Friday, October 28, 2011

Cinta Di Hujung Usia

Salam........ rasa macam tak kena kalau tak de entry hari jumaat ni...........

Semalam, ketika melalui jalan keluar di lorong itu, aku melihat mereka............... Mata bertemu mata, hati bertemu hati, jiwa bertemu jiwa.....itukah cinta ? Sedangkan mereka adalah orang orang lama yang sudah meningkat usia, sudah beranak dan bercucu namun kini terjebak lagi dalam kisah cinta................

Bagaimana rupanya orang tua bercinta, adakah cinta benar atau yang sia sia, seorang janda dan seorang duda, makan minum mahu bersama...........tidur sekatil entahkan bila ? Namun begitu, soal keindahan cinta itu adalah urusan tuhan, tidaklah dapat kita bayangkan betapa indahnya perasaan mereka ketika itu.....Mungkin lebih hebat dari cinta anak anak muda...

Kalau tidak kelapa puan
tidaklah pula kepala bali
kalau tidak kerana tuan
tidak saya datang kemari..............

Dulu aku pernah tersenyum melihat pasangan tua berdating ditepi bus stand ...... lelakinya dengan perut bulat berkepala botak, manakala perempuannya masih manis bertudung..... cuma mereka sudah tua ditelan masa dan ditelan zaman.....Hidup itu bagai tanpa penghujung, bagai tiada penyelesaian, perjalanan seperti menungkah arus 

Seorang kawan meletakkan gambar ini difbnya.... aku sangat berkenan

Wednesday, October 26, 2011

Malam Pengantin

Salam

Malam Pengantin itu,
Masih banyak tetamu diluar
pinggan mangkuk masih berlaga
jerit pekik adik adik dipagar
berlarian menaiki tangga

Bunyi gendang beralun
dikir dan rebana bersusun
orang orang tua bersimpuh anggun
hujan menitik membasah lencun

Malam pengantin itu,
riuh rendah sanak saudara
makan dan minum masih tersedia
pengantin resah disana
tidak dapat tidur lena

Malam pengantin itu,
bisik membisik ditelinga
tentang cerita tanpa diduga
bilakah nanti lenanya
subuh sudah makin menjelma..................

Tuesday, October 25, 2011

Akan Kucabut Nyawamu

Salam..... Aku kembali memikirkan tentang kejujuran kawan kawan, disebalik segala kata kata doa, segala yang sunnnah, segala yang benar berlandaskan Quran.... duit aku entah lesap, entah kemana digunanya.......Ribu jugak ni.....nak cakap pasal agama kat mana pun boleh...tapi ini duit sape mau kasi.........................

Masa menjanjikan projek tu manisnya bukan main sekarang semua manis dah hilang. Masa ini kalau kita tak fikir pasal agama dah pasti pergi rumah tok bomoh. Biar "anu" nya tumbuh kat dahi, biar dia malu seluruh dunia. " inilah rupanya pembalasan manusia penipu " Cakap sahaja bolehlah.. siapa yang terkena pasti marah, ingat duit senang ke nak cari, nak perabih senanglah.....Masa ini tak perlu berhadis berhadas, aku tak percaya dah......., aku tak perduli kau anak siapa, anak nabi pun tak ikut perentah tuhan, inikan pula kau.....

Monday, October 24, 2011

Hati Seorang Tua

Salam...........

Semenjak ayah meninggal dunia emak selalu sendirian dirumah usang. Rutin hari hari seperti biasa, bangun pagi solat, buat sarapan, memberi makan ayam itek, makan tengahari, minum petang, makan malam dan tidur. Anak anak semua berada jauh, paling paling dekatpun 2 jam perjalanan yang lain semuanya merantau mengikut suami, manakala anak lelaki lena dalam pelukan isteri. Rumah emak hanya akan penuh bila ada kenduri kendara atau pun hari raya dan selepas itu sunyi sepi sahaja.

Sepanjang waktu kesumyian itu hanya jiran jiran sekeliling dan anak saudara yang datang menjenguk. Kini ramai orang orang tua dikalangan jiran jiran itu sudahpun ramai yang meninggal dan kalau ada yang hidup hendak dibuat kawanpun banyak yang nyanyuk. Peringkat nyanyuk pun sudah mencapai tahap kritikal bilamasa tidak kenal tahi dan cok kodok. Kini hanya adalah anak saudara yang ada. Susah hendak dikira, angin orang muda, tiba masa baik, baiklah perangainya tiba masa berkira, semua benda habis dikira. 

Keadaan diri yang sduah tua juga dibayangi bayangan rasa takut. Takut pada hantu dan gangguan jin yang tidak pernah sekolah itu menyebabkan emak berpindah kerumah anak.........................Tinggallah rumah, tinggallah tanah dan pohon pohon tidak terjaga. Bagi anak saudara , kalau nak petik apa buah pun boleh kerana tuan rumah sudah tiada dan meninggalkan sebidang tanah yang entah siapa nanti bakal merebutnya.

Sepanjang emak dirumah anak, perasaannya tidak enak selalu.Ingatannya kepada tanah kampung halaman peninggalan suami. Bantal busuk yang yang ditinggalkan itu juga entah apa khabarnya. Kehidupan dirumah anak tidak ubah juga seperti keadaannya dikampung. Sepi dan sunyi..................................

Baru baru ini emak membuat keputusan untuk balik ke kampung. Siapakah nanti akan menjaganya ? Katanya anak saudaranya akan menjaganya................... Anak anak terpinga pinga....., hati orang tua, kenangan lebih bermakna, disana adalah harta milik suaminya, tempat dia membesarkan anak anaknya, disana dia melihat semua saudaranya. Anak anak tidak tahu bahwa itulah tanda emaknya mahu pulang, mencari bekas bekas tapak kaki yang pernah ditinggalkan. Kembali melihat sekeping tanah tempat limpahan kasih sayang.........




Sunday, October 23, 2011

Noda Di Hujung Senja

Salam..............

Dimanakah kepercayaan itu
yang meniti bibir manismu dengan kata kata
tentang cinta, tentang impian
juga tentang hidup
sehingganya Sang lelaki sanggup bersimpuh
di puncak dadamu

Lalu menyerahkan apa yang ada
di setiap rongga dan tulang belulang
kejerihan kepenatan menghimpun rindu,
kasih sayang sepenuh kalbu
berdayung di celahan awan
menepis rintik rintik hujan
hanya kernamu........................................

Dimanakah lagi kepercayaan itu
yang telah kau lontarkan jauh jauh
dibalik bukit
sehingga terungkai sudah namamu
wajahmu,
bernoda menjelang senja.............

Friday, October 21, 2011

Gangguan di Hutan Dan Gangguan di Pekan

Salam...........ada entry hari Jumaat.........tengah fikir fikir ni.............

Beberapa tahun lalu sebelum aku kerja dalam tempat sejuk, aku pernah bekerja dihutan belentara. Aku bukan jadi askar tapi jadi juru ukur tanah. Pekerjaan begini membuat aku dan rakan rakan berkemah ditepi hutan atau di rumah  rumah kongsi kawasan perladangan. Pada suatu hari kami semua ditugaskan ke hutan simpan Kuala Selangor. Nak jadi cerita sewaktu menjalankan kerja kami terpaksa melintas sungai besar dan menyewa sampan settiap hari. Dunia ini bukanlah besar mana pun, setelah berkenalan dengan abang sampan itu disamping menyebut "password" keluarga maka tahulah saya bahawa abang sampan tu adalah saudara mara sebelah datuk.  Namun demikian perniagaan kaum keluarga ini tidaklah menjanjikan diskaun apa apa, tetaplah kena bayar upah.

Pada satu petang aku pergilah menziarah keluarga abang sampan itu diseberang sana. Seperti biasa aku akan menjerit ditebing sungai memanggilnya datang. Petang itu sangatlah indah, bunyi kera kera dan monyet bersahut sahutan di tebing sungai. Seperti kata orang kalau ada monyet dan kera pastilah ada udang disungai dan kalau ada udang pastilah ada buaya. Hidup buaya yang memakan bangkai ini sememangnya sejak azali. Setelah minum minum kopi dan berbual panjang aku pun mahu pulang semula ke kem kami di seberang sana. Abang sampan menghantar aku ke tebing dengan selamatnya. Namun begitu hari sudah memasuki senja dan keadaan hutan sememangnya gelap. Aku berjalan seorang diri dengan jarak 3 bukit ke arah kem.

Sampai di bukit pertama aku telah terlihat seekor kelip kelip besar melintasi kawasan itu. Aku tidak ambil perduli sehingglah aku sampai ke bukit ke dua. Kelip kelip tadi datang menghampiri aku secara berdepan. Pergerakannnya begitu perlahan , manakala seluruh tubuhnya dibaluti kabus sebesar bola. Waktu itu dadaku berdebar debar, kelip kelip ini bukan hantu, bukan polong, bukan pocong , dia cuma dikelilingi oleh asap seperti bola. Apa yang pasti pada waktu itu kakiku bagai terpaku tidak boleh bergerak.

Memikirkan ini adalah permainan syaitan, akupun membaca beberapa potong ayat alquran sehinggalah kakiku dapat bergerak untuk meneruskan perjalanan. Perjalan ke bukit ke tiga amatlah membimbangkan kerana seluruh kawasan sudah menjadi gelap gelita. Namun untuk hidup,kita perlu ketabahan dan tidak panik. Berlari ketakutan ditengah hutan seorang diri kerana ketakutan tidak akan menguntungkan sesiapa.

Akhirnya dengan izin Allah aku sampai ke kem tempat tinggalku dan disambut oleh "mary" iaitu seekor anjing setinggi pinggang bergigi tajam belaan tuan punya tanah.itu. Semenjak beberapa hari berkenalan dengan " mary" menyebabkan aku lebih berani kerana anjing bersekolah itu tidak akan menggigit. 

Setelah tinggal dibandar dan duduk dikerusi empuk, aku telah melihat manusia yang lebih hina dari mary, mereka bukan sahaja mengggit sesama sendiri tetapi menyalak setiap hari. Benarlah kata orang bahawa di dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi didalam masyarakat manusia ada binatang.....

Wednesday, October 19, 2011

Ular Menyusur Akar

Salam.............

Hai anak,
kalau bermain ikutlah rentak
jangan hanya hidup berlagak
menjadi seperti burung gagak
terlompat lompat teragak agak


Hidup jangan mengikut nafsu
kelak badan menjadi lesu
bagaikan bayi laparkan susu
tidak sabar mau menunggu


Susahnya mengajar anak
untuk menari mengikut rentak
tidak tahan diasak asak
bagai tiang tiada berpasak

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...