Salam,
Apa yang kutulis ini hanyalah sekadar pendapat dan cerita, tidak kena mengena kepada yang hidup atau yang mati....................................
Beberapa tahun yang lalu aku pulang ke kampung menziarahi mertuaku yang sakit tenat. Malam itu kulihat dia sangat uzur.....Anak cucu yang hadir tidak dapat menahan air mata, seolah olah perpisahan itu semakin dekat jaraknya. Tapi kuasa allah meletakkan kedudukan berpantang ajal sebelum maut.
Pagi esoknya, setelah melihat keadaannya yang normal, anak cucu mula beransur ansur pulang. Pagi itu sempat aku bergurau dengannya dengan kata " kita berpisah tak jauh emak, hanya sebelah alam saja".............Dia mengerling padaku, macam marah tapi tidak pula pada kesudahannya. Anak anakku bersalaman dengannya kerana kami juga akan pulang ke Kuala Lumpur pada petang itu
Setelah semua bertemu dengannya, maka tibalah giliran aku menghampirinya. Aku mula bertanya kepadanya...." mengapa emak ? " justeru kerana melihat kegelisahannya. Dia menjawab" emak takut siksa kubur tu" Dia benar benar normal berkata kepadaku ketika itu. Aku cuba menghilangkan keresahannya untuk memberi keyakinan. "Emak, jangan perdulikan apa yang berlaku, segala apa yang ada di badan kita hanyhalah sampah sampah yang tidak dibawa pergi" kataku padanya. " Emak cuma ingat allah" kataku lagi.
Itulah kata terakhirku padanya. Sampah sampah maksudku adalah najis tahi dan kencing dibadan yang dicuci cuci tetapi tetap tidak terkawal. Hubungan kita dengan tuhan tidak ada kena mengena dengan najis tersebut. Kalau kita mengira amal hendak dibawa tentulah sedikit, bahkan tidak pernah banyak untuk menembus siksa kubur atau menempah syurga. Matlamat hidup dan mati adalah kerana Allah dan bukan menagih upah.
Akhirnya beliau pergi meninggalkan kami semua bebrapa bulan kemudiannya diikuti oleh kakak iparku pula. Kini tinggallah aku berjuang bersama sampah sampahku menanti hari dan waktu untuk dipanggil menghadap tuhan.
Semuga rohnya dan kakak iparku dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Amin.......
No comments:
Post a Comment