Monday, December 12, 2011

Penyakit MC

Salam...... waktu petang ini sempatlah aku berborak dengan HR... Katanya ada seorang pekerja main mc bersambung sambung tiap tiap 2 hari. Suspect denggi katanya..... Dalam hal ni aku dah gelak besar sebabnya aku kenal makhluk ni....Dia ni orang union kat tempat lama aku...

Senang aje....company bagi cuma RM 35/- bagi satu sesi rawatan diklinik, jadi hak untuk mc biasa setahun adalah 14 hari.... korang darablah....... 14x35....... Ada company sanggup bagi 490 kepada staffnya yang tak mc selama setahun....... Kalau company kedekut nak bagi duit atau sijil.... jawabnya dia orang mc lah..... cukup cukup 14 hari setahun. Kalau mc pun company nak buat apa....? Tak bagi naik gaji, tak bagi bonos ?

Aku pernah cuba buat macam tu  dulu. Cukup tahun gaji dapat , bonos dapat, pangkatpun naik.... sama juga seperti orang biasa adanya....Namun begitu jadikan ianya satu sempadan... Tolong jangan perah peluh orang, tolong jangan susahkan kawan kawan, tolong jangan sakiti hati kawan kawan, islam ataupun kafir kerana doa orang yang kena zalim tu cepat makbul....Lu akan dapat bayaran cash....di dunia ini......

Ahad 11/12/2011

Salam

Sebelum gua  balikke rumah  singgah dulu dirumah kakak

 adik gua suka dengan group ni

 Kg gua dekat rumah YB 
 Masjid kami 
 rumah kakak 
Taufik gasak durian lagi 

Sabtu 10/12/2011

Salam

Gua punya adik dan bininya pergi makan angin, gua pulak balik kampung





Taufik jumpa angklong.... tak pernah pegang seumur hidup

 Buah rambutan ..ada tapi  malas nak panjat

Taufik di rumah datuknya 

Jumaat 9/12/2011

Salam........

9/12/2011......periksa darah....



Jumaat itu aku di masjid kepong ............





Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Sunday, December 11, 2011

Salam Dipenghujung

Salam,

pagi ini hujan merintik
melayari kesedihan itu
yang tidak terungkai.

Betapalah kematian itu terlalu jauh
untuk mengakhiri usia yang dipertikaikan
kelamaan disini tidaklah membawa erti.
dan bersujud  juga  bagai tak terasa
kerana aku sudah terlalu tua...................

Friday, December 9, 2011

Biarkan Bulan Berbicara

Salam............aku sedang bercuti mencari modal untuk entry. Aku nak balik kampung, tenguk jalan jalan lama, tenguk masjid  dan kubur lama dan nak tenguk orang orang lama jika masih ada. Aku nak rehat kerana sendi sendi masih sakit. Aku sangat letih................

Wednesday, December 7, 2011

Dairy Orang Lama

Salam.........ketika ini pihak DBKL sedang  bekerja menarik kereta yang ditinggalkan oleh tuan kenderaan di kawasan Chowkit. Tidak melibatkan lorong lorong tapi di tepi tepi jalan besar. Nampak sangat kerajinan mereka ketika ini namun disebalik semua itu telah bergantang gantang sumpah seranah pemilik pemilik kereta itu. Yang kasihannya adalah orang orang tua, kanak kanak yang tadinya datang ke Chowkit dengan penuh gembira tapi kini bersedih untuk pulang ke rumah.........

Ada juga pemandu pemandu bertanya kepada kami dimana agaknya mereka dapat menuntut kembali kereta mereka. Ada juga main lepas maki hamun sehingga kami disini kena tempiasnya. Drama drama sedih, rasa tidak puas hati tidaklah dapat digambarkan..... Siapakah yang zalim......

Bagaimanapun compaun misti dibayar. Yang tidak ada kenderaan pergilah ke Jinjang menaiki teksi. Salah siapa sebenarnya.................. Apa yang kita lihat, mereka datang kesini untuk shopping, mereka balik dengan barang tangan penuh di tangan tapi tidak mampu untuk membayar wang tempat letak kereta RM 5/-. Mereka hendak parking free, mereka mahukan kebebasan. Budak budak DBKL itupun tarik kereta sebab bos dia suruh, kalau tidak buat tentu engkar arahan. Kalau kita nak kasihan, kita kena kasihan satu Chowkit, kita kena belai belai pemandu kereta, kita kena cakap jangan parking ya... cakap lembut lembut.

Namun begitu kekadang juga kita lihat, orang meletak kereta ditengah jalan, jalan yang macam bapak dia punya, Dia buat bodoh terus jalan. Orang belakang dah sorak sorak, orang belakang hon bagai nak rak, dia pula buat pekak.......... Siapa nak menimba pengalaman pergilah ke pasar chowkit tapi pastikan anda tidak mengalami penyakit darah tinggi

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...