoa. Tiadalah doa yang tidak baik sebaiknya doa yang baik baik belaka. Alhamdulillah setelah selesai solat, dengan mudah pm keluar dari pintu menemui sesuatu yang sangat dirindui iaitu makam rasul.............................................
Nasihat pm kepada rakan rakan yang di luar sana, dalam keadaan kita bergembira mengumpul harta, melayan karenah anak bini, melayan kesibukan kerja, mengeluh susah, berjalan makan angin kesana sini, fikir fikirkanlah untuk menjadi tetamu Allah. Allah sentiasa menjemput kalian tapi kalian mungkin tidak terasa TERJEMPUT dengan berbagai alasan. Kalian mungkin tertunggu tunggu untuk terbuka hati padahal wang sudah mencukupi dan lebih dari cukup, kalian mungkin ternanti nanti orang lain untuk menemani kalian, padahal orang lain tidak terfikirpun untuk menemani kalian. Penantian kalian terlalu lama untuk menerima JEMPUTAN ini.
HAJI dan UMRAH itu WAJIB sekali seumur hidup, manakala alasan itu berkilo kilo menghalangnya. Wallahualam...
2 comments:
rindu nak kesini lagi...
Teringin rasa nya nak ke sana tapi kena lah dengan izin suami inshaallah semuga allah permudah kan.
Post a Comment