Friday, September 30, 2011

Harapan Seorang Sahabat

Salam.......... teringat aku tentang seorang sahabat yang aku pelawa bekerja dengan aku. Sebut sahaja bekerja dengan aku tentu "something special" Tidaklah aku mempelawa gaji yang sangat lumyan kerana sahabat kita pun kena jugak tenguk tenguk cermin. Aku bagi " up" lah sikit , sebab Gm dan Hr akan dengar cakap aku punya. Namun sahabat kita memberi seribu alasan dan kebimbangan takut kebuluran apabila berpindah kerja di tempat aku. Dia takut nanti tak cukup belanja untuk anaknya bersekolah pada tahun depan.

Aku ini tentang bab pelawa pelawa tentulah aku dah fikir masak masak, lagi pun masuk ke tempat kerja ni bukan jadi kuli, sekurang kurangnya aku akan bagi pangkat supervisor.  Itupun dia tak mahu,  sebab rasa kebimbangan melebihi paras kepala. Akhirnya aku tak dapat bertahan menanti lagi. 

Dalam soal menerima lamaran kerja ini, kita misti mempercayai Allah Taala. Badan kita bukanlah sentiasa muda, sehari demi sehari umur makin sedikit. Ngapalah bimbang sangat rezeki yang sependik itu. Bila kita mati, isteri dan anak pandai pandailah nak hidup. Isteri kalau tak saboo takkan nak tunggu suami bangkit kembali. Kawin je lah, mana boleh tahan tahan bila air dah jejak hujung kepala. Kita yang hidup ini kalau hanya percaya bahawa hanya datang dari tulang empat kerat ini... payahlah.... sungguh payah....

Thursday, September 29, 2011

Satu Hari Di Dalam Jamban

Salam , aku hanya ada beberapa keping gambar menunjukkan betapa manusia ini tidak bersopan dan bertenggek diatas jamban duduk




Aku bukan kerja jaga " jamban" tapi kalau dah kena macam ni memang tak ada kesian. Nak tukar semuanya sekurang kurang pun dekat RM 300/- Kalau dia belah punggung kita pun entah berapa hari dok sepital

TAHAJJUD CINTA

Salam............. Semakin dahsyat bunyinya tajuk tajuk filem masa kini berkisar tentang kisah cinta yang bersandarkan atas nama agama. " ayat ayat cinta'" syahadat cinta dan Tahajjud cinta" Sungguh benarkah cinta itu dan sehebat manakah cinta itu kalau dibandingkan dengan tentang rasa cinta yang mengasyikkan kepada tuhan seru sekelian alam..................

Seorang kenalan telah terperangkap dalam soal cinta ketika saat nazaknya ibu kepada kekasihnya. Sambil memegang tangan jejaka ini si ibu memberikan  amanah  kepadanya supaya menjaga anak daranya nan satu   itu. Lalu si jejaka ini menyanggupinya sehinggalah tangan si ibu relai dalam lepasan terakhir itu. Hebat sungguh drama  terakhir ini dan amat sukar untuk difilemkan kerana ini adalah kenyataan. Namun seperti juga filem hindustan, soal amanah, soal cinta ini tidak mendapat restu dari ibubapa si jejaka. Jika orang bertanya kemanakah arah tuju ?. Akan kujawabkan , kembalikan urusan ini kepada tuhanmu, bangunlah solat istiharah, bangunlah solat tahajjud malam, agar benar benar menjadi tahajjud cinta. Jika kau melupakan agamamu, kau hanya akan menemui nafsu dan perempuan itu tidak bererti apa apa untuk selama lamanya.


Wednesday, September 28, 2011

Bila Izrahil Datang Menyapa

Salam........  Usia Menjelang Senja menyapa lagi, kali ini satu kisah biasa untuk orang orang seperti kita.Orang yang pernah menempuh zaman mudanya yang begitu gagah perkasa dana akhirnya tersungkur dibumi tuhan. Masih kuingat beberapa hari yang lalu dimana aku tidak dapat meneruskan 2 hari lagi puasa 6 dibulan syawal hanya semata mata menyambut hari terbuka. Biasalah,takkan kita berpuasa menyambut tetamu yang datang. Jadinya pada hari itu kita makan seperti mereka bahkan mungkin berlebih lebihan lagi kerana kita adalah tuan rumah. Rumah terbuka bukanlah sehari tetapi dua hari dan tak kanlah orang yang datang menziarah tidak diperdulikan.

Dua hari selepas itu,masih tidak berpuasa juga kerana menerima kunjungan kawan kawan dari PDRM dan DBKL di hotel tempat bekerja. Almaklum sajalah kita ini orang tengah, kot mana pergipun kenalah manis mulut segalanya. Pada hari itu setelah beberapa kawan kawan pulang dari tempat makan, aku mula berasa tidak kena kepada bahagian pinggangku.Sejuk seperti air batu dan semakin lama merebak ke urat belikat. Akupun mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan. Sampai diklinik,doktor pula tidak ada kerana beliau keluar makan dan aku terpaksa menunggu selama setengah jam.



Apabila doktor pulang aku pula terpaksa menunggu giliran untuk berjumpa doktor sedangkan pada ketika itu aku sangat resah kerana seluruh sendi merasa sengal dan sakit. Pemeriksaan doktor terhadapku kemudian dijalankan tetapi tidak menemui apa apa jawapan kecuali sakit angin. Akhirnya aku pulang ke tempat bekerja dalam keadaan badan melayang layang. Sampai ditempat kerja tiba tiba aku merasa hendak buang air besar dan terus meluru ke bilikair. Peluh sejuk menitik dan muka kaki dan tangan mulai kebas sedangkan keadaan membuang air itu tidak berasa puas.Dada tiba tiba sakit macam diperah perah Aku mengambil keputusan keluar dari bilik air dan berbaring di dalam surau. Ternyata keadaan begitu tidak menyelesakan kerana seluruh badan mula menyengat.

Setengah jam kemudian aku bangkit memasuki lift untuk berehat di kereta. Sebaik sahaja keluar dari pintu lift,aku pun terus muntah dengan banyaknya dan akhirnya tumbang di dalam di dalam kereta. Satu jam kemudian seorang teman yang kebetulan lalu disitu datang membantu memicit belakang tapi aku terus muntah selepas itu dan kemudian berlari ke bilik air untuk buang air besar. Aku kembali berbaring di dalam kereta dan kali aku terpaksa meminta bantuan anak anak angkat aku untuk membawa kereta dan aku pulang kerana aku tidak bermaya lagi.

Sampai dirumah aku tidak berdaya untuk makan,berehat sehingga pagi , manakala esoknya aku masih terlentang........

Kesimpulannnya mudah, kita manusia tidak gagah, kita manusia ada tarikh tamat tempoh, suka atau tak suka misti dilalui. Orang miskin pun sakit dan orang kaya pun sakit,sakit dengan duit banyak dan tinggal dihospital yang terkenal juga bukanya satu kebanggaan. Sakit tetap sakit kerana dalam sakit kekadang disebut orang ada sedap. Sakit adalah nikmat bagi orang yang mendapat rahmat.................



Monday, September 26, 2011

Melalui Hari Hari

Salam .........Perjalanan Pulang singgah lagi disini dengan photo photo yang mungkin dapat mengukir cerita. Cerita cerita hidup masa kini dihadapan mata kita


Inilah gaji minima masa kini.... jangan soal berapa jam perlu bekerja kerana kita perlukan duit. Mat Bangla pun nakkan gaji macam ini sambil diberi pakaian , tempat tinggal dan makan minum. Yang kasihannya orang kita yang masih kesana kemari tak dapat kerja. Sekali sekali cubalah berfikir bahawa bekerja hari ini adalah pelajaran unruk hari esok. Hari hari kita belajar walaupun usia sudah menjelang senja


Ini adalah kehidupan kanak kanak. Orang yang sudah tua tidak akan kembali ke alam kanak kanak kecuali NYANYUK. Mereka mahu hidup dilayan, diajak bermain dan tidak mengenal baik dan buruk. Mereka perlu pakai pampers. Mereka yang bercakap bukan bukan juga adalah dikira nyanyuk


Sebuah lori berhenti ditengah jalan, menghalang laluan orang memaparkan kata kata ini di cermin lorinya. Orang ini memang telah kehilangan hati dan perutnya.

Neraka Seorang Ibu



gambar hiasan
[HM] KUALA LUMPUR: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.

Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.

“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.

Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.


P/s

Saya melihat lorong itu, mereka juga mempunyai keluarga tapi bagaimana mahu mengubah keadaan itu ? Waktu ni orang bercerita tentang hukum hudud dan mempertikaikannnya. Adakah peraturan hari ini telah mengubah keadaan itu semenjak dari kita merdeka lagi ? 

Sunday, September 25, 2011

Cerita Kedai Makan

Alhamdulillah.... sihat sudah badan yang sakit. Semalam sempat juga berurut dengan Chef Ree dan jangan ingat tukang masak tak pandai mengurut, cuma aku belum tanya dengan chef Wan sebab dah lama tak jumpa dia. Dulu sama dengan naik bas balik ke Selayang.....

Bercerita tentang tukang masak ni aku memang suka. Anak anak aku sekor pun tak mahu jadi tukang masak dan minat benda benda lain. Kalau masakpun sebab suka suka sahaja macam aku dulu. Campur itu campur ini apapun menjadi , padahal tak belajar apa apa pun. Kalau kau tak percaya kau tenguklah mamak tu masak, main hentak hentak aje...tau tau dah siap. 

Semalam aku pergi ke sebuah restoran di Chow Kit, restoran tu  menghidangkan maskan padang dan juga bermacam macam masakan melayu. Sampai disana aku lihat ramai orang dan di setiap meja ada orang makan tetapi disetiap meja itu cuma sorang sahaja makan. Jadi kami yang datang berkumpulan ini terpinga pinga dan tidak tahu nak duduk dimana. Tuan kedai pula buat bodoh sahaja , akhirnya kami balah dan pergi ke kedai mamak. Di kedai mamak , kami dilayan dengan mudah........... Kalau kami nak blah , mamak akan cepat cepat carikan tempat duduk .... sebabnya mamak tu tahu, bila kami blah dia akan rugi sekurangnya RM 30/- sekali duduk.

Mungkin orang kita sudah terlalu banyak dapat untung sehingga tidak memperdulikan rezeki lain yang datang. Oleh itu aku nak nasihat kepada tuan kedai supaya jangan memandang remah kepada orang lain sebaiknya bersedia untuk menerima rezeki yang banyak denga rasa syukur. Mereka yang sangup duduk di kedai kita pasti juga akan sanggup membayar harga makanan yang kita letakkan walau setinggi manapun asalkan sedap. Mereka yang tertarik hasil dari makanan kita akan datang kembali dan juga akan memberitahu rakan rakan mereka betapa bagusnya layanan kita.. Betul tak.......

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...