Wednesday, January 4, 2012

Antara Silat Dan Silap

Salam....

Bila musim sekolah begini membuat pm ingat tentang aktiviti masa budak budak dahulu. Waktu siang sekolah manakala waktu malam pergi ke surau. Sungguhpun masjid di kampung berhampran  rumah, surau juga jadi pilihan. Ini adalah kerana di surau itu ada seorang 'abang tu' jadi daya penarik..Di masjid pula, pakcik pakcik yang ada tidak mesra alam dan tidak tahu mahu mengambil hati budak budak.

Dari aktiviti surau , pm berjinak jinak pula dengan kumpulan silat. Silat kampung aja..tak standard seperti silat orang sekarang. Orang sekarang kita akan lihat gayanya cukup hebat, pakai baju berwarna warni, berselimpang kain kanana dan kiri, keris tersisip di pinggang, jalan mendongak dongak seperti ayam jantan nak berlaga. Belum lagi dia menjerit, tentu takut mendengarnya.....

Aktiviti silat kampung tidaklah bermodal banyak, mencukupi ada baju dan seluar serta minyak api untuk pelita. Silat sekarang, baju sahaja sudah mahal, belum lagi yuran bulanan .... Silat moden seperti itulah.... Dulu dulu pm belajar cuma 44 hari, tiap tiap malam belajar kecuali malam Jumaat. Kami belajarpun tidaklah ramai, tidak sampailah 7 orang. Selepas tamat 44 hari , kami tidaklah berbuat apa apa kecuali membuat semak di rumah guru. Guru guru silat dahulu  menurunkan ilmunya ditengah tengah malam dan bukan semua murid mendapat ilmu yang sama. Ada yang sama tapi tidak serupa dan kemudiannya beramal mengikut kemampuan masing masing. Di zaman itu budak budak terpengaruh dari filem filem indonesia dan cina , semua orang belajar untuk  menjadi pandai tapi pm tak nampak pun mereka boleh terbang seperti dalam filem itu.

Belajar 44 hari asas itu menjadi bertahun tahun pula lamanya. Hampir setiap malam berada di rumah guru berkenaan sehinggalah habis sekolah tingkatan 5. Sepanjang waktu itu tidak sekali pm gunakan untuk memukul orang dan tidak adapun orang mencari gaduh... Belajar silat hanyalah suka suka.................

Setelah berumur 18 tahun, pm pun keluar dari kampung halaman, di sana barulah pm jumpa orang tak serupa orang dan manusia tak serupa manusia. Barulah pm tahu silat itu untuk apa.... Rupanya silat tu digunakan untuk pergi dating dengan anak dara orang....Pelik tapi benar........

Ada seorang kawan pm berasal dari NS, entah bagaimana dia berkenan dengan orang negeri K. Dia seorang yang berani masuk ke kampung itu menziarah ibubapa si perempuan . Apabila keluar sahaja dari rumah tersebut, dia telah dinanti oleh beberapa orang pemuda kampung. Itulah saat getir baginya kerana di zaman itu orang orang luar tidaklah boleh sembarangan masuk ke kampung orang, apatah lagi di rumah orang yang mempunyai banyak anak dara. Jelas sekali pemuda pemuda itu menunggu diluar untuk memukulnya. Kesudahannya dia dapat meloloskan diri berbekalkan sedikit jampi serapah dimana pemuda pemuda itu tidak mengusiknya dan juga tidak dapat melihat dirinya....

Di zaman ini semua mudah, ada hand phone dan ada facebook, senang berhubung sesama sendiri. Tidak ada orang kampung memperdulikan orang lain. Anak anak gadis bebas membawa teman lelakinya datang bertandang dan tidur dibiliknya. Ibubapa juga tidak menghalang bahkan bergembira dengan bakal menantu menantunya. Di zaman ini anak anak gadis mudah sahaja beranak, bukan sahaja di dalam bilik tapi juga di dalam tandas di tepi tepi taman bunga atau di dalam tong sampah. Inilah silat orang sekarang yang juga disebut sebagai silap..................


Tuesday, January 3, 2012

Nota Nota Di Kaki Langit

Salam.....

Hari ini dan esok, anak anak kita akan mula bersekolah. Anak anak yang baru masuk ke tadika dan darjah satu akan mengalami satu pengalaman yang bermakna di dalam hidup mereka begitu jugalah kepada ibubapa mereka juga. Ibubapa akan mengambil cuti dan berada di sekolah sepanjang hari. Jelas wajah kerisauan terpancar kelihatan. Jika ada anak anak bersekolah pagi dan petang, ibubapa akan menunggu pula sampai ke petang. Jangan lupa pula di waktu petang ada pendaftaran sekolah agama. Waktu ini masalah duit adalah segalanya dan waktu ini juga ada rumah dipotong bekalan air dan letriknya. Waktu ini juga segala bil cukaipun sampai, bil talipon lama 20 tahun sudahpun orang telekom ingat. Bagaimana pula nasib anak anak yang bakal masuk ke kolej nanti, kalau tak ada RM 2000/- janganlah nak kata apa apa....Walaupun ada orang berkata, "tak sampai sebanyak itu ...".

Waktu anak pm kecik kecik dulu, awal awal januari seperti ini, pm sudah berada di pintu pejabat ceti. Duit tak ada, ceti pula pergi menghantar anak mendaftar masuk kesekolah. Bila ceti balik barulah dapat duit. Pinjamlah RM 1000/- dalam tempuh 6 bulan. Sebulan 240x6 tak termasuk denda lewat, caj pendaftaran. Balik ke rumah, orang rumah tanya dimana awak dapat duit, kita jawab kat cetilah....Sungguh sukar menempuh hidup dengan anak anak yang dahagakan pelajaran, nak dapat bantuan dari ahli keluarga , janganlah bermimpi. Waktu itu semua orang susah,  orang tak susahpun mengaku susah...Bukanlah senang jadi orang beriman walaupun bersekolah agama sekalipun.

Bila pm tenguk , anak anak orang lain dapat biasiswa, bantuan sekolah, bantuan makanan, baju dan pakai percuma, hati pm pun berkata. Mengapalah orang yang ada kereta besar besar, orang yang malas nak bekerja, orang yang berniaga jadi tokeh dapat bantuan, mengapa tidak kita. Mungkin kita tidak rapat dengan guru besar, mungkin kita tidak rapat dengan ketua kampung, mungkinn kita bukan ajk PIBG sekolah dan seribu macam kemungkinan ataupun mungkin tahun itu bukan tahun mengundi....Orang orang lama mengajar kita supaya berdikari, berjuang untuk diri sendiri tetapi mereka sendiri hidup berpaut kepada dahan dahan besar, hidup dengan pengaruh maka jangan hairanlah jika anak anak cikgu mendapat keutamaan.

Hari itu ada cikgu marah, komen dalam blog pm pasal pelajaran budak budak yang bodoh di sekolah. Cikgu cikgu tok sah marah, terimalah kritik yang membangun dengan hati yang terbuka, seumpama kita masuk ke kampung, terima apa sajalah perangai orang kampung itu...

Bagaimanapun kita sudah dekat nak mengundi, pohon pohon besar akan bertukar, ada yang masih kekal dan runtuh. Mereka yang suka hidup berpaut, janganlah jadi katak melompat sana melompat sini, belajarlah percaya kepada Allah.....Allah menentu rezeki............ Walaupun ada anak anak orang miskin tidak berdaya tidak dapat meneruskan pelajaran, mereka akan terus bangkit untuk hidup, menjadi cikgu kepada jenerasi akan datang. Yang dah tua tua itu, pergilah haji dan bertaubat. Dosa sesama makhluk, menindas sesama makhluk , korang jawablah sendiri..........................


Monday, January 2, 2012

Dosa Orang Munafik

Salam.... adalah satu dato'...alahai orang melayu kitalah...entah dari mana dia dapat pangkat tu, kerajaan bagi kut, tapi aku tak pernah dengar jasa dia, namapun jauh sekali...Dia ni dengar kabar jadi adik angkat satu dato' bangsa cina. 

Dia datang kat tempat kerja aku dan buat tempat ni macam bapak dia punya. Adalah dia buat bisnes, bisnes atas angin, duit beranak jadi duit. Peliknya banyaklah orang kita percaya dengan dia.... Rezeki secupak boleh jadi segantang, dia ada ibu duit kut....Dulu dia ada sewa pejabat disini.... blah saja hutang tak bayar. Ada juga dia sewa dewan untuk function, pakai bilik saja....kueh, air kotak beli kat luar... pinggan mangkuk pinjam dari store kami.

Datang ke tempat kerja aku dia minta tempat parking khas, macamlah dia bos besar, pulak tu boleh herdik orang sesuka hati.. Inilah orang melayu tak tahu dik untung, lupa kepada kekuasaan Allah, sombong bersaudarakan syaitan, makan duit haram........... Inilah dia orang melayu bangsa kita yang menyusahkan bangsa sendiri.....Bangsa lain ketawa kat kita, parti pembangkang pun ketawa kat kita sebab kita tak boleh kaya....Asal kaya saja sombong , hidung tinggi......" pernah juga dulu aku jumpa satu makhluk , nak masuk parking tempat khas , dia kata kat aku bahawa dia pernah jadi driver agong...............gila betul melayu ni..jual pulak pasal agong...

Duduk kat KL ni memang terasa pedih dihati, pedih melayan kerenah orang, lansung tak takut dengan tuhan. Cakap pulak " kubur aku, aku punya suka"... Dia dah gila agaknya....Kalau masuk kubur, pakai kain kapan, solat jenazah boleh buat sendiri, buatlah...tak usah menyusahkan orang.. Ada pulak sorang janda cakap " benda aku, aku punya, korang apa susah "..... Baginya siapa dia nak bagi benda dia, dia punya suka......

Bila tenguk semua perkara ini aku jadi takut, takut juga kepada perangai aku sendiri. Namun begitu di setiap hari orang orang masjid ada berdoa.....untuk kita, untuk semua, untuk dato tu juga ...walaupun dia tidak mahu tunduk kepada Allah


"Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar."
"Our Lord! grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire." (2:201)


Sunday, January 1, 2012

Perjalanan Di Bumi Allah

Salam..............

Aku selalu menyebut tentang Kaabah itu, tentang kerinduan demi kerinduan. Tentang hatiku yang tidak tenang kerana gelodak dunia yang masih belum berakhir. Aku  melihat contoh dan tauladan tentang mereka yang telah pergi dan pulang, pergi menjadi tetamu Allah dalam sesuatu pencarian. Betapalah dunia hari ini adakah masih ada nikmat bagi mereka yang menziarahi tanah suci atau sekadar memenuhi masa mengikut jejak kawan kawan. Alangkah baiknya kelakuan mereka sebagai mana pergi ke tanah suci, kemudian  kembali dengan kesucian berterusan dan juga bukan sekadar hanya bertahan 44 hari. Alangkah baiknya mereka yang rendah hati sewaktu disana dan kemudian pulang  dengan keikhlasan , bukan membawa kesombongan.....

Aku bimbang kepada hatiku, bimbang kepada kelakuanku walaupun orang berkata bahawa hidup ini tidak boleh lari dari dosa. Aku melihat saudara saudaraku itu ke tanah suci 3-4 kali sedangkan anak anak cucu disini masih kebuluran, masih memerlukan bantuan, masih memerlukan kehidupan. Justeru kerana Allah memberikan kepadanya rezeki melimpah ruah, dia mahu terus beribadah ke Baitullah, dia mahukan keampunan Allah tetapi dia tetap tidak berubah...Baitullah masih tidak lekat dihatinya. Kembali ke bumi bertuah ini bukanlah untuk melebelkan haji di dalam kad pengenalan tetapi untuk menjauhkan diri dari maksiat dan berbakti kepada alam dan manusia...

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

nyanyisunyi: Akhirnya si Kecil pergi jua...

nyanyisunyi: Akhirnya si Kecil pergi jua...

Salam Baitullah

Salam.......

Telah tersebut dalam kata
tentang haji dan umrah itu
adalah perjalanan bersuka suka
mengikut ngikut gaya manusia
menginjak bumi nan sia sia

Baitullah membena cinta
redup hati datang berulang
dengan air mata dan keinginan
dengan nafsu kejahilan

Apalah cita cita itu
menggadaikan pusaka nan sebidang
menghiris hati saudara seperut
perginya dengan senyuman
pulangnya segala menghilang

Betapalah baitullah itu
menjanjikan syurga buatmu
tapi bukan untuk menyombong diri
bukan untuk melupakan diri
bukan merentap kasih saudara
bukan juga menentukan
kau ke syurga
aku ke neraka..........

Pernikahan Di hujung Tahun

Salam........semalam penutup tahun baru, aku pergi ke majlis perkahwina anak sedare di Ampang Tasik. Ramailah ahli keluarga yang datang manakala aku datang hanya menolong untuk makan. Abang aku pakai "catering ". Kekadang dalam kenduri orang melayu ni aku heran jugak apabila semua kerja dah  berupah tapi kita masih sibuk nak berlengas lengas ketiak..... Time tu pengarah pun banyak juga....Biaorlah bebudak tu buat kerja dia orang, tuan rumah mencukupi salam dan terima duit...............


masa untuk menjeling

pengantin kena warning...

ambik gambarpun siksa..gambar hp orang pun masuk

sempat bergambar dengan anak buah


biasalah...adat adat kat tempat makan...

Bair apapun aku nak mengucap selamat pengantin baru dan pandai pandailah bawa diri. Hidup ini tidaklah seperti apa yang kita impikan. Muga muga Allah mengampuni dosa dosa aku, anak bini aku, emak saudara aku, kakak kakak aku, adik beradik lelaki aku. Semuga Allah memberi pertunjuk jalan kebaikan ... Amin

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...