Saturday, January 28, 2012

Bertunang Di Hujung Semak

Salam .....Anda pernah bertunang ?

Kisah Pertama


Pm dijemput untuk meramaikan majlis, ikut perarakan membawa serbenika rupa hantaran. Sampai sahaja di rumah bakal pengantin perempuan, kamipun disambut dengan baiknya, cuma lain negeri lainlah bunyinya. Sebelum memulakan hajat, pak imam dari keluarga si perempuan membuka kata. Bukan sahaja salam tapi juga beliau telah berceramah panjang tentang ugama. Ceramah inilah membuat pihak lelaki jadi biol dan tidak dapat bercakap banyak. Biasalah bila jumpa orang pandai bercakap, orang bodoh jadi diam. Maka sesedap itulah pihak perempuan bercakap apa sahaja dan pihak lelaki jadi itek serati angguk apa sahaja................

Bila sampai hari menetapkan hari perkahwinan, pm disuruh bercakap dan kali ini pm pulak ganti pak imam dan kali ini pihak perempuan angguk kepala. Kerja begini tidak boleh kesian kesian dan lembut sangat, orang akan akalkan kita.........

Kisah Kedua

Keluarga lelaki minta pm anak beranak siapkan perkakas hantarannya. Ini kerja orang perempuan tapi pm buat sibuk kerana pm tahu bahawa orang perempuan suka benda yang rumit rumit sehingga dulang penuh dengan bunga bungaan dan menjadi ladang yang besar. Sambil bersembang dengan bapa si lelaki, kami mahu mengagak ngagak berapakah hantaran masa kini.... Pm ingat RM 15000/-, kata bapa si lelaki kalau sebanyak itu mungkin beliau  tidak akan membuat kenduri.... tidak mampu dan biarlah kenduri itu disebelah perempuan sahaja. Bagi pm pihak lelaki buat begitu pun tak apa.....Cuma sebelum kenduri itu pihak perempuan lansung tidak memberi bayang bayang berapakah hantaranya. Mereka mahu buat kejutan, mereka mahu saudara mara mereka meletakkan harga.........Mungkin yang nak kawin tu saudara mara mereka dan bukan si perempuan...........# Rasanya eloklah si perempuan tu digulai sahaja............ Dengar kabar RM 10,000 serba satu...... kurang lebih tu jugak.....



Kisah ketiga

Pm dijemput dengan ajak ajak kambing. Pm tidaklah hadir ke majlis itu. Dengar kabar tidaklah adik beradik kuat sebelah perempuan tu  tahu menahu berapakah hantarannya, pak imam meletakkan harga dan menaikkan harga. Adik beradik sebelah perempuan tu jadi orang lain, manakala orang lain pulak jadi adik beradik. Keluarga lelaki perempuan sahaja yang pakat pakat sendiri. Menentu tarikh pun dia orang buat sendiri. Mungkin hari kenduri itu mereka tidak perlukan adik beradik, nikah dalam dewan besar yang grand grand...Pm nanti datang ziarah dan makan sahaja, lagi pun pm orang luar yang mengintai di reban kambing sahaja..........................


Thursday, January 26, 2012

Mencari Harta Di Dalam Semak

Salam...............

Dulu cita cita nak jadi penulis, kita ingat hidup berkarya ini seronok......... Hari hari kita membaca novel , cerpin majalah. Hari hari mengetuk mesin taip buruk satu persatu kerana kita tidak pernah belajar menaip di mana mana sekalipun. Ada masa kita hantar cerita kita ke surat kabar, ke majalah tertentu, kita buat nama pena dengan nama ADISMA....Mungkin ada orang lain pakai nama itu dan apa yang kita tulis tidak pernah laku sekalipun. Mungkin juga kita bukan nama besar dan hanya penulis kaki lima di tepi jalan atau mungkin juga apa yang kita tulis lansung tidak ada kena mengena dengan kehendak orang........................

Hari ini kita lihat penulis 18SXXXX lebih hebat mendapat sambutan. Padahal yang dia tulis itu adalah benda benda " di celah kangkang " Kotor seperti manapun orang tetap suka. Kalau kita jadi penulis politik mungkin lagi hebat , apatah lagi menceritakan kisah celah kain orang. Hari ini kita tetap dengan falsampah kita demi untuk menjaga maruah yang selalu ditelanjangi.

Bermula dari SMS kita berpindah ke FB dengan tulisan yang karut karut. Gaya bahasa dan penulisan sudah lari dari disiplin. Semua perkatan singkat singkat sehingga entah apa butir sebutannya. Gaya penulisan itu dibawa kedalam karangan bahasa Malaysia UPSR, PMR, SPM dan segala TM TM....Tidak hairanlah bila anak anak kita lingkop bahasa Malaysia berbanding dengan bangsa lain yang bukan beranak dari rahim orang melayu.

Dari sana kita menjadi penulis blog....kita buat tajuk yang hebat....blog aku suka....Kita boleh tulis dengan apa gaya sekalipun, kita akan bercerita dengan perkara yang indah indah sehinggalah kepada perkara yang paling jijik. Kita boleh jadi ustaz menulis dan memaparkan apa sahaja tentang kebaikan dan diselang seli dengan ayat Al Quran.....Kita terlupa tentang saksi yang akan menjadi saksi untuk diperhitungkan....Kita tetaplah kita yang lemah.


Tuesday, January 24, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Salam........

Setiap malam kaki lenguh lenguh, mungkin penat menekan pedal kereta setiap hari. Setiap hari juga pm menyuruh anak bungsu mengetuk ngetuk kaki, kekadang kadang ketukan itu menyebabkan pm terlelap lena sampai ke pagi. Iniah dia kasih anak..........Terkadang kadang juga terkenang arwah emak, selalu pm belikan minyak urut kepadanya terutama minyak urut berwarna hijau. Dia selalu lenguh lenguk kaki tapi tidak pernah dia minta anak anaknya urutkan. Kalau sakit sangat dia akan pergi ke klinik di Kuala Kubu Baru. Dengan satu suntikan sahaja dia mulai lega..............

Dulu pm juga ada melihat arwah atuk membena  bilik air. Orang dulu dulu tidaklah membuat bilik air di dalam rumah tetapi bilik air itu dibena jauh sedikit dari rumah. Bila ada orang bertanya kepada atuk kenapa buat bilik air itu. Atuk jawab selepas dia mati tidak ada orang akan bena bilik air lagi disitu. Benar kata atuk, bilik air itu akhirnya roboh dan tidak siapapun anak cucunya menaikan bilik air disitu selepas dia meninggal.

Begitulah juga kisahnya dengan seorang atuk angkat pm di Kuala Kubu Baru. Suatu hari pm datang bertemunya kerana sudah lama tidak menziarah. " Dah lamo kau tak datang " soal atuk...." ekau nak tunggu atuk mati baru nak datang " soalnya lagi.........Sungguh benar katanya, setelah ayah angkat pm berpindah ke Langat, pm tidak lagi bertemu dengannya sehinggalah di suatu hari pm dapat mencari rumah mereka disana. Atuk dah tak do dah " kata makcik ketika pm menjejak kaki dirumahnya. Tidak apa yang pm kenang pasal atuk kecuali melihat tubuhnya yang lemah berjalan  tatapi apabila selesai  solat, dia kelihatan kuat. Demikianlah anugerah Allah kepada orang yang beramal dan taat. Pesan atuk " kalau kau buek baik,orang akan kasih........................."

Tidak ada yang baik kecuali kenangan dan pengajaran yang baik...........apalah guna pelajaran yang tinggi , gaya yang hebat tetapi tidak memberi menafaat kepada diri sendiri.............. Alfatihah........


Monday, January 23, 2012

KASIH DI KAKI LANGIT

Semalam
telah kuceritakan pada alam
tentang teman teman
yang berhimpun disini
untuk saling merindu.........

Betapalah kasih sayang itu
tidak memperlihatkan lagi dirinya
atau juga dalam pelukan
hembusan sang malaikat

Ternyata cinta
masih utuh disini
dikaki langit
yang merah..........

Sunday, January 22, 2012

Anak Manis

Salam


Anak manis,
Cantik itu adalah anugerah
untuk milik sesiapa jua
milik orang seperti kita
yang tak pernah ada kekayaan
yang berlantai dibumi tuhan.....

Anak manis
langit tidak menghalang kita
menadah titisan air hujan
menyentuh lembut embun di dedaun
selagi bibir mengucup bumi
selagi malam bertemu siang

Anak manis
bersyukurlah.......
mentari masih merah menyala
membawa seribu bahagia

Saturday, January 21, 2012

APA PENDAPAT ANDA

Salam............apa komen anda tentang ini


Tanduk Di Atas Kepala

Salam..........selama 3 hari meninggalkan blog ini, pm masih seperti biasa iaitu tiada idea...........

Hari ini ramai orang sudah bercuti, di sekeliling rumah pm sudah mulai sunyi sepi. Mereka semua balik ke kampung nun jauh di sana. Selama ini mereka pembohong mengaku orang Kuala Lumpur, beranak pinak di sini tetapi sebenarnya mereka adalah orang luar yang meramaikan kota Kuala Lumpur. Mungkin Orang Kg. Baru sahaja yang boleh bercerita tentang hal ini..........tetapi tidak pula kepada minah minah indon dan lelaki lelaki hitam bertubuh sasa....

Esok lusa pula orang orang kita akan sibuk kenduri, tidak kiralah kenduri apa sekali pun walaupun kenduri arwah ianya tetap dinamakan kenduri. Namun musim Tahun Baru Cina ini, kita akan lebih banyak menyaksikan kenduri kahwin dan juga pertunangan. Pm sendiri ada menerima jemputan dari kerabat di sebelah isteri bersangkutan pertunangan anak perempuan mereka tetapi tidak dapat menghdirkan diri dengan sebab sebab tertentu. 

Bercerita tentang kenduri kahwin ini tentu banyak yang kita dengar desas desus sebelum majlis itu berlansung. Ya lah.. orang akan bertanya siapakah bakal suami atau isteri si anu.... Waktu itu emak pengantin tentu tidak mahu kalah dalam soal ini. Waktu pm kecik kecil dahulu, pm selalu dengar bahawa bakal menantu mereka itu ustazah, ustaz, cikgu, askar polis,........itulah jawatan kebanggaan orang dulu dulu, berlainanlah sekarang kerana menantu mereka mungkin pensyarah universiti, ahli koprat, doktor, engineer , dato dato' . Ini menunjukan di Malaysia ini semua orang berpangkat dan bertaraf tingggi sehingga tidak dapat melayakkan diri untuk menerima zakat atau bantuan rakyat tetapi masih juga beratur mengambil borang tempuh hari. 

Beberapa bulan selepas pernikahan itu nanti, barulah nanti banyak rahsia terbongkar. Pm mengingatkan diri pm, kawan kawan, pakcik pakcik, makcik di luar sana agar tidak bersifat bongkak dan sombong. Segala apa yang baik yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari yang esa. Didiklah anak dan nasihatkan bakal bakal menantu supaya dapat membena rumah tangga yang baik dan sempurna. Ingatlah pesanan orang dulu dulu bahawa hanya cangkul dan tanah jadi pemisah, biar tanggal kaki dengan lutut, namun bercerai berai jauh sekali.

Sekali lagi pm berpesan jangan angkoh dan sombong....jangan sekali kali fitnah memfitnah............

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” [surah Luqman, ayat 18]


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...