Saturday, October 20, 2012

Misteri Di Kaki Bukit

Salam......................

Cerita misteri memang jadi kesukaaan ramai...kalau main tambah tambah juga semakin sedap. Kebenarannya hanya Allah yang tahu.......

Apakah yang benar sebenarnya ? Semenjak dari kecil lagi pm dijaga dengan penuh berhati hati....Orang orang tua dahulu sangatlah suka berpantang larang, anak cucu bukanlah semudah itulah keluar rumah, apatah lagi merayau rayau dengan tidak tentu hala. Kalau dibandar banyak kereta tetapi di kampung banyak pula cerita hantu dan orang halus. Pendik kata kalau tersalah langkah kita terlanggar dan terpijak mereka....


Kecik kecik lagi emak membenarkan anak anak belajar silat. Entah kenapa tidaklah ketahuan tapi sememang itulah aktiviti orang kampung di malam hari asalkan tidak mencuri atau mengendap anak dara orang


Di belakang rumah pm di katakan ada penempatan bunian. Pm tidaklah pernah berjumpa mereka tapi arwah emak memang melarang kami semua merayau ke sana di waktu tengahari buta atau di waktu senja. Pernah di waktu kecil dahulu pm terdengar bunyi riuh rendah di kaki bukit, nampak juga unggun api menyala nyala. Kalau dilihat nyata manalah ada manusia dalam hutan itu. Orang kata " orang bunian itu sedang membuat kenduri kendara, Sekarang dah tak ada dah....entah kemana mereka pergi... bukit sudahpun kena cangkul, agaknya mereka pindah ke rumah flat.

Dulu arwah wan tidak membenarkan pm menjenguk ke tingkap waktu hujan ribut. Arwah wan kata bahwa kepala ribut itu ada berupa kepala gajah dan juga kepala kuda. Biasanya arwah wan akan hidupkan api, bakar tempurung dan sabut kelapa, buat asap banyak banyak. Budak budak macam pm manalah nak dengar cakap, pm intai jugak....Tak nampak kepala apa pun tapi nampak angin berpusing pusing, seram juga dibuatnya. Pm nampak air hujan berwarna kuning di waktu senja itu, titisannnya agak keras. Siapa yang kena air hujan itu memang sah demam...bukan sehari dua tapi berhari hari... siap meracau racau sekali....entah hantu apa pulak duduk di sebalik hujan itu ?

Bila bunyi petir kuat, anak cucu duduk diam diam dalam rumah macam anak ayam duduk bawah kepak ibunya. Orang kata batu petir tu macam kapak. Kalau kena , alamat putuslah terbelah jua akhirnya. Arwah atok ada simpan satu batu petir, dia buat asah pisau. Orang kata kalau batu petir tu keadaan baik, member yang tukang hantar tu ambik balik.....Sampai hari ini pm tak pernah jumpa member tu

gambar hiasan

Satu lagi orang kampung panggil  petus. Ianya berbentuk batu bulat, ianya keluar meletup dari perut bumi. Biasanya ia tembak pokok besar besar dari bumi ke bahagaian pangkal pokok. . Biasanya juga pokok yang kena tembak itu akan mati tidak beberapa hari selepas itu dan buahnya tidaklah dapat dimakan. Orang yang menembak pokok dari bawah bumi itu pm tidak pernah jumpa. Jumpa peluru sahajalah.................

Selain dari itu, hantu yang lompat lompat atau guling guling tidaklah pernah pm jumpa, hanyalah mendengar cerita dari mulut ke mulut. Kalau setakat nampak ekor harimau itu adalah tetapi hanyalah sekejap sahaja melintasnya. Soal bau bau memang ada.....di kampung banyak bau bauan....bau busuk, bau minyak urat, bau bunga sehingga ada yang menghantar bunga kepada kita. Orang cakap kalau  badan kita ada parut dia orang tak hendak, kalau tidak sudah tentu dah hilang ghaib dan tak jadi penulis blog sebegini...........


Thursday, October 18, 2012

Misteri Templer Park Jalan Rawang

Salam

Mash ingat Templer Park di Jalan Rawang, dulu orang sebut Bukit Kancing.......best mandi kat sana , apatah lagi dating dalam keadaan hujan dan sejuk sejuk................


Malam itu kira kira jam 8.00 malam saya melalui jalan itu untuk pergi ke Kuala Lumpur. Jalan itu adalah jalan biasa untuk saya berulang alik dari Bukit Beruntung. Malam itu hujan renyai renyai mewarnai malam Jumaat yang selalu menjadi tanda tanya orang melayu. Tidak banyak kereta melalui jalan itu pada ketika itu dan hanya beberapa buah kereta berselang seli. Ketika melalui suatu bukit, dari jauh saya terpandang dua lembaga manusia berdiri betul betul di tengah jalan. Pelik betul di tengah tengah hutan yang kosong ketika itu ada manusia mahu menyeberang jalan. Agaknya orang indon kontrak pada fikiran saya. Saya memperlahankan kereta kerana bimbang terlanggar mereka. 

gambar hiasan

Semakin lama kereta saya semakin dekat menghampiri mereka dan kemudian saya sempat menjeling. Mereka adalah sepasang suami isteri yang  berbaju putih dan apa yang lebih jelas adalah  isterinya itu sedang memangku anak yang masih kecil. Wanita itu menundukkan muka memandang anaknya dan tidak menampakkan wajah manakala wajah suaminya juga tidak jelas di malam yang serba hitam itu. Selepas melalui kawasan itu dengan tiba tiba di dalam kereta saya dipenuhi dengan bau asap kemenyan yang entah datang dari mana. Apa yang pasti, saya selamat seisi keluarga.

Saya mempunyai prinsip tersendiri melalui jalan itu iaitu saya akan melewatkan 5 minit atau sebelum 5 - 10 minit melalui kawasan itu diwaktu tengah malam. Maklumlah kerja saya tidak menjajnjikan bilakah waktu pulang atau adanya panggilan dari tempat kerja di waktu malam. Ada berbagai tanda yang saya lihat membuat saya begitu berhati hati terutama apabila dengan tiba tibanya hujan renyai waktu malam atau hujan panas waktu siang, atau juga saya terlihat ada daun berterbangan beralun melintasi jalan. Pernah saya melihat seorang lelaki tergolek akibat kemalangan selepas pertanda itu. Saya pernah memotong lori di satu pagi dan dengan tiba tiba hujan lebat menyebabkan saya tidak nampak jalan hadapan dan kenderaan yang saya potong itu. Akhirnya saya memilih langkah memperlahankan kereta.........sehingga saya nampak lori itu berlalu. Apa yang saya bimbangkan ialah kenderaan dari belakang ketika saya mahu memotong, saya sangkakan motor rupanya lori treler panjang yang hanya ada sebelah mata......................

Adalah berbohong jika saya katakan di sana ada hantu...tapi anda perlu berhati hati kalau ke sana....




Wednesday, October 17, 2012

Penyakit Lupa ( Bengong)

Salam..............

Pernah kena penyakit pelupa ?...................................

Dahulu pm bekerja dengan seorang tua, bos pm bekas seorang DSP Bukit Aman. Banyaklah orang tidak suka padanya kerana percakapannya main lepas sahaja. Maklumlah anak didik penjajah yang bersekolah di tengah padang......... Dia selalu marah kalau pm tulis kecil kecil dalam buku log. Dia kata susah nak baca tapi sekurang kurangnya bahasa inggerisnya bolehlah dijadikan panduan. Tiap tiap pagi dia baca notanya  tentang apa yang patut buat hari itu. Dia kata kalau tak tulis kita akan lupa. Pada masa itu otak pm punyalah bagus. Kalau skrip boleh hapal dengan baik dan segala bentuk cerita boleh diingati .......

Mendiang bos pm tidak pernah ajar pm dalam kelas. Orang lama selalu mengajar dengan cara cakap cakap sahaja. Tidak ada pen yang bergerak dan tidak juga ada kesempatan pun untuk menulis. Salah satu pelajaran yang dia sebut adalah " kamu kena ingat apa yang orang lain ingat"... Maksudnya berfikir seperti orang lain berfikir, otak mau tajam , mata mahu terang.



Kerjanya bukanlah mudah memikir hal orang. Dahulu mana ada sekolah body language, kalau ada pun mungkin begitu terhad. Mulai hari itu pm bersekolah sendirilah, tenguk gaya orang, tenguk muka orang, tenguk gambar orang. Mungkin tidaklah berapa tepat tapi kira boleh pakailah. Jadinya muka penipu memang mudah dikenal dan yang paling pm menyampah ialah senyum kepura puraan dan muka juru jual....................Pm pernah pergi ke persidangan MLM,  disana muka muka pembohong banyak kelihatan  di sebalik gambar mereka dengan kereta kereta mewah.....



Sejak beberapa hari ini pm melihat diri pm sebagai seorang pelupa. Pernah suatu ketika pm termenung di dalam kereta ketika sampai di persimpangan rumah. Pm terlupa arah rumah pm. Ianya bermula dengan tiba tiba pm pening kepala. Sehari sebelum semalam pm terlupa di mana letak kunci kereta. Cari punya cari akhirnya pm jumpa dalam bonet kereta. Semalam pm terlupa di mana letak alat bluetooth yang pm charge pagi itu. Akhirnya jumpa di tepi rak file......Pagi ini pm terlupa bawak ubat........... Tolong tolong tolong.... cam mana boleh jadi ........





Thursday, October 11, 2012

Perempuan Bertenggek Di Anjung Rumah

Salam......,

Marah agaknya kakak ipar pm malam tu. Nasihatnya menyuruh kami adik beradik melawat maklong yang sedang sakit di Sabak Bernam. Adik pm menyatakan tidak sanggup pergi, yang lain lain juga semacam itu juga ceritanya. Pm lagilah berfikir fikir sangat. Kononnya adik beradik berpakat hendak bagi maklong RM 2,000, bagi merasa duit peninggalan adiknya. Kami pula bercadang cadang hendak menyerahkan sahaja kepada anak maklong tapi agak ragu ragu... Maklum sahajalah soal duit......

Pm malas nak cakap apa apa, namun terlepas juga cakap " kalau ada sesiapa yang mengaji sifat 20 yang tinggi tinggi tu , pergilah jumpa maklong " kata pm.....Orang macam saya ini tidak setinggi itu ilmunya " ulasan pm lagi. Pm cakap, rambut maklong tu mengerbang, dengan tiba tiba kakak ipar melenting " kau dah tenguk " katanya......... Sememangnya susah nak berunding dengan orang seperti ini.....................

gambar hiasan

Kalau kita hendak marah sememangnya tidak berguna, masa muda muda dulu maklong jadi bidan, maklong jadi mak andam. Maklong bukannya bidan dan mak andam moden, semua pakai serapah jampi. Bukanlah sorang dua mendapat perkhidmatannya. Sekarang maklong sudah uzur, serapah jampinya tidak dapat menyelamatnya, tapi benda yang bertenggek di belakangnya menjadi masalah.....

Kita ini anak cucu bukanlah takut pada benda tu, bendan tu makhluk allah juga. Bukanlah dia berkuasa membinasakan kita kalau Allah tidak izinkan. Untuk sekadar cakap cakap sebegini siapapun boleh , kalau berdepan dengannya belumlah tentu lagi keadaan kita. Apatah lagi tubuh badan yang lemah, iman yang tidak kuat. Nanti ada yang menjerit sama atau sekurang kurangnya menyakat pulak balik ke rumah.

Orang cakap kita jangan suka mendengar cakap orang, kalau tiada ilmu di dada jangan nak berkokok sepertinya ayam jantan. Sampai hari ini pm tidak tahu siapakah yang pergi menziarah maklong, mungkin kakak ipar pm sudah pergi agaknya..... Mungkin kakak sudah ketawa besar melihat kebodohan kami adik beradik. Yalah....ilmu kami tidak seringgi dia, yang selalu duduk mengaji di surau........maka keji lagi kami ini .........................


Tuesday, October 9, 2012

MENCARI CINTA

Datanglah kesini
mari kuhidangkan rindu untukmu
dengan nafas nafas cinta
penuh kelekaan
kepanasan tubuh dingin sepanjang malam

Datanglah kesini
untuk hidangan seenak ini
penuh bau bauan manis dan harum
menyentuh perasaan sang lelaki
menjadi raja di dalam jiwa.

Datanglah kesini
dengan mata hati nan terbuka
mencari kebenaran dalam cinta
mencari nyata dalam nyata
atau sebenarnya kita yang tertipu untuk selama lamanya........


Sunday, October 7, 2012

Sesat Di Puncak Gunung

Salam..........

Hari hari kita melihat perubahan, hari ini lain esok pula lain. Rumah, stor, kilang, pejabat juga beralih alih termasuk juga jamban.....


Pm berharap anda semua jangan tersesat sehingga beralih arah.................................

Monday, October 1, 2012

Kehausan Sang Isteri

Salam......................,

Kawan pm tu lebih muda dari isterinya. Orang cakap kalaulah dapat isteri lebih tua dari kita, kita akan disayang sayang macam budak budak. Sungguh benar sekali, sejarah perkahwinan mereka begitu menarik, lelaki itu kelihatan taat pada isterinya. Pernah jugak si lelaki mendapat makwe baru di luar sana tetapi perbuatannya dapat dihidu oleh isterinya yang mempunyai hidung yang tajam itu


Maka berlakulah kejadian campak mencampak handphone dan patah mematah sim card. Akhirnya berlakulah juga tukar menukar handphone. Talipon bini adalah talipon laki dan begitulah sebaliknya sehinggakan janganlah tersilap silap " call" Adapun mereka berdua tidaklah mempunyai seorang anakpun diatas sebab sebab teknikal serta fizikal. Kalau orang bertanya maka jawapannya " belum ada rezeki" Daripada kayuh motorsikal ke hulu ke hilir sehinggalah mereka berjaya membeli besi malaysia iaitu sebijik pesona. 



Hidup tanpa anak dan tidak pernah membela kucing kerana takut penyakit asma adalah sangat berbahaya. Hari demi hari sang suami membesarkan akarium ikan di dalam rumah. Semenjak mereka agak senang pm tidaklah dapat lagi berjumpa mereka kecuali dengan keadaan tiba tiba tanpa rancangan.

Baru baru ini pm nampak isterinya di dalam satu majlis perkahwinan, manakala suaminya yang disoroknya itu tidak juga kelihatan. Dengar khabar suaminya sudah bekerja sebagai pemandu lori, manakala isterinya itu masih membuat perniagaan sambilan sambil bekerja tetap di sebuah kelinik swasta. Dalam keadaan gitu gitu bocorlah maklumat dari tempayan tak sayang mulut menceritakan bahawa isteri kawan pm itu sudah menjadi meletop letop sekarang. Semenjak suaminya jadi driver dia mula terasa sunyi dan memilih jalan lain untuk menggembirkan hati. Sang isteri sudah pandah pulang lewat malam dan pergi makan angin ke Thailand tanpa pengetahuan suaminya. Lebih dahsyat lagi pula bila sang isteri sudahpun mempunyai boyfriend dan saling bertukar tukar pula.

Ada orang bertanya kepada pm kenapa isteri kawan pm bertukar menjadi ultraman. Pm cakap adalah kemungkinan isterinya menuntut ilmu gajah dan kuda. Bermaksud, kuda ini tidak pernah puas nafsunya dan gajah itu pula mempunyai mata yangt kecik dan kemudian naik minyak pabila melihat tubuhnya yang besar.

Cerita orang seperti ini sudah banyak pm dengar tetapi tidak sangka pula terjadi kepada kenalan pm. Kalau si lelaki tu miang gila, memang patut juga sebab bininya tidak boleh mengadakan anak tetapi dah terbalik pula bilamana sang isteri pulak menukar nukar tongkat untuk makan angin di balik balik pokok kelapa.


Untuk tidak menjadi fitnah eloklah kita cerita baik baik dimana sang isteri mungkin kesunyian dan kedinginan di waktu malam..............

gambar hiasan 

Pm tak adalah nak menasihat apa apa sebab masa muda ini memanglah seronok, apatah lagi dosa dan pahala itu tidaklah nampak di mata.Banyak sebab dan benda menjadikan manusia itu berubah apatah lagi bila sang isteri itu masuk usia 40 tahun......Jadi bagi mereka yang nak kahwin, tak usahlah masa muda sangat, atas kerna belum puas melihat dunia..... Orang lelaki pergilah merayau rayau dahulu jauh jauh manakala orang pempuan pula jangan ingat berbungkus itu dapat menghalang maksiat. Pada zaman ini benda berbungkus itu sangatlah menarik hati lelaki apatah lagi ditutup sikit sikit macam nampak tak nampak. Jangan juga suka menyelak kain orang sampai terlupa pula kita sendiri berbogel tanpa seurat benang.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...