Followers

Thursday, August 9, 2018

PENCARIAN

Salam,

Lama jugak tidak ada entry, bukan malas tapi berehat dari segala serangan yang datang. Ada banyak persoalan sebenarnya yang semakin kabur jawapannya. Ada jawapan yang tidak terjumpa walaupun sudah di depan mata.

Apakah yang cari kau sebenarnya. Dunia yang kau kejar, kau perhambat mati matian. Seluruh kehidupan seluruh tenaga kau korbankan untuk pencarian itu dan akhirnya kau mungkin atau tidak temui kepuasan. Apakah jenis kepuasan setelah puasnya berpenat lelah padahal dihujung usia itu sebenarnya tidak ada apa apa kecuali kesunyian dan kesepian. Sunyi tanpa sesiapapun kecuali dirimu yang terkapai kapai tidak hentinya mencari cari.

Dan berhenti mencari.....berehat dengan tenang..menarik nafas lega serta katakan " aku sudah cukup segalanya......"

No comments: