sambungan.............
Bila aku cerita panjang panjang , sepertinyalah aku nak tulis novel misteri macam Tamir Jalis. Aku bukan nak bangga dengan berapa banyak cikgu aku tetapi aku nak cerita aje apa yang aku alami. Tak percaya pun tak apa sebab yang sakit tu aku.
Berbalik kepada soalan asal iaitu kenapalah ada manusia sanngup sembelih anak dia ? Jawapannnya dia terpengaruh dengan hasutan ghaib. Dia bukan nabi Ibrahim yang mahu mengulangi sejarah. Dokter kata dia sakit mental je.. Sakit Mental tu kira gilalah.... Kalau dah sepanjang hari bendatu asyik bercakap kat kepala kita, siapa tak naik angin, tambah tambah lagi dengar anak menangis tak berhenti henti. Bini pulak pok pek pok pek tak berhenti atau duduk makan ketupat kat rumah jiran sebelah tak ambik pot pun. Jawabnya adalah yang kena sembelih.... tu belum lagi benda benda tu suruh simbah acid.....
Kepada mereka yang pernah kena sakit sakit macam ni.... berubatlah... makan kena jaga, banyak bersabar...fahami ilmu tauhid dengan sebenarnya. Dapatkan sokongan keluarga dan elakkan bersendirian, banyak menonton cerita cerita jenaka. Insyaallah...Tuhan akan membantu kita...
Ketahuilah biar dimanapun anak adam itu mati, walau didalam dunia bunian , walau di dalam perut binatang... nungkar nangkir tetap akan datang
Wasallam
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
Berubat Sehingga Sembuh
Salam kepada sekelian pembaca. Saya ingin menyambung cerita ini supaya jadi pengajaran dan jangan tiru cara saya yang salah...................
Abangku sering pulang membawa air jampi yang diambil dari kenalannnya. Kebanyakan air jampi itu kuminum sepertinya minum air mineral sahaja. Tiap tiap air jampi yang kuminum itu aku dapat mengesan ada makhluk mengikutinya. Jadi tok bomoh memang tak bagi air kosong, tiap tiap air itu ada kadam. Aku dapat bercakap dengan kadam mereka. Jelasnya mereka datang nak menolong dan kebanyakkannya datang menasihat aku sambil melayan kerenahku. Aku juga kena mandi limau dan rasanya sudah lebih sepokok limau juga habis digunakan. Bayangkanlah kalau sekali ambil limau 7 biji, pernah juga aku pakai 21 biji... sejuk dibuatnya. Ibuku pula sudah membuang baju silatku ke Sungai Selangor manakala beberapa kitab yang kumuliki juga telah diambil oleh abangku. Pelik juga tak ada hantu pun pada kitab ugama kenapa mereka nak ambil juga. Buku buku yang mengandungi serapah jampi pula disuruh bakar. Setelah buku buku itu dibakar , dadaku pula terasa sakit dan pedih.
Abangku telah pergi berjumpa guruku Hj. Roslan Tan. Dengar kabarnya dia merendamkan tasbihnya kedalam air. Sebaik sahaja air tersebut itu sampai ke rumah aku pun disuruh oleh abangku meminumnya. Badanku tiba tiba rasa panas. Suara ghaib datang lagi kepadaku mengajak aku menggerak gerakkan badan sepertinya senaman. Badanku berpeluh setelah sekian lamanya tidak berpeluh fikiranku rasa kosong , dada juga kosong dan aku macam orang bingung tidak dapat berfikir manakala suara ghaib juga hilang tiba tiba...........................
Aku bertandang lagi ke Ampang dan kali ini Abang Lan yang tinggal disebelah rumah ibu saudaraku pula menegurku. " Dunia belum kiamat "katanya sambil ketawa melihat aku. Aku memang tak faham maksdunya tapi takdir Allah telah menemukan aku dengannnya. Dia orang yang berkulit cerah dan berbadan gempal yang sanggup menemaniku setiap hari. Dia menyuruh aku menceritakan segala apa yang aku pelajari selama ini. Disuruhnya aku menulis dalam kertas tentang rahsia yang aku tahu dan aku tidak perlu mandi limau dan minum air jampi lagi................
Abang Lan menyusun kembali solatku dan menerangkan satu persatu rahsia yang tidak kutahu. Menurut kata Abang Lan aku ini telah " terganggu" dan terlepas kedunia lain sedangkan perjalananku itu pula adalah perjalanan yang tanpa bimbingan tanpa penghulu katanya. Perjalanan tanpa bimbingan memangnya sesat. Tidak hairanlah kalau aku dengar yang bukan bukan atau lihat benda yang bukan bukan sebelum ini.
Hari demi hari aku berusaha menyesuaikan hidupku dengan dunia. Aku bernyanyi sendirian dengan suara yang kuat dan aku tak perduli apa orang kata. Lama kelamaan telinga sebelah kiri kudapat mendengar bunyi dunia nyata. Aku juga sudah makan dengan selesa.
Aku terus berulang alik ke rumah Abang Lan dan meneruskan pelajaranku dengannya. Dia telah menerangkan kepadaku tentang perkara salah dan benar. Lebih lebih lagi dalam bidang perubatan tradisional. Nasihatnya bahawa di dalam ibadah hendaklah dipisahkan antara kebatinan dan ketuhanan.Maksudnya jangan mengadakan ngadakan bacaan lain atau perbuatan lain bercampur dalam solat atau selepas solat. Solat adalah solat. Begitu juga dia juga menerangkan tentang pembohongan yang dilakukan oleh para para ilmu perubatan tradisional serta guru guru silat atau pak imam yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Selepas 3 bulan aku mendengar lagi suara ghaib dengan rengkasnya mengatakan bahawa selepas ini aku akan menemui perjalanan yang jauh..... Aku tidak faham sehinggalah aku dipanggil oleh abangku untuk aku bekerja di Syarikat Lever Brothers. Disana aku memang jalan jauh jauh mengikuti salesman kemana sahaja di selatan Malaysia.
bersambung..................
segala nama nama yang diatas telahpun kembali ke rahmatullah
Mereka adalah ibuku, Dr. Khalifah Hj. Roslan Tan dan Abang Lan
dan yang tidak tersebut ialah Rosman, Pak Ngah Yop
Alfatihah
Sunday, August 29, 2010
KESAKITAN BERPANJANGAN
sambungan...................
Tiga bulan dilalui dengan penuh sengsara. Muhammad Latakul Usul pada mulanya bercerita tentang kebaikan mempengaruhi jiwaku. Akhirnya semua jadi terbalik. Solatku telah berpindah kiblatnya ke Timur dan Takbiratulirhamku dalam keadaan tangan terbalik. Tuhan sudah menjadi dua, satu tuhan dunia, satu tuhan akhirat. Pakaian pula hanya dibenar pakai kain dan baju, manakala seluar dilarang sama sekali. Dia menerangkan tentang tuhan kepadaku menjadi tuhantu.
Aku juga mendapat gangguan ketika solat dimana diwaktu itu aku merasa ada air mengalir dari tepi telingaku terus ke bawah, begitu juga ada angin naik bertiup dari bawah kain. Badanku panas dan tidur malam diganggu oleh cerita yang bukan bukan sehingga aku hanya berjaga sehingga pagi. Setiap pagi apabila bangun dari tidur aku akan temui seekor atau dua tiga ekor belalng hijau mati terhimpit dibawah badanku.
Satu suara gaib lagi muncul iaitu seorang perempuan bernama Habibah. Habibah menemaniku sepanjang masa dengan ceritanya. Ada cerita sedih dan ada cerita gembira tetapi dia adalah teman bagiku dengan cerita seperti kisah hikayat Malim Deman dengan kata " tidak akan kujumpa orang dunia melainkan orang yang kukasihi" Nun jauh dihutan sana pula sering kudengar suara memanggil manggil namaku dengan kata " jika orang dunia tidak menyukai kamu , datanglah kemari " Aku tidak menuruti kata itu walaupun jiwaku sudah disuruh suruh pergi kesana.
Tiada siapa yang suka padaku, emak saudaraku pun melarikan apabila melihat aku sendirian dibawah pokok sewaktu aku bertandang di Ampang. Semua ini kuasa Allah yang memberi pengalaman kepadaku tentang hati manusia. Aku memang tak ada kawan dan kalau ada kawan kawan datang menziarah sekalipun , mereka akan memandang aku dengan pandangan yang hina. Mereka menganggap aku gila.
Pada suatu malam kudengar ngauman harimau dibawah rumahku dan aku menggelisah bagaikan badan harimau yang berbalik balik. Tiba tiba aku merasakan ada air masuk ke dalam kerongkong dan rasanya dingin sekali. Keesokan harinya selepas bangun dari tidur aku melihat bunga durian bertaburan sekeling rumahku membentuk pusingan bulat....
bersambung lagi..... tentang perubatan dan pemulihan...
Gambar hiasan
Saturday, August 28, 2010
Mati Hidup Semula
Sambungan.......................
Petang itu kegelisahanku kian bertambah. Laungan azan maghrib bagaikan menghiris jantungku, sebaknya kumenahan tangisan dan perasaan sedih hati tidak terkira. Aku solat maghrib seperti biasa tetapi selepas salam terakhir kudengar suara ghaib memberi salam. Katanya " bersiap sedialah kerana sebentar lagi kamu akan kembali kepada tuahanmu" Aku menerima berita itu dengan tenang sambil mengingati sepotong ayat mengatakan" Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai"
Aku bangun dari sejadah itu dan menemui setiap seorang ahli keluargaku, bersalaman dan meminta maaf dan setelah selesai urusan itu akupun berbaring diatas katil. Kedua tanganku kuletakkan didada dan dari kaki sehingga seluruh tubuhku sehingga kekepala kuucapkan salam iaitu salam terakhir. Aku sudah reda dan bersedia untuk pergi dan menanti nanti untuk hembusan nafas yang terakhir. Ternyata bukan mudah untuk mati walaupun nafas tersekat satu persatu kerana ada persoalan dan pendakwaan perlu dijawab. Ada suara ghaib memujuk ada suara yang memarahi keras bermain main dicuping telingaku. Ada suara yang menyalah nyalahkan perbuatanku. Kepalaku terasa panas dan aku terus memandang keatas..............................
Tiba tiba ayahku pulang bersama Pak Long Katan iaitu seorang bomoh yang terkenal kampung kami. Pak Katan menghampiriku dan menyentuh wajahku dengan tanganya. Ditariknya pada dahiku dan daguku sambil berkata " orang menuntut ilmu untuk hidup tetapi engkau menuntut ilmu untuk mati" Aku mendengar jelas kata katanya padahal tubuhku bagai beku tidak bergerak. Laungan azan isyak kudengari dan menyentuh seluruh jiwaku dan diwaktu itu ibuku menarik tubuhku untuk bangun. Kurasai badanku kebas sepertinya darah baharu sahaja mengalir ke seluruh badan. Akhirnya aku dapat bangun dari pembaringan itu dan mengakhirkan siri kematian yang tidak terjadi. Ternyata dalam soal jawab sebentar tadi aku menyatakan hasratku untuk pulang kedunia nyata. Hasratku itu dijawab oleh suara ghaib itu dengan katanya " Kau jangan datang lagi kesini, bagaimana kesukarannya kau datang kemari begitulahlah kesukaranya untuk pulang keduniamu"
Gambar hiasan
Begitulah, aku terus meneruskan kehidupanku dan berharap untuk pulih dari kesengsaraan itu.....bersambung lagi...............................................
Kenapa Ada Suara Ghaib
Salam untuk pembaca blog yang budiman. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Baru baru ini kita dikejutkan dengan kisah seorang ayah yang sanggup sembelih anak lelakinya yang comel dan sebelum sebelum ini juga ada kisah isteri dan anak yang kena simbah asid. Agak agaknya kenapa ya ? Mereka tidak sayang keluarga, mereka sudah gila ? Aku ada satu jawapan yang boleh dipautkan kepada perkara ini. Ikutilah kisah ini..............................
Pada ketika usia meningkat dewasa aku mempunyai satu kegemaran iaitu belajar dan suka mengambil tahu terutama tentang ugama kita. Kemanapun aku pergi aku suka bertanya kepada orang tua tua terutama kepada perkara yang pelik pelik yang tidak masuk oleh akal. Sepertinya kata orang "saya mahukan ilmu yang tersirat dan bukan tersurat". Pada tahun 1980 aku bekerja di Ampang Park dan telah bertemu dengan seorang lelaki China Islam bernama Hj. Roslan Tan. Ada bebrapa orang pakcik disana melarang aku mendekati lelaki itu kerana mereka tidak sefahaman. Hj. Roslan Tan telah mengajar ilmu batin dan rohaniah dan telah mendapat pengiktirafan di salah sebuah sebuah Universiti di Indonesia. Di dalam waktu yang sama aku juga berkenalan dengan seorang bekas OCS dari Balai Polis Pekeliling ( Balai Polis Tun Razak) En. Alwi namanya.
En. Alwi telah menyuruh aku mencari satu kitab yang disebut sebagai Kasyaful Asrar dimana di dalamnya terdapat keterangan ketengaran tentang "diri". Setelahnya mendapat kitab itu, akupun mulalah membaca dengan penuh keseronokan. Entah bagaimana pada suatu hari aku telah diziarahi oleh suatu suara lelaki yang menamakan dirinya sebagai Muhammad Latakul Usul. Dia sering mengunjungiku setiap hari tetapi tidak pernah menampakkan wajahnya. Setiap kali kunjungan dia akan mengajar aku tentang ilmu ugama sehinggalah disuatu hari dia menyuruh aku menjerit dengan kalimah " Lailahaillallah" Akupun menjerit dengan kuat seperti yang disuruhnya dan sebaik sahaja habis jeritan itu aku merasakan sesuatu telah masuk ke badanku. Dia kemudiannnya mendakwa bahawa dia berada di dalam tubuhku.
Semenjak daripada hari itu , aku merasai diriku ada suatu kuasa yang mempengaruhi pergerakanku. Dari pada mengambil wudu' shinggalah bersolat dan begitu juga bacaan Quran aku merasakan dirinya. Pergerakan dan bacaanku telah diperbetulkannya. Yang paling susah ialah aku mendengar dua alam , satu alam nyata dan satu alam ghaib. Aku juga sudah berubah dengan keadaan tubuh yang semakin kurus, tidak makan apa apa kecuali bubur dan benda yang tidak berdarah. Seperkara lagi aku bagai boleh membaca isi hati dan niat orang terhadapku. Muhammad Latakul Usul itu juga mengajar aku tentang tauhid sehingga kepalaku terasa mau pecah mendengar penterjemahannya. Keadaan menjadi tambah buruk, aku sudah mula boleh bercakap dengan bumi , langit dan pokok pokok. Ibubapaku dikampung telah mengetahui keadaanku dimana aku telah dibawa balik ke kampung untuk berubat.
Keadaan ini berlansung selama 3 bulan. Bapaku telah mencari bomoh merata rata tempat untuk memulihkan diriku yang dianggapnya gila. Aku tidak gila, aku normal , aku tahu apa yang orang cakap tapi orang melihatku dengan keadaan sumbang selalu duduk sendirian dibawah pokok dan setiap kali azan aku akan menangis. Pada suatu hari aku bersolat jumaat, Muhamamad Latakul Usul datang kepadaku dan menyuruh aku menjeritkan kalimah Allah di dalam masjid itu. Aku tidak mahu dan aku merasakan mulutku dipusing pusing dan cuba digerakan tetapi aku menahannya.............
Hari hari terus berlalu, kepalaku terasa semakin panas, aku tidak dapat tidur malam...............
Akan dirsambung lagi......berminat untuk cerita seterusnya. ?.. GM aku pernah berkata "experience cannot get from the book" Ini adalah pengalaman aku yang sebenarnya.
Selawat dan salam untuk junjungan
Alfatihah untuk Ibu, datuk nenek serta arwah guru guruku...................
Friday, August 27, 2010
Langgar Punya Hal
Pagi semalam sewaktu memandu kereta ke tempat kerja, sampai sahaja di Sg.choh aku tenguk ada seekor anak anjing melintas jalan. Kelihatan comel dan warna bulunya cerah manakala ibu anjing itu berada ditepi jalan. Aku lihat banyak kenderaan lalu disitu. Ada juga lori yang besar besar juga. Selepas aku melalui lampu isyarat aku melihat cermin pandang belakang dan ternampak anak anjing itu terbaring ditengah jalan. Siapalah manusia yang tak ada otak melannggar anjing itu. Kalau nak cepat pergi kerja pun janganlah buta sangat mata.
Masih aku teringat kisah setahun yang lalu ketika aku sedang melalui pasar malam Bukit Beruntung. Dalam pasar manalah boleh jalan laju laju. Tiba tiba ada seekor kucing melintas.... aku pun brek... Tiba tiba entah dari mana datangnya kereta vios warna hitam dengan laju menghentam pungggung kereta aku. Keretanya kemek bahagian depan manakala proton buruk aku tak ada apa apa pun. Seorang perempuan melayu keluar dari kereta marah marah pada aku dalam bahasa inggeris" Why , you scared of cat ?" katanya." Lain kali langgar ajelah " tambahnya lagi. Ini lagi satu gila punya perempuan, lakinya duduk diam terkebil kebil. Dia ajak aku buat repot kat balai Bukit Sentosa. Aku ikut aje...... sebab dia BODOH.
Sampai di balai, ada geng dia datang jumpa aku 2-3 orang nak suruh settle, dia suruh aku bayar aje kerosakan keta itu. Aku kata dah datang balai jom masuk, peduli ape kalau dia tu polis sekali pun... Akhirnya dia dapat le saman RM 300/- sebab langgar punggung.... Kau orang pernah langgar punggung ?
Masih aku teringat kisah setahun yang lalu ketika aku sedang melalui pasar malam Bukit Beruntung. Dalam pasar manalah boleh jalan laju laju. Tiba tiba ada seekor kucing melintas.... aku pun brek... Tiba tiba entah dari mana datangnya kereta vios warna hitam dengan laju menghentam pungggung kereta aku. Keretanya kemek bahagian depan manakala proton buruk aku tak ada apa apa pun. Seorang perempuan melayu keluar dari kereta marah marah pada aku dalam bahasa inggeris" Why , you scared of cat ?" katanya." Lain kali langgar ajelah " tambahnya lagi. Ini lagi satu gila punya perempuan, lakinya duduk diam terkebil kebil. Dia ajak aku buat repot kat balai Bukit Sentosa. Aku ikut aje...... sebab dia BODOH.
Sampai di balai, ada geng dia datang jumpa aku 2-3 orang nak suruh settle, dia suruh aku bayar aje kerosakan keta itu. Aku kata dah datang balai jom masuk, peduli ape kalau dia tu polis sekali pun... Akhirnya dia dapat le saman RM 300/- sebab langgar punggung.... Kau orang pernah langgar punggung ?
Wednesday, August 25, 2010
Mencintaimu
Mencintaimu
seperrtinya menelan duri duri
dari tangkai mawar nan layu
di dunia yang kosong
sepi.........
Mencintaimu
menyerlahkan duka
yang tidak bisa ditahan
oleh dada
Air mata yang gugur
menambah lagi kehampaan
rajuknya tidak terubat lagi
seperrtinya menelan duri duri
dari tangkai mawar nan layu
di dunia yang kosong
sepi.........
Mencintaimu
menyerlahkan duka
yang tidak bisa ditahan
oleh dada
Air mata yang gugur
menambah lagi kehampaan
rajuknya tidak terubat lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancang...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam, Waktu bujang dulu tinggallah bersama kawan kawan seramai 3 orang. Bila seorang dah kahwin dan berpindah maka tinggallah kami berdua...



