Tuesday, March 15, 2011

Bus Stand Tasek Puteri

Salam.....kawan saya mengirim gambar ini dari Tasek Puteri Rawang Selangor. Dia mempersoalkan tanggung jawab siapakah yang mengambil tindakan. Sudah 3 tahun masa berlalu tiada perubahan dan kalau hendak dibuat tempat kambing berteduh pun kambing tak mahu...








Sesiapa yang terbaca cerita ni, sesiapa yang duduk kat sana, cari carilah orang yang patut buat kerja ni, kesihan wanita mengandung tak dapat berteduh

Alahai Cikgu- II

Salam.... Baca sahaja entry saya semalam, cikgu cikgu akan tersentuh termasuk juga cikgu tadika. Ini adalah kerana cikgu sudah puas kena maki hamun  kerana tidak puas hati emak bapak yang menjadi jadi. Saya kata yang salah adalah sistem..... sistem pendingin udara kereta yang kurang sejuk ?

Rata rata cikgu cikgu kita adalah orang Melayu, duduk di kampung kampung melayu. Emak bapak pula adalah emak bapak moden yang bekerja dengan kerajaan , ahli perniagaan atau golongan cerdik pandai dan tersangat pandai sehinggakan tahu dan faham sangat cara cara "mengenakan " cikgu cikgu. Lagi sekali saya nak sebut ialah rata rata orang melayu..............................................

Tindakan guru terhadap murid murid adakah mengikut buku atau ikut perasaan ? Adakah macam anak kita , kita titik sahaja. Panas tu.................... Sudah tibalah masanya pihak sekolah memikirkan dan jabatan pelajaran juga memikirkan..................

Seorang ahli bomba memikul tanggung jawab sebagai bomba berisiko terhadap api. Samaada dia mengawal api atau api memakan dirinya. Bagaimana pula dengan cikgu ? Sudah tentu cikgu juga berisiko... selain dari mengajar pasti juga kena marah.... betul tak ?

Jadi kita sebutlah pasal risiko dan protection..............Dengan ini cikgu cikgu kenalah juga masuk kursus bersangkutan risiko ini, dengan langkah langkah patut diambil jika  berlaku sesuatu. Hari ini kita melihat emak bapak masuk kawasan sekolah dengan sesuka hati. Ada JAGA pun entah apa apa kerjanya. Pihak sekolah tidak boleh ke pantau sikit ? Mereka nak masuk misti ikut peraturan. Sekurang kurangnya ada seseorang bertanggung jawab disana untuk menerima aduan. Jangan terima aduan " mulut" tapi suruh tulis. Pihak sekolah pula perlu siasat dan mintalah tempuh sikit untuk selesaikan. 

Hari ini emak bapak masuk sekolah jumpa kerani, tanya mana cikgu ......sekian......, kerani pun tunjuk. Emak bapak pergi bilik guru tanya mana cikgu ... sekian, kekawan cikgu pun tunjuk untuk berlepas diri. Nahaslah macam tu.......Hari ini cikgu ni kena, esok cikgu tu kena.....

Bukankah memasuki kelas ketika cikgu sedang mengajar itu satu pencerobohan dan merupakan gangguan. Undang undang di Malaysia tidak boleh menyelamatkan cikgu ke  ?

Jangan tanya saya siapa yang patut buat kerjani. Masing masing ada tugasan masing masing. Nak masuk jumpa bos pun kena ada temu janji... mana boleh main serbu.......................Dan hari juga akan ada orang berkata " cakap senanglah " Selagi kita salah menyalah perubahan tidak akan berlaku. Kalau di hospital bahagian kecemasan pun ada zon kenapa sekolah tak ada zon..., cikgu sekolah tentu pandai sebab tu mereka jadi cikgu yang dihormati..................

Kekadang mengajar itu tidak dapat memberi perubahan tetapi teknik itu dapat mengubah manusia sepertinya mereka yang beratur membeli tiket wayang. Kalau disuruh beratur,mereka tidak akan mahu beratur kerana adat istiadat mereka macam beruk dan kera tetapi jika diletak besi penghadang kiri dan kanan mereka TERPAKSA beratur. Begitulah sekolah sekolah kita , selain dari memberi mata merit kepada pelajar apa salahnya kita mengatur ibubapa, emaka bapak dengan peraturan walaupun dalam keadaan TERPAKSA.  Hanya Allah Yang Tahu



Monday, March 14, 2011

Alahai Cikgu

Selamat pagi.... Sebelum cuti sekolah hari tu aku sempatlah membelek belek buku sekolah  anak anak aku. Aku tenguk kerajinan mereka adalah pada bulan january dan masa tu adalah aku tenguk tanda tangan guru guru dengan pen merah. Bulan Feb sudah mula bekurang catitannya dalam buku latihan dan dia kata cigku banyak suruh tulis dalam buku kerja. Masuk bulan March pun cam tu jugak tak termasuk cikgu cuti bersalin. Yang paling aku panas hati tenguk tarikh kerja sekolah tu berjarak sangat. Takkan sebulan sekali belajooo.....Memang nahas budak ni nak kena titik.

Aku pun tahu bulan Feb ada banyak sukan dan masa tu busy sangat cikgu cikgu kita ni. Tapi zaman ni tok sahlah pakai cara kongkali kong. Bagi kerja sekolah kat budak budak dan siap bagi jawapan sekali dan main salin ajalah. Dalam buku memang nampak cantik tapi kenyataannya bebudak tambah biol. Anak anak kita yang duduk di dalam kelas hujung hujung ni entah bilalah dapat belajarnya kalau cikgu kekadang tak masuk kelas. Memanglah dia orang ni duduk kelas bodoh , janganlah tambah bodohnya lagi.

Cikgu dulu dulu selalu titik kami, kalau bodoh sangat.....Kelas pandaipun dia ajo, kelas bodoh pun dia ajo. Kelas terbodohpun dia ajo.. Sampai hari ni kami semua jadi orang, tak pandai sekolah pun boleh pakai kerete beso beso. Ada juga sekarang dah jadi wakil rakyat.... tanya kawan aku tu "Esa" kat Hulu Selangor.

Bulan lepas aku ke Perak... korang tenguklah quaters cikgu cikgu bukan main cantik... Cantikkah hati mereka


anak aku bergambar disana

Cikgu cikgu tok sah marah... bukan semua macam tu.....kita mahukan perubahan sahaja... kalau anak anak kita malas... rotan je.....ubat tu paling mujarab. Apa khabar Sekolah Menengah Bukit Sentosa ?

Sunday, March 13, 2011

Gerbang Perkahwinan

Salam..........ada macam macam benda bodoh terfikir oleh kepala aku malam tadi. Aku terbayang pengantin lelaki memakai songkok yang berhias rantai duduk diatas bantal besar di depan tok kadi. Nampak macam bodoh je duduk macam tu, orang tua tua kata jangan duduk atas bantal nanti kena bisul. Heran jugak ada ke bantal membawa penyakit bisul.

Bermula dari kisah hantar cincin tanda nak merisik kebodohan telah terserlah. Bebudak tu dah kenal lama tak payah tanya tanyalah. Kemudian hantar pulak cincin tunang dan tanya berapa pulak hantaran. Hari hari dah jumpa kan baik cakap je, emak bapak dia pun selalu jumpa tiap tiap minggu. Kemudian datang lagi nak menetapkan hari kerana takut berlaga sana sini, kenalah juga masak masak dan beradat adat sangat.. Yang tukang cakap pun kekadang bukan nak menyenangkan pengantin tapi nak menambah beban kerana tak mahu kalah.  

Patut ke kita buang cara ini atau kita teruskan dizaman yang penuh dengan permintaan duit ini ? Susah nak cakap sebab banyak orang nak menunjuk nunjuk dan lari dari tujuan asal. Permulaannya hendak meraikan majlis perkahwinan tetapi menjadi tempat kutipan paling banyak musim itu. Nak kata tak pergi kursus tak jugak tapi lepas kahwin 2 bulan dah dapat pingat acara baling pinggan mangkok.
 
Eloklah masa kursus tu ustaz ajar banyak perkara bab sabar dan reda daripada mengajar benda yang sunat sunat termasuk sunat tengah malam. Redalah dengan pasangan anda walaupun tak cantik macam puteri bunian kerana kecantikan itu terletak di dalam sanubarinya


Sepinggan Mee Dan Segelas Teh

Salam .... hari ini aku MOD.... Manager On Duty...pagi ini belumlah minum lagi walaupun datang awal hari ini. Pagi pagi bacalah blog kekawan... mula mula blog kak seroja.... syahdunya baca tulisannnya . Aku ni belum ada modal lagi, mungkin sekejap lagi mungkin ada kut... Walaubagaimana pun aku nak mengucap selamat pagi kepada korang semua

Saturday, March 12, 2011

Mundukung Biawak Hidup

Salam..... batuk aku belum habis untuk 2-3 hari ni...dah banyak minum air masak.. cam tu juga. Aku nak cerita sikit..........

Malam Jumaat kelmarin waktu aku sedang tidur, hanphone aku pun berbunyi jam 12.30 malam. Anak buah aku talipon dari hotel bagi tahu ada pekerja Myamar tikam kawannya. Mau tak mahu pergi jugalah tapi sempat juga talipon anak buah yang lain dan juga Inspektor kawan aku tu.

Sampai kat hotel tu pukul 2 pagi, tenguk hal tu dah diuruskan oleh budak budak. Kira settlelah, yang kena tikam dah pergi hospital, yang menikam dah cabut lari, darah meleleh kat lantai dah dicuci, budak budak aku dah buat covering repot  Bila si bangsat tu yang kena tikam tu balik ke hotel dia pulak tak mahu repot polis. Kekawan dia yang sebilik kata mereka tak sedar hal ni berlaku sebab waktu tu mereka tidur. Dia ingat aku ni bodoh, baru masuk darjah satu. Manalah ada pergelutan yang tak mengeluarkan bunyi ? Tak kan tidur mampus.............Dah tu lambat pulak kasi tahu... Manalah ada orang kena tikam tak menjerit. takde munyiiiii......................Malam tu aku suruh bebudak aku talipon ejen myamar tu tapi tak jawab pun................jadi sesiapa dibawah jagaannya nak mati , matilah........

Tadi aku jumpa HR, suruh bungkuskan myamar yang kena tikam tu. HR mula mula liat, dia kata budak tu pekerja baik. Aku cakap kat dia "bangsa" ni makan orang. Dia orang kuat berdendam, hari ini hidup esok dia cari sampai mati. Takkan tak pernah baca surat kabar, dia orang kalau tak suka kawan , main sembelih sembelih aja. Uutuk selamat elok saja bungkuskan saja sebab kawan yang menikam dia tu belum tentu puas hati. Di Malaysia ni mereka boleh lari ke mana saja mereka suka........lepas itu pakailah kad UNHR

gambar hiasan

Orang cakap sebelum perkara buruk berlaku, cantas cepat cepat....jangan tungguuuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, March 10, 2011

Sunggu Murah Gamaknya

Maka terdengarlah sebutan orang bahawa di Sungai Besar tu terdapat barang barang yang dijual dengan harga yang murah.... Betul ke.... Maka sangat teringinlah untuk melihatnya.... Sesudah dilihat tempatnya macamlah nak meniru niru kat Nilai gamaknya...Aku hanya berkeputusan kalau nak beli barang barang gitu datang ajalah kat Plaza GM... beli borong banyak banyak sambil sambil tu singgah kat hotel aku ya... minum minum.





Apa kata Orang Sabak Bernam

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...