Saturday, March 19, 2011

Jalan Jalan Ke Syurga

Masih terlihat disana tentang jalan jalan yang terpilih, jalan yang dikehendaki oleh manusia. Adakalanya pasrah menerima sahaja apa yang ada. Kita kesini untuk melihat jalan pulang, melihat jalan ke syurga............



Dia yang menanti di jalanan itu menjanjikan syurga kepada anda, menyapa sekian lelaki yang lalu lalang dengan mesra. Bertahun tahun sudah, syurga ini tetap begitu..... bagaikan tidak terasa oleh arus pembangunan, bagaikan terlupa segala pencegahan. Masih nampak dimata, masih didengari oleh telinga sedangkan pemerentah masih membisu......................................

Mereka mungkin sudah kaya dan masih bersemangat disana , untuk kehidupan hari ini dan esok.... Pelacuran tidak dapat dihapuskan untuk mengelakkan sumbang mahram. Benarkah ?

Sejarah Berulang

Salam............Sejarah Melayu menceritakan bahawa Hang Tuah telah pergi ke Pahang lalu melarikan Tun Teja Ke Melaka. Hero melayu yang pandai bermain cinta yang bergelar " Hang" pandai memujuk wanita untuk di hadiahkan kepada Sultannya. Seorang hero yang pandai bermian siher membuat ilmu pelupa iaitu selepas sahaja memakan sireh, minah itupun terlupakanlah akan segalanya........ Hebat... ada lagi ke?

Tahun ini ada sejarah berulang, Tun Teja dilarikan dari Pahang, tak perlu diberi sireh pelupa kerana kali ini Hang Tuah sendiri nak buat isteri.... tak perlu beri pada Sultan sebab Suiltan sekarang tidak perlu bodek bodek. Zaman dah berubah..............


Thursday, March 17, 2011

Dari Jepun Ke Malaysia

Salam ... baru sebentar membaca blog dari dapur laksemana........... komen yang cantik tentang otak otak orang kita. Ada ke kemusnahan dan malapetaka di Jepun jadi bahan ketawa.Kalau nak gelak pun patut patutlah.Disni bila kita dah cukup makan syukurlah...Jangan kerana terlampau pandai boleh jadi bertambah bodoh.

Semalam sebelum bailik ke rumah aku singgah ke tesco rawang, nak cari milo dan singgah makan sekejap di tempat makan dalam tesco


Nasi dan sup kaki ayam ini cuma bernilai seringit.... sekali lagi RM 1/-... Korang yang datang kesini janganlah sombong sombong makan kat restoren besar... Kekadang aku beli nasi ni 4 bungkus dan bawak balik berserta sup  kaki ayam . Jiran aku pun beli jugak.... Memang lebih kenyang anak beranak terutama  bagi mereka yang hidup susah susah ni.

Kalau di negeri Jepun waktu ini... mereka lebih berharap ...... susah mungkin sesusah zaman jepun makan ubi kayu..... mungkin susah lagi.................. Apa pun syukurlah....Malaysia masih bahagia.


Wednesday, March 16, 2011

Kiblat Kita

Salam     seorang anak muda yang putih jernih wajahnya kutemui sebentar tadi. Sebelum solat zohor tadi kubertanya kepadanya tentang kiblat hati.............. Mungkin dia tersinggung dengan soalan aku lantas kami membicarakan soal kiblat yang berada di dalam surau itu. Dahulu kiblat surau itu hanya berpandu kepada arah matahari terbenam, kini arahnya berpandu kepada kompas. " Kalau kiblat itu tak kena, kiblat ini tak kena, kita nak berpandu kemana ? soalnya. Aku jawab guna sahajalah kiblat hati. " kiblat hati itu kemana" katanya. Aku jawab kiblat hati itu ke kaabah . Kibalat hati bukankah kepada Allah katanya. Ada banyak pecahan lagi kataku padanya. Dia menyambut jawapanku dengan kata " nampaknya encik kena belajar lagi.... guru saya adalah anak murid dari university Azhar"

Ini perkataan ke dua yang aku dengar dalam hidup aku. Dulu ada seorang budak Perak mengatakan kepadaku " minta maaf encik, encik ini memang  cetek lagi dalam bidang ugama.

Benarlah aku ini bodoh kerana menghabiskan juga masaku mencari cari sesuatu yang tersembunyi sedangkan budak budak university jauh lebih pandai tentang keugamaan, banyak buku memberi panduan, banyak pensyarah terkenal disana sini., boleh merujuk ke internet.....

Arus kemodenan telah menafikan kitab kitab lama, guru guru tua yang tak pernah menjejak kaki ke universiti Azhar. Mereka mempunyai guru tetapi kehilangan BERKAT. Pelajaran ugama menjadi seperti air yang lalu, yang ada cuma nama yang hebat hebat.....
Pada hari ini belajar quran tak perlu ada guru. Ada jual CD VCD disana sini. Ada juga tok guru dalam VCD. Siapa yang berkata hebat dan berjawatan , cakapnya misti betul, pendapatnya adalah benar . Sedang kita yang tua ini semakin ditinggalkan..... Seorang ibu tua yang hampir meninggal dunia telah bertanya kepada menantunya tentang Allah Taala. Lalu si menantu menjawab " Allah itu Sepi " Ibu tua itu kemudian meninggal dengan panduan itu sedangkan menantunya bukanlah penuntut university Azhar..................



Perjalanan Di senja

Salam...........Semalam petang terasa lapar, singgahlah di kedai makan. Minum air kosong je manakala anak kita pekena milo ais. Petang tu nak balik kampung ambil ayah untuk tinggal seminggu dirumah sebab sekarang musim cuti budak sekolah

Sampai di kampung pukul 10.30, tak ada apa yang nampak, cuma gelap gelita.... kalau ada pun lelmbu lembu tidur tepi jalan yang nasiblah kalau langgar dia.............

Hari ini cucu cucu sibuk jaga atuk, tanya tanya atok nak makan apa. Yang paling peliknya dia orang nak bagi atok makan roti perata waktu tengah hari ni...Jam dah pukul 11.30 pagi.. atuk belum mandi lagi, cucu cucu ingat atuk tu macam dia orang bila sahaja hujan lambatlah mandi. Sekali imbas teringat iklan TV bila anak anak cakap " jangan lupa pakai pampers tau " Perjalanan menyaksikan tentang kasih anak, kasih dan pengorbanan dan bertanya diamanakah keikhlasan

Tuesday, March 15, 2011

Suatu Hari Ditepi Longkang

Hari hari kita makan ditempat yang selesa dengan makanan yang sedap sedap, enak sehingga menjilat jari. Kita tidak perduli tentang hal orang lain, kehidupan orang lain. Kita sebenarnya lebih bahagia dari mereka dan lebih mudah hidup dari mereka. Cuma hati kita sukar berubah

Bus Stand Tasek Puteri

Salam.....kawan saya mengirim gambar ini dari Tasek Puteri Rawang Selangor. Dia mempersoalkan tanggung jawab siapakah yang mengambil tindakan. Sudah 3 tahun masa berlalu tiada perubahan dan kalau hendak dibuat tempat kambing berteduh pun kambing tak mahu...








Sesiapa yang terbaca cerita ni, sesiapa yang duduk kat sana, cari carilah orang yang patut buat kerja ni, kesihan wanita mengandung tak dapat berteduh

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...