Wednesday, March 23, 2011

Aku nak tenguk Video Datuk Sri

Dari pagi mencari Video Datuk Sri Anuar tak berjumpa...Kat kedai video pun tak da. Baca blog pula banyak pulak cerita kekawan kita. Aku pun terasa nak gelak beso beso, gila bertambah gila manusia ni. Tak ada kerja lain selain dari kata mengata. Penyokong, pelakun pun banyak, habis semua yang dalam kain diselongkar. Bulu bulu diselak sehelai sehelai mencari kutu dalam aroma yang sangat busuk. Sudahlah tu..........tak ingat neraka ke, tak ingat mati ke ?

Pekene nasi lemak lagi baik 


Tuesday, March 22, 2011

Nasihat Orang Tua

Anak anakku
bila azan berkumandang lagi
datanglah kesini
menghadap tuahanmu
dengan reda dan rela

Bukan dihujung sana tempatmu
berlari lari dengar hingar
mengganggu jemaah
dengan cerita penglipurlara

Kemarilah anak anak
dengan songkok dan baju melayu
mari kuceritakan tentang rasulmu
tentang tuhanmu
yang Maha Pengampun

Monday, March 21, 2011

Kerja

Hello ..... Hari ini nak tulis apa ya ?.....Pasal anak anak bangsa kita kut..........Aku ni bukan suka sangat nak ambil pekerja Bangla, Nepal dan Myamar. Aku pun bukan nak bela mereka, beri rumah dan makan. Dahlah pakai pass pelajar, kerja pulak kat ladang, kat kilang.. tiba tiba kerja kat hotel.. Lari dari tajuk tu.... Tapi mereka tak perlu cuti tahunan, tak perlu bayar socso, kerja pulak 12 jam...ejen cekik merekalah.........

Yang aku nak sebut ni pasal perkataan " bos saya nak berentilah" Aku tanya kenapa ? Dia jawab" hari hari saya kerja pagi mana tahan" Sebenarnya dia ni anak bangsa kita maleh bangun pagi... Hari hari datang lambat.

 Macam mana nak bela anak bini kalau malas... malas kerja , tak ada disiplin. Kerja petang pun datang lambat. Hujan pun lambat, tak hujan lagi lambat. Menteri mana nak bagi nasihat kepada anak bangsa kita ? Nak suruh hantar ke Bangla ke, ke Jepun ke untuk kutip mayat

Hari Ahad

Semalam aku MOD, (Manager On Duty) menghadap mee di lobby hotel.......


Disanalah juga, ada mamat mamat dan minah lumba basikal .... bukan main laju.... jalan pun ditutup sekejap sekejap



Dalam masa yang sama pak polisi juga beraksi dengan motor kerajaan. Lupa pulak aku ambil gambar DBKL..Banyaknya duit melimpah.....dan tenaga kerja



Sunday, March 20, 2011

Telor Setengah Masak

Salam ... selamat pagi.... aku nak mulakan entry lagi.... Kekadang terasa malas juga sebab tak nampak komen kekawan walaupun satu..... Kalau kita masuk banyak banyak pun nampak macam tak berhasil sebab tidak menarik minat. Akhir kata, kita lupakan soal siapa nak baca... fikir soal memperbaiki apa yang kurang. Mungkin kita jauh ketinggalan, bukan sahaja dari segi nama tapi dari segi kualiti. Mungkin kita perlu tajuk yang hebat, cerita yang indah indah......................



Saturday, March 19, 2011

Anak Anak Negara Jiran

Sekali sekala marilah kita jenguk budaya ke negara Thailand

 Ini gambar cikgunya
 kau orang tahu tak main angklung

 Bila beso nanti cam mana rupa dia

 habislah duit, kalau membelanya

 macam singa
 kau nak lawan tokeh

 ini yang lelaki
 cikgu juga yang tolong make up

Gambar ini aku ambil dilobby hotel aku sebentar tadi.... tolong komen

Happy Birthday Mr. Yeng

Salam ... pagi tadi ada kek, adalah makan makan birthday... tumpanglah menyuap mulut


 umur sudah meningkat 

 Intan tenguk orang potong kek

 Sally tukang bagi kek

 Ng semacam je... sudah muak makan kek


                               Aku makan sikit , tak larat................................

Merlyn tukang beli kek sama Sally....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...