Wednesday, December 7, 2011

Sekali Air Bah

Salam............

Semalam adik talipon dari kampung menyatakan beliau mahu ke Perak hari sabtu ini. Masalahnya ayah tinggal seorang diri dan khuatir terjadi sesuatu, maklumlah matanya sudah buta. Adik minta tolong jaga ayah untuk sehari dua sahaja. Adik bungsu dihujung kampung ada masalah tersendiri pada hari tersebut. Nak minta tolong kakak kakak dan abang di Kuala Lumpur, masing masing sibuk jaga keluarga masing masing. Cerita tersebut terus disampaikan kepada isteri disebelah............Teruslah wajahnya berubah kerana ibunya sendiri ada dirumah. Mungkin berat baginya menjaga ibunya yang lumpuh kaki dan bapa mertua yang buta. Keputusan misti diambil..... Balik sahaja ke rumah teruslah berita ini disampaikan kepada ibu mertua. Dia pulak menjawab, jika hang ambil bapak hang, hantar aku ke rumah kakak hang di Keramat jawabnya, mungkin orang tua ini pun tak suka duduk berdua dengan besan untuk sehari dua tu.

Lalu akupun berkata " tak apalah mak, saya anak lelaki, saya sendiri akan balik kampung jaga ayah saya. Emak duduklah disini dan tidak usah pergi kemana mana."

Lalu segalanya terhurai bagi mereka yang berakal tetapi bakal menjadi kesan dimasa akan datang...........................

Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiallahu’anhu, bahawa ia berkata:
“Seorang lelaki datang menghadap Rasulullah seraya berkata, ‘Aku mengadakan perjanjian denganmu untuk berhijrah dan berjihad demi mencari pahala daripada Allah’.
Nabi bertanya, ‘Apakah ada seorang di antara kedua orang tuamu yang masih hidup?’.
Ia menjawab, ‘Bahkan keduanya masih hidup.’
Rasulullah bertanya lagi, ‘Apakah engkau mahu mencari pahala daripada Allah?’.
Ia menjawab, ’Ya’. Nabi bersabda, ‘Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan pergaulilah (layanlah) mereka dengan baik.’

Tuesday, December 6, 2011

Langkah Sumbang

Salam...............

Dihujung anjung Pendikar Ali bermenung panjang, fikirannya panjang melayang layang. Sungguh benarlah kata kata ibunya, hidup ini bagaikan berkolek dilaut, dihayun gelombang, jatuh ke air sukar berpaut. Pernikahannya dengan Dang Suria menjadi tandatanya,  rahsia tersirat menjadi satu rahsia. " Ayuhai kekanda pengarang jantung, bagaimanakah kesudahannya kita, sudah bernikah tapi terlalu jarang bersama, kanda selalu pulang ke rumah Kak Kuntum sedangakan dinda tinggal seorang menyendiri. Sakit pening, hidup mati tidak diketahui" kata Dang Suria .

Sunggguhpun madu itu manis dan indah bagi lelaki tetapi teramat pahit bagi perempuan " ujurnya lagi. Benarlah kata orang,  hidup ini betapa  berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apakah pendikar Ali tersalah langkah memilih Dang Suria sebagai isteri kedua atau kerana cinta itu buta.........

Adindaku, cinta ini sudah berputik sekian lama, pernikahan ini adalah penghujungnya.Bukankah kanda pernah berkata bahawa pernikahan ini adalah pengorbanan, jangan didengari hasutan orang, perkara yang kecil kecil jangan dibesar besarkan. Jangan diundang perasaan yang parah, jangan juga berkata mencari marah. Bersabarlah adindaku, tiap yang jadi itu adalah kehendak tuhan, tiap tiap yang buruk adanya hikmah. Jangan hidup terlalu tamak, jalan yang terang jangan dibiarkan menjadi semak" kata Pendikar Ali.

Bukannya pendikar salah berguru, bukan setempat belajar ilmu, ombak yang datang dapat dihalang, namun ujian sebegini diri dirasa bagaikan nak tumbang..

Keris digenggam seerat erat, mata pejam mencari hikmat, setiap penyakit adanya ubat, mengikat kasih ilmu terhebat............................................

Monday, December 5, 2011

ANAK DURHAKA

Salam.......pagi pagi melayan radio kerajaan " klasik nasional" kerana radio parti pembangkang tak ujud lagi buat masa kini. Sedapnya lagi lama didengari justeru kerana lagu lagu baru tidak dapat diterima oleh telinga. Pagi pagi terasa sempit dada mengenang cerita semalam. Kisah seorang ibu tua yang lumpuh yang hidupnya disemak perutkan oleh anaknya sendiri ketika tinggal dikampung.

Menurut kata ibu tua itu, anaknya terlalu berkira , suka melaga lagakan adik beradik saudara mara dan jiran tetangga. Anaknya tidak pernah rasa bersalah, buat baik pun tak salah, buat jahat pun tak salah. Yang salah adalah orang lain. Orang yang mencadangkan dia buat sesuatu pun salah, orang yang duduk diam diam dan tidak mencadangkan dia sesuatu pun salah. Maka keballah anaknya dari segala kesalahan dunia. Baru baru ini dengar khabarnya anaknya berurusan untuk mempertunangkan anak daranya dengan jejaka tampan, hensem habis dan tidak dapatlah ditandingi dengan zaman sekarang adanya. Urusan dibuat dengan tidak menyusahkan adik beradik, takut adik beradik dengki khianat. Maka sekor pun adik beradik tidak dibawa dalam perundingan tersebut kerana takut tercemar duli. Tinggallah dia bersama besannya cakap cakap sendiri. Adik beradik yang pernah menolong hidupnya anak beranak dah macam melukut ditepi gantang, ibunya sendiri dilarang campur tangan...." Tunggulah nanti hari terlungkup itu"

Demikianlah Allah mahu menguji dengan sedikit harta....

surat al-Munafiqun ayat 9.... “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikanmu dari mengingati Allah. Dan siapa yang berbuat begitu, itulah orang-orang yang menderita kerugian.” 

Sunday, December 4, 2011

BICARA ORANG BERSONGKOK DAN BERTUDUNG MERAH

Salam.......... Bah dan banjir mula melanda pekan pekan dan bandar bandar besar dengan tidak disangka sangka. Bandar dan pekan yang dahulunya kering kontang dan hanya dibasahi dengan air lendir kini dicuci keseluruhannya...... Ketika itu kita berbicara lagi tentang tuhan yang berkuasa.

Apa pula dilakukan oleh pak haji,  pak lebai dimasjid ? Hanya perlu menarik kain tinggi tinggi ke paras lutut walaupun siapapun tak teringin mahu menatapnya tetapi tidak pula kepada puteri puteri si tudung merah. Wahai pak lebai.... kita tidak ada dana dan persiapan untuk membeli bot bot dan sampan untuk membantu mereka. Kita ditengah bandar ini mana terfikir ada bot dan kapal layar. Kita ada dana yang dikutip seminggu sekali pada ketikanya tabung tabung plastik disorong dihadapan jemaah.... Dana itu adalah untuk membayar api air, upah pekerja pekerja masjid dan juga elaun berbayar kepada penceramah penceramah yang datang.

Pada ketikanya rumah rumah dibandar dikepungi air, datanglah bantuan orang orang bersongkok, orang orang berselendang merah bersama putera putera dan puteri puteri mereka yang menawan hati. Mereka mengerah bala tentera yang ada dengan kuasa mereka yang sangat berjasa.Kita menyaksikan bahawa tidak ada tangan yang menolak walaupun sekeping biskut dengan perkataan haram. " Haram kami menerima bantuan dari kerajaan yang tidak berlandaskan islam dan kami sanggup mati di dalam air ini " 
Maka pada ketika itu apakah kita akan menggunakan peraturan darurat, membolehkan memakan babi justeru kerana tidak ada pilihan ?

Sudah lima tahun hidup bersama manusia manusia bersongkok, lima tahun disumbat kerongkong oleh orang bersongkok sehinggakan bekerja pun di negeri negeri orang bersongkok. Sungguh tidak bermalu jika pulang ke kampung nanti dengan duit orang bersongkok.... " Siapa yang menolak muntah RM 500/- satu keluarga, siapa yang muntah geli geli menerima RM 100/-.... Siapa yang muntah dapat bonos dari pemerentahan orang bersongkok.

Di sebalik pembesar suara masjid, penceramah melaungkan kutukan kepada para para lembu, bapak bapak lembu, dan ibu ibu lembu tapi gaji mereka, bantuan untuk anak mereka, makanan mereka adalah hasil dari negeri pemerentahan orang bersongkok.

Kita mendengar sorakan para penyokong, sorak yang membawa rebah. Rebahnya bangsa kerana kita saling menyingkap dan menyelak kain, saling memperlihatkan kemaluan kawan kawan sedangkan dimulut masing masing bertasbih memuji tuhan....


Saturday, December 3, 2011

Marilah Berpesan Pesan

Salam.... Sesuatu yang telah berlaku waktu lalu yang menjadi kenangan dan ingatan.......Waktu itu kita tidak punya apa apa kecuali hati dan mata yang melihat peristiwa demi peristiwa.


Ibu....... marahnya bukan kepalang kalau anak anak bertandang ke rumah orang. Tidur dirumah orang.... jangan, makan minum di rumah orang pun jangan, bergurau senda dengan anak dara orang juga jangan. Kalau ibu melihat aku duduk bersembang sembang di baranda, atau dimuka pintu rumah orang, pastilah ada batang batang daun dipatahnya. Dilibasnya aku secukup cukupnya sehingga lari tak cukup tanah. Marah sangat ibu..." apa dirumah kita tak cukup makan "katanya.

Setelah berumah tangga, beranak kecil. Kata kata ibu masih dalam ingatan..." jangan menumpang rumah yang baru nak kaya, jangan menumpang rumah orang yang baru kawin. Kalau tidur dirumah adik beradik, memadailah sehari dua. Jangan membiarkan anak anak  makan dirumah jiran, jangan membiarkan anak anak memandang anak jiran yang sedang makan kfc dan mac donald atau ice cream. Kerana kita bukan orang kaya dan kita juga bukan orang miskin yang suka meminta minta. Jangan bawa anak anak ke rumah adik beradik yang banyak perhiasan di dalam rumah. Jangan usik komputer dan mainan anak orang... Kita orang kampung tak ada duit untuk semua itu... Tariklah upih pinang , mainlah kalah kundi, mainlah tik to kapal terbang, mainlah bola di padang, mainlah layang layang di sawah kerana kita tak ada duit untuk beli basikal, tak ada duit untuk beli helikopter mainan........... Kalau lapar, kita makanlah apa sahaja.. Ibu akan buat cok kodok atau lempeng pisang, kita minumlah teh o kerana tidak mampu beli susu walaupun se tin, kita tak mampu beli milo . Kalau dapat minum milo pun cuma kat sekolah jika ada van milo hantar minuman setahun sekali....Jangan sebut nak kasut sekolah baru.....musim hujan, ibu tidak ada duit kerana pokok getah tidak dapat dipotong.

Sekarang anak anak dah besar........larangan sedemikian tidak ada lagi . Cuma aku berpesan, jaga jagalah diri. Jangan terlalu baik dengan orang, jangan terlalu percaya dengan kawan. Berdirilah diatas kaki sendiri....


Friday, December 2, 2011

Sakit kaki gue

Salam........................dah beberapa hari sakit kaki, lenguhnya bukan main diwaktu malam. Sekarang masa mengantuk pula....entah kenapa badan letih sangat.....aduh.... lenguhnya pergelangan kaki

Thursday, December 1, 2011

Wanita Wanita Merah

Salam........... ucapan.subhanallah... kaca mata lelaki itu memandang perempuan dengan penuh perhatian. Akukah yang salah..........................

Seorang kakak melayu kulihat melintasi ruang itu... pastilah kakak itu dari Pantai Timur. Bertudung cantik dan make up ala ala orang moden. Memakai kasut tebal meningggikan punggung dan dengan baju sesendat sendatnya. Pasti bukan untuk orang seperti aku tapi untuk makanan boya boya besar, menjadi selera pokcik pokcik yang berumur dan ada duit...........Ya lah apa salahnya sesekali bergaya di musim perhimpunan ini..........

Adakah aku mengata dia..... Oh tidak... mungkin aku terlalu terfikir dengan kehebatan boya boya besar itu tapi kenapa wanita harus menyerah dan mempelihatkan apa yang dia ada ?



Sekali sekala mari melihat lumrah alam ditepi tepi lorong hitam , mudahan Allah memberi pertunjuk disebalik segala kekayaan yang dimilikinya



TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...