Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun saya ini bukan dikenali ramai. Saya mencatitikan kedalam buku lawatan sebagai pakdinrasa walaupun saya telah dikenali oleh rakan rakan sebagi Panglima Muda. Pertemuan yang sebentar mengizinkan saya menemui Dato' LF , datin, Kak Cik dan rakan rakan yang lain tetapi yang lebih mesra dan terasa sudah lama berkawan adalah pakcik lie......
Bacaan doa
seperti biasa dekat tempat makan
kakcik
Sungguh banyak makanan disana tetapi saya hanya dapat menjamah mee goreng. Ini adalah kerana saya terpaksa menjaga pemakanan saya untuk beberapa hari ini. Maklumlah kurang sihat walaupun nampak sihat..
Terima kasih saya ucapkan kepada dato lf dan penganjur majlis ini kerana menjemput saya dan dapat saling mengenal............
Mudah mudahan ianya akan menjadi satu perjumpan yang lebih besar dimasa akan datang........
Perjumpaan ini adalah perjumpaan yang sangat baik kerana ianya tidak menimbulkan soal politik, tidak ada fitnah memfitnah dan lebih kepada perjumpaan ahli keluarga yang besar.


