Salam.................ingatkan nak raya boleh senang tahun ni... tak jugak.... hari itu repair break kena RM 100 lebih. Lepas tu tukar starter 2nd hand RM 80. Semalam hujan lebat tiba tiba waiper sebelah tak jalan. Hari ini tukar lagi kena RM 65/. balik ke hotel starter rosak balik.... Pergilah ke kedai kena RM 120/. Esok tak tahu apa pulak. Nak tukar kereta baru.... huh ada duit ke. Orang cakap benda lama tu lagi baik, dulu semalam aku tenguk kereta mivy baru kena bamper orang dah koyak tepi.....Tin apalah dia orang pakai. Kalau boleh jahit tak apalah... Tuan kereta sedih sebab kena cari satu pintu baru
Sunday, August 21, 2011
Renungan Sang Kucing
Semalam aku tepek gambar ini kat blog lain, hari ini aku nak tepek juga sementara mendapat idea baru....
Aku suka tenguk perut dia. Dia tak pernah diam dan suka bawakan lipas dan letak belakang aku semasa aku tidur. Allah itu adil kerana memberi hiburan kepada manusia .................
Aku suka tenguk perut dia. Dia tak pernah diam dan suka bawakan lipas dan letak belakang aku semasa aku tidur. Allah itu adil kerana memberi hiburan kepada manusia .................
Saturday, August 20, 2011
Kerja Amal Tak Beramal
Salam....... ketika di bangku sekolah dulu, ada cikgu menyuruh kami menjual tiket loteri sekolah. Satu buku RM 5/-. Suka tak suka kami kena buat. Akhirnya cikgu paksa kami bayar harga tiket yang tidak laku itu. Hari ini dan di zaman ini benda benda begitu masih ujud dalam sekolah sekolah kerajaan. Contohnya dah ada pulak
Ada lagi satu , pihak PIBG mengeluarkan surat perkataan " BERSETUJU" Dia orang belajar undang undang zoo ke , tulislah setuju/ tidak bersetuju ... cuba tenguk ini ;
Mengikut yang empunya cerita. Kad ini kalau hilang kena buat laporan polis dan kena bayar RM 30/- kepada pihak sekolah. Oklah tak apa kalau dengan sebab kelalaian murid sebab kad ini dibuat dari emas kot. Tapi pulak tiap tiap murid tingkatan 5 dikehendaki mengutip derma sekurang kurangnya RM 20/-, kalau malas mintalah duit kepada emak bapak. Sedapnya bunyi kata kerja amal sambil bersukan..............Nampaknya adalah emak bapak yang bakal berang.
Kut macam mana pun fikirlah sendiri. Bila minta derma jangan letak harga, malulah kita. Kalau sekolah pandai, mintalah sokongan dari syarikat syarikat besar di luar sana. Kilang kilang tentu akan mahu menaja sekolah jika nama nama mereka bakal terpanpang di buku sejarah sekolah. Tak kan itu pun nak diajar
Aku Adalah Aku
Salam............. aku ditimpa bala' sekarang.....dugaan tuhan sampai... Assistant aku kena gantung kerja, staff aku pulak tak cukup, hari raya menjelang tiba. Macam mana nak pusing orang ni... Ramai sangat pekerja asing, budak melayu tak nak kerja... Pening woiii. Aku pun nak cuti raya jugak tapi hati tak senang...............
Thursday, August 18, 2011
Raya Malaysian Indon
Salam............ selain dari menjual nasi pukul 12.00 untuk berbuka waktu petang, chow kit juga sesak dengan peniaga indon berlesan melayu. Orang orang melayu mengaut keuntungan dan orang orang indon bertambah kaya di dalam KL ini. Baju baju model indon juga sangat laku disini dan sangat jauh bezanya seperti "pertelingkahan masa lalu" Disini adalah lubuk wang dan bukan lagi berbangga dengan wang Rp 1 juta.......tapi semua dalam ringgit malaysia.
![]() |
| Selipar yang sangat laku walaupun patut dibawa ke jamban |
![]() |
| sesak dan kurang ajar, sehingga memanjat bahu jalan |
![]() |
| simpang pun sesak |
![]() |
| nak lintas pun susah |
![]() |
| peniaga yang tak reti tidur |
Cerita Bodoh Di Hospital
Salam 16hb Ogos anak aku kemalangan ditempat kerja semasa membuat pemeriksaan di Rawang. Besi sebesar pemeluk menghimpap betisnya. Dia dihantar dengan van company ke Hospital Sh buloh Kaki tak patah tapi selalu kejang bila banyak bergerak.Sekarang bertongkatlah kesana sini dan cuti tidak naik motor untuk beberapa hari
![]() |
| kaki yang dihempap |
![]() |
| masih boleh ketawa. |
Dah puas menapak, dari klinik pakar sampai ke bahagian Saringan ( emergency) , dia orang cakap disini tak ada rawatan pesakit luar. Kalau mahu rawatan pergilah ke klinik kesihatan sg buloh. Gila betul, hospital sebesar itu tak ada rawatan pesakit luar. Habis tu anak aku macam mana ? Kaki dah bengkak dan sakit , hospital tak mahu layan. Akhir kami pergilah juga ke klinik berkenaan yang kalau korang rasa tak mampu nak pergi baik tok sah pergi. Sebabnya, kalau jalan kaki lupakan ajalah. Orang hospital tu pandai cakap aja, tunggulah bila korang dah pencen, baru kau tahu nak menyokong kerajaan atau tidak. Buat kerja jangan pandai cakap ajalah.... tenguklah macam mana susah rakyat dan orang kampung............macamlah hospital dan klinik klinik itu berada di belakang rumah kita
Sunday, August 14, 2011
Penyakit Bulan Puasa
Salam........... suasana berbuka puasa dirumah agak muram jika kita semua tidak berkumpul sekeluarga. seperti biasa para para ibu akan memasakkan makanan kegemaran anak anak dan suaminya. Puasa sebulan begitu meriah dengan keadaan begitu. Beberapa tahun yang lalu ketika ibuku belum meninggal, kami sekeluarga berbuka di tepi tangga di dalam Hospital Besar Kuala Lumpur. Apa sahaja makanan dan periuk nasi juga kami bawa kesana. Hari ini begitu ke ?
Dahulu surau surau dan masjid tidak banyak menyediakan makanan. Orang orang kampung akan bergilir gilir menghantar kueh mueh untuk berbuka puasa dan moreh. Mamak mamak di kedai juga ada menghantar roti canai dan teh tarik ke masjid. Kebiasaannya tidak ramai berbuka dimasjid, adalah dua tiga baris yang solat maghrib, itu pun kalau ada musafir yang datang. Hari ini tentu jauh berbeza.............
Ramai orang suka berbuka puasa di masjid, bukan sahaja para bapa tapi juga seluruh keluarga yang ada. Kalaulah satu taman berbuat demikian pastilah sebulan puasa ini tidak perlu masak di rumah. Masjid pula menyediakan hidangan yang lazat lazat seperti nasi ayam, nasi tomato, nasi biryani. Selepas sahaja solat maghrib semua pakat blah dan pindahlah kemasjid dan ke surau lain untuk tarwih pulak. Semalam adalah sebuah masjid di Selangor membuat program remaja. Dengar khabarnya pihak masjid mendapat perkhidmatan catering . Dengan tiba tiba datang 2 rombongan bas anak yatim ke masjid tersebut. Dengar khabarnya ada keluarga yang datang makan makan waktu berbuka terpaksa cari makanan di tempat lain kerana tidak cukup. Inilah dia akibatnya orang yang suka menumpang numpang makan. Walaupun yang mereka makan itu adalah sedekah orang tapi tidak patut juga mereka " mencekik" disitu setiap hari. Jimat betul........................
Lagi satu pasal solat tarawih, nampaknya orang perempuan dah berlebih dari orang jantan. Macam solat tu wajib pulak jadinya, kalau tak pergi solat tarawih ada pulak yang berani "sound". Orang perempuan patut solat tarawih kat masjid saja ke ? Janganlah buat kerja mengikut ngikut tanpa ilmu dan menjadikan satu budaya. Tak lama lagi pasti ada yang ramai ramai solat lailatulqadar pulak.....................
![]() |
| gambar hiasan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancang...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam, Waktu bujang dulu tinggallah bersama kawan kawan seramai 3 orang. Bila seorang dah kahwin dan berpindah maka tinggallah kami berdua...















