Salam...... waktu petang ini sempatlah aku berborak dengan HR... Katanya ada seorang pekerja main mc bersambung sambung tiap tiap 2 hari. Suspect denggi katanya..... Dalam hal ni aku dah gelak besar sebabnya aku kenal makhluk ni....Dia ni orang union kat tempat lama aku...
Senang aje....company bagi cuma RM 35/- bagi satu sesi rawatan diklinik, jadi hak untuk mc biasa setahun adalah 14 hari.... korang darablah....... 14x35....... Ada company sanggup bagi 490 kepada staffnya yang tak mc selama setahun....... Kalau company kedekut nak bagi duit atau sijil.... jawabnya dia orang mc lah..... cukup cukup 14 hari setahun. Kalau mc pun company nak buat apa....? Tak bagi naik gaji, tak bagi bonos ?
Aku pernah cuba buat macam tu dulu. Cukup tahun gaji dapat , bonos dapat, pangkatpun naik.... sama juga seperti orang biasa adanya....Namun begitu jadikan ianya satu sempadan... Tolong jangan perah peluh orang, tolong jangan susahkan kawan kawan, tolong jangan sakiti hati kawan kawan, islam ataupun kafir kerana doa orang yang kena zalim tu cepat makbul....Lu akan dapat bayaran cash....di dunia ini......
Monday, December 12, 2011
Ahad 11/12/2011
Salam
Sebelum gua balikke rumah singgah dulu dirumah kakak
Sebelum gua balikke rumah singgah dulu dirumah kakak
adik gua suka dengan group ni
Kg gua dekat rumah YB
Masjid kami
rumah kakak
Taufik gasak durian lagi
Sabtu 10/12/2011
Salam
Gua punya adik dan bininya pergi makan angin, gua pulak balik kampung
Gua punya adik dan bininya pergi makan angin, gua pulak balik kampung
Taufik jumpa angklong.... tak pernah pegang seumur hidup
Buah rambutan ..ada tapi malas nak panjat
Taufik di rumah datuknya
Jumaat 9/12/2011
Salam........
9/12/2011......periksa darah....
Jumaat itu aku di masjid kepong ............
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
9/12/2011......periksa darah....
Jumaat itu aku di masjid kepong ............
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Sunday, December 11, 2011
Salam Dipenghujung
Salam,
pagi ini hujan merintik
melayari kesedihan itu
yang tidak terungkai.
Betapalah kematian itu terlalu jauh
untuk mengakhiri usia yang dipertikaikan
kelamaan disini tidaklah membawa erti.
dan bersujud juga bagai tak terasa
kerana aku sudah terlalu tua...................
pagi ini hujan merintik
melayari kesedihan itu
yang tidak terungkai.
Betapalah kematian itu terlalu jauh
untuk mengakhiri usia yang dipertikaikan
kelamaan disini tidaklah membawa erti.
dan bersujud juga bagai tak terasa
kerana aku sudah terlalu tua...................
Friday, December 9, 2011
Biarkan Bulan Berbicara
Salam............aku sedang bercuti mencari modal untuk entry. Aku nak balik kampung, tenguk jalan jalan lama, tenguk masjid dan kubur lama dan nak tenguk orang orang lama jika masih ada. Aku nak rehat kerana sendi sendi masih sakit. Aku sangat letih................
Wednesday, December 7, 2011
Dairy Orang Lama
Salam.........ketika ini pihak DBKL sedang bekerja menarik kereta yang ditinggalkan oleh tuan kenderaan di kawasan Chowkit. Tidak melibatkan lorong lorong tapi di tepi tepi jalan besar. Nampak sangat kerajinan mereka ketika ini namun disebalik semua itu telah bergantang gantang sumpah seranah pemilik pemilik kereta itu. Yang kasihannya adalah orang orang tua, kanak kanak yang tadinya datang ke Chowkit dengan penuh gembira tapi kini bersedih untuk pulang ke rumah.........
Ada juga pemandu pemandu bertanya kepada kami dimana agaknya mereka dapat menuntut kembali kereta mereka. Ada juga main lepas maki hamun sehingga kami disini kena tempiasnya. Drama drama sedih, rasa tidak puas hati tidaklah dapat digambarkan..... Siapakah yang zalim......
Bagaimanapun compaun misti dibayar. Yang tidak ada kenderaan pergilah ke Jinjang menaiki teksi. Salah siapa sebenarnya.................. Apa yang kita lihat, mereka datang kesini untuk shopping, mereka balik dengan barang tangan penuh di tangan tapi tidak mampu untuk membayar wang tempat letak kereta RM 5/-. Mereka hendak parking free, mereka mahukan kebebasan. Budak budak DBKL itupun tarik kereta sebab bos dia suruh, kalau tidak buat tentu engkar arahan. Kalau kita nak kasihan, kita kena kasihan satu Chowkit, kita kena belai belai pemandu kereta, kita kena cakap jangan parking ya... cakap lembut lembut.
Namun begitu kekadang juga kita lihat, orang meletak kereta ditengah jalan, jalan yang macam bapak dia punya, Dia buat bodoh terus jalan. Orang belakang dah sorak sorak, orang belakang hon bagai nak rak, dia pula buat pekak.......... Siapa nak menimba pengalaman pergilah ke pasar chowkit tapi pastikan anda tidak mengalami penyakit darah tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancang...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam, Waktu bujang dulu tinggallah bersama kawan kawan seramai 3 orang. Bila seorang dah kahwin dan berpindah maka tinggallah kami berdua...


