Beberapa hari sudah pm menonton sebuah rancangan agama di TV, dimana seorang penonton bertanyakan kepada imam berkenaan bagaimana mengekalkan kasih sayang di waktu usia telah tua.... Tentu sekali pak imam akan bercakap seperti juga ustaz ustaz romantik, menyuruh kita mengembalikan suasana waktu muda dahulu sepertinya menonton wayang, pergi berjalan bersama, berdating di taman taman bunga. Pendik kata apa yang dibuat masa muda itu, buat baliklah sekarang....
Tanyalah pak cik pakcik kat sana, tentu ada yang mencebik muka dengan kaedah ini. Kaedah ini bukan salah akan tetapi berlawanan dengan tata cara kita orang melayu. Kalau tak percaya suruhlah pakcik makcik tu jalan bepinpin tangan dan berpeluk cium dikhalayak ramai, suruhlah pakcik makcik berlari lari anak sambil berkain batik, suruhlah pakcik makcik tu duduk dating di taman bunga atau di tepi tepi bus stand...
Pm ada melihat suami isteri barat yang berjalan berpinpin tangan, masa itu pm anggap benda itu betul. Padahal mereka hanyalah bergaya di hadapan awam tetapi apabila mereka berada di dalam bilik, mulut sang isteri itu sama seperti juga mulut orang melayu, penuh dengan maki hamunnya...cuma bezanya dia oang cakap orang puteh lah.....
Bagi pm mengekalkan cara yang ada sekarang adalah lebih baik. Sudah tua tua begini sudah tentu paling memahami. Andainya suami kuat tidor, itulah perangai dia, manakala isteri pula suka mesyuarat tingkap tentu itulah tabiat keturunannya....
Tidaklah salah ustaz ustaz nak buat seronok cerita benda benda gitu dalam ceramahnya kerana kebanyakkan ustaz bukan mempunyai lebih dari satu isteri. Orang yang banyak isteri sememangnya banyak pengalamana dan memainkan peranan bagi mengendalikan isteri isterinya. Pandai memujuk, pandai berhujjah, suka membawa isteri isteri isteri berjalan jalan untuk menjaga hati. Manakala pak cik pakcik yang hanya mempunyai satu isteri tentunya tidak banyak idea sebaliknya mengekalkan sikap kemalasannya......
Kakak kakak yang suka dengar ceramah itu, bolehlah sama sama ketawa. Ketawa mendengar kisah rasullullah berkejar kejaran bersama isterinya Aishah. Tidak siapa yang akan mempertikaikan rasullullah kerana keadialannnya. Tapi kakak tak usahlah buat cam itu kat kampung...... Tak terdengar pula pm bahawa rasullullah berkejar kejaran bersama siti khadijah.....mungkin pm terlepas pandang kut.... Tapi pak cik pakcik di luar sana kalau nak berkejar kejaran dengan isteri muda, tak siapa pun kata salah ?

















