Monday, April 11, 2011

Din Rasa has uploaded photos

Hi tajudinputeripark.puteri!

Din Rasa has uploaded photos.

View the photos now and leave a quick comment to show you care.
Din Rasa's time spent in this site helps fight Bone Marrow Disease. Watch the video.

This message was intended for tajudinputeripark.puteri@blogger.com and was sent as a notification, invitation or reminder (digital goods subject to change in reminders) of an event initiated by Din Rasa using a third-party or platform application and may contain promotional materials and/or services for sale including digital goods received.

To control messages sent to or from you, your contacts and/or FanBox, click here.
Our offices are located at: FanBox - 113 West G Street, STE 510, San Diego, CA 92101, USA

Doa Hari Ke 10


Ya Allah, wahai Yang Maha Mulia, jangan campakkan wajahku ke dalam api neraka setelah tenggelam dalam sujud pada-Mu, merebah di hadapan-Mu karena tak mensyukuri kebaikan-Mu padaku. Padahal, segala puji bagi-Mu, anugrah dan karunia yang aku peroleh adalah milik-Mu.  


Anugerahkan padaku keselamatan sehingga menenteramkan kehidupan dan  
penghidupanku. 

Akhiri hidupku dengan kebaikan sehingga dosa-dosa tidak membahayakanku.  
Ya Allah, karuniakan padaku rasa ridha dalam hatiku terhadap apa yang telah Kau bagikan padaku sehingga aku tidak meminta sesuatu kepada selain-Mu.  
                                                                                                                   (sumber- doa munajat)



Sunday, April 10, 2011

Sekalung Doa dan Harapan

Ya Allah,  mudahkan bagiku apa yang kutakutkan kesulitannya,
karena untuk memudahkan semua yang aku takutkan kesulitannya 
adalah mudah bagi-Mu.  
Mudahkan bagiku apa yang kutakutkan kesedihannya  
Jauhkan dariku apa yang kutakutkan kesempitannya  
Selamatkan daku dari apa yang kutakutkan penderitaannya  
Singkirkan dariku apa yang kutakutkan bala'nya  
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.  

Ya Allah, Duhai Pelindungku dalam dukaku  
Duhai yang mendengar dalam deritaku  
Duhai Kekasihku dalam nikmatku  
Duhai Tujuanku dalam harapanku  
Engkaulah Yang Menutupi rahsiaku,
Yang Menenteramkan ketakutanku,  
Yang Memaafkan ketergelinciranku, 
ampuni kesalahanku.



   

Menuju Ke Alam Batin

Salam Hari Ahad............semalam ketika sedang duduk duduk dirumah tiba tiba kedengaran panggilan talipon dari jiran berdekatan rumah. Mereka suruh datang tenguk tenguk kerana anak lelaki sulungnya sakit, meracau racau dan demam. Sampai dirumahnya kelihatan budak lelaki itu baring diatas tikar nipis tanpa baju.Tanya kepada ayahnya, sudah diberi ubat atau belum, katanya sudah. Memang susah nak cakap, budak ini pergi ke kawasan kubur tempuh hari kerana neneknya meninggal dunia tetapi itu bukanlah alasan untuk demam walaupun dalam kefahaman orang melayu budak ini mungkin kena sampuk. Apa yang aku nampak di dalam rumah itu ada buah durian. Aku suruh mereka tampalkan koyok jepun kepada anaknya, si ayah beritahu aku bahawa anaknya astma dan tidak boleh cium bau-bauan. Aku tenguk budak itu resah sahaja dan hanya boleh aku bantu bacakan ayah ayat suci dan berharap semoga dia sembuh. Selepas itu aku memegang kepalanya sehingga kelihatan peluh mula merecik recik dilehernya. Pada pendapat aku yang bodoh ini, budak budak yang makan ubat akan resah apabila peluhnya mula mula mahu keluar. Aku nasihat ayah budak itu beli sahaja air botol 100 plus dan bagi minum.

Pagi tadi aku dengar khabar bahawa selepas aku pulang malam tadi, budak tu merapu balik dan pagi ini budak itu dimandikan limau kerana emak bapaknya berjumpa seseorang untuk berubat.

Kesimpulannya disini. 
  • Kita orang bodoh jangan nak memandai- mandai kalau orang tak percaya kepada kepakaran kita.
  • Kita perlu tunjukkan sesuatu yang hebat dan pelik supaya orang percaya kita ini pandai
  • Kita jangan pergi ke rumah pesakit kalau warisnya tidak datang menjemput
  • Kita kenakan bayaran supaya nampak perubatan kita
  • Kita jangan ada rasa kasihan kepada pesakit dan keluarga pesakit kerana manusia sekarang tidak percaya kepada orang yang bermurah hati.

Jikalah budak itu aku mandikan limau pada malam tadi, dia akan kesejukan , lemah dan boleh menambahkan astmanya. Jika aku meminta wang pengeras dan memberi syarat berubat sehingga baik dan tidak boleh berpindah kepada pengamal perubatan yang lain, bagaimana agaknya.....................Kehidupan ini agak aneh  kerana manusia lebih percaya kepada kebodohan..................





Saturday, April 9, 2011

Bukan Salah Ibu Mengandung

Sudah lebih tiga minggu sakit tekak dan batuk batuk manja tak berhenti. Makan ubat juga tapi nak berpantang tu payahlah sikit. Orang batuk tak boleh makan karipap ,tak boleh makan mee sebab berminyak. Sehari dua bolehlah pantang tapi kalau dah masuk 30 hari, cekik ajalah apa yang patut.

Adalah sorang budak aku sakit sakit gitu. Dia jumpa ustaz minta ubat. Ustaz tu suruh dia baca alfatihah senafas dan kemudian minum air itu. Aku pulak dalam gelak gelak bagi dia ubat dan tanya dia mana "power" Bukannya aku tak percaya cara ustaz tu tapi kurang setuju............ Janganlah nak mengada ngada kepada benda yang kamu sendiri tak reti, walaupun alfatihah itu mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Terlebih dahulu aku akan bertanya kepada ustaz tu nanti " Lu siapa"............ Kalau nak mengajar pun biarlah betul betul dan habis habis terang, jangan bagi macam cerita bodoh...........

menutup aurat disini bermaksud meletakkan tangan dihadapan kemaluan

Thursday, April 7, 2011

OH Kuala Lumpur

Hari Isnin itu Vitry sampai ke Kuala Lumpur, tidak diketahui apa tujuan sebenar, katanya untuk berjumpa ibu dan ayah angkat disana. Dengar kabarnya Vitry akan tinggal di rumah kawan di Kuala Lumpur tetapi lain pula jadinya bila Vitry dan kawan kawannya menginap di hotel. Tentu sekali bukan sahaja tambang bas pergi balik dari Penang tetapi juga kena menyediakan duit penginapan di hotel selama 4 hari. 

Dihari pertama sampai ke KL, ayahnya bercuti manakala ibunya bekerja jadi peluang untuk Vitry berjalan jalan sangatlah terhad. Macam biasa dapat jalan jalan di Rawang dan dapatlah tenguk KLCC dari jauh dan juga melawat sekejap di Bukit Bintang

Hari ke dua , Vitry dapat ikut ayahnya ke LHDN, tenguk tenguk pejabat kerajaan, manakala ibunya pula tidak sihat, terkena penyakit astma. Sepanjang perjalanan ibunya diam sahaja.
 
Hari ke tiga, ayahnya namapak sibuk tapi Vitry dapatlah jalan jalan dengan ibu ke komplek komplek berdekatan. Vitry ada bagi tahu bahawa kekawannya semua sudah balik dan tinggal dia seorang di dalam hotel. Heran dan pelik dan paling tak guna punya kekawan, datang KL sama sama lepas tu berpecah kesana sini. Ada yang pergi rumah saudara, ada yang pergi bercumbu dengan teman lelaki dan akhirnya pulang sendiri sendiri ke Penang. Satu peringatan untuk Vitry kalau mencari kawan biarlah "SENONOH" sedikit kerana apabila kita merantau ditempat orang , tidak semistinya kawan yang datang bersama sama dari kampung adalah kawan baik.
Hari ini Vitry dah balik Penang membawa banyak kenangan.....sayang sekali tak dapat masuk KLCC... lain kali ajalah ..............

gambar gelap




Sunday, April 3, 2011

Harta Wanita

Apa lagi dicari oleh wanita itu
tentang kisah kisah dunia
tentang rindu
tentang manisnya bercinta
atau kisah kisahnya tetangga
yang berkunjung dipintu

Kemana pun kau wanita
hidupnya adalah nyata
kerana kerumitan kelahiranmu
penantian yang lewat
berdandan
dihadapan cermin itu

Mari kusarungkan cincin
dan gelang berlengkaran dilengan
tanda kerumitan ini
adalah harta bagimu................




TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...