Sunday, October 21, 2012

Tarian Tiang di Pokok Pisang

Salam........

Dari cerita misteri kita berubah sebentar ke hal ehwal dunia. Anda pernah melihat tarian tiang ? Pm tidak pernah tenguk lansung. Tenguk tiang seri adalah. Kalau di rumah rumah kampung yang lama pasti ada tiang seri dimana anak cucu seringlah terlanggar tiang sehingga bengkak bengkak kepala. Di sebalik tiang seri pula ada berbagai bagai cerita misteri tetapi orang bandar lebih misteri pabila mereka suka melihat perempuan menari nari di batang tiang sambil berpakaian menggoda. Pm sukalah nak sebut bahawa orang lelaki ini sangatlah seni dan suka melihat benda benda seni, orang perempuan tidak boleh marah kerainatang na perasaan kesenian seperti itu tidak ada dalam buku orang perempuan.



Tahun 80 an dulu pm tak nampak tiang seri seperti itu tetapi pm melalui hidup moden mengenali penthouse. Binatang apa penthouse itu ? Kawan pm bernama Rosli yang bekerja sebagai penjaga pintu kelab penthouse tu. Sekali sekali ajak lama lama pm jadi seronok masuk ke sana apatah lagi free lansung tak bayar.... Di dalam penhouse itu ada pertunjukan silap mata dari artis artis Hong Kong. Sepertinya tempat wrestling juga, ada pentas di tengah tengah dan kerusi di sekelilingnya. Pm selalu duduk kat belakang belakang sekali manakala kerusi di hadapan dipenuhi dengan orang orang tua. Maklumlah orang tua mata tak terang macam orang muda.


Selepas persembahan silap mata maka keluarlah persembahan berikutnya dimana ada gadis atau emak gadis atau nenek gadis keluar ke pentas dengan berpakai coli dan seluar dalam sahaja. Mereka bukan sahaja menari tetapi juga membuka seluar dalam mereka satu persatu. Tidak ketahuan berapa banyak seluar dalam mereka pakai tetapi setiap helaian yang dibuka merupakan debaran kepada orang orang tua yang nak mampus di kerusi bahagian hadapan.

Dapat dilihat aksi aksi ghairah yang menjadi tepukan gemuruh termasuk juga menggunakan pisang kecil dan bapak pisang sebagai bahan uji. Adakalanya adengan " mengawan " dilakukan menjadi tontonan ramai......Menonton sebegini memang seronok apatah lagi di tengah tengah malam buta di saat orang orang soleh menegakkan solat tahajjud manakala kita pula asyik berselera tak sudah sudah...........




Saturday, October 20, 2012

Misteri Di Kaki Bukit

Salam......................

Cerita misteri memang jadi kesukaaan ramai...kalau main tambah tambah juga semakin sedap. Kebenarannya hanya Allah yang tahu.......

Apakah yang benar sebenarnya ? Semenjak dari kecil lagi pm dijaga dengan penuh berhati hati....Orang orang tua dahulu sangatlah suka berpantang larang, anak cucu bukanlah semudah itulah keluar rumah, apatah lagi merayau rayau dengan tidak tentu hala. Kalau dibandar banyak kereta tetapi di kampung banyak pula cerita hantu dan orang halus. Pendik kata kalau tersalah langkah kita terlanggar dan terpijak mereka....


Kecik kecik lagi emak membenarkan anak anak belajar silat. Entah kenapa tidaklah ketahuan tapi sememang itulah aktiviti orang kampung di malam hari asalkan tidak mencuri atau mengendap anak dara orang


Di belakang rumah pm di katakan ada penempatan bunian. Pm tidaklah pernah berjumpa mereka tapi arwah emak memang melarang kami semua merayau ke sana di waktu tengahari buta atau di waktu senja. Pernah di waktu kecil dahulu pm terdengar bunyi riuh rendah di kaki bukit, nampak juga unggun api menyala nyala. Kalau dilihat nyata manalah ada manusia dalam hutan itu. Orang kata " orang bunian itu sedang membuat kenduri kendara, Sekarang dah tak ada dah....entah kemana mereka pergi... bukit sudahpun kena cangkul, agaknya mereka pindah ke rumah flat.

Dulu arwah wan tidak membenarkan pm menjenguk ke tingkap waktu hujan ribut. Arwah wan kata bahwa kepala ribut itu ada berupa kepala gajah dan juga kepala kuda. Biasanya arwah wan akan hidupkan api, bakar tempurung dan sabut kelapa, buat asap banyak banyak. Budak budak macam pm manalah nak dengar cakap, pm intai jugak....Tak nampak kepala apa pun tapi nampak angin berpusing pusing, seram juga dibuatnya. Pm nampak air hujan berwarna kuning di waktu senja itu, titisannnya agak keras. Siapa yang kena air hujan itu memang sah demam...bukan sehari dua tapi berhari hari... siap meracau racau sekali....entah hantu apa pulak duduk di sebalik hujan itu ?

Bila bunyi petir kuat, anak cucu duduk diam diam dalam rumah macam anak ayam duduk bawah kepak ibunya. Orang kata batu petir tu macam kapak. Kalau kena , alamat putuslah terbelah jua akhirnya. Arwah atok ada simpan satu batu petir, dia buat asah pisau. Orang kata kalau batu petir tu keadaan baik, member yang tukang hantar tu ambik balik.....Sampai hari ini pm tak pernah jumpa member tu

gambar hiasan

Satu lagi orang kampung panggil  petus. Ianya berbentuk batu bulat, ianya keluar meletup dari perut bumi. Biasanya ia tembak pokok besar besar dari bumi ke bahagaian pangkal pokok. . Biasanya juga pokok yang kena tembak itu akan mati tidak beberapa hari selepas itu dan buahnya tidaklah dapat dimakan. Orang yang menembak pokok dari bawah bumi itu pm tidak pernah jumpa. Jumpa peluru sahajalah.................

Selain dari itu, hantu yang lompat lompat atau guling guling tidaklah pernah pm jumpa, hanyalah mendengar cerita dari mulut ke mulut. Kalau setakat nampak ekor harimau itu adalah tetapi hanyalah sekejap sahaja melintasnya. Soal bau bau memang ada.....di kampung banyak bau bauan....bau busuk, bau minyak urat, bau bunga sehingga ada yang menghantar bunga kepada kita. Orang cakap kalau  badan kita ada parut dia orang tak hendak, kalau tidak sudah tentu dah hilang ghaib dan tak jadi penulis blog sebegini...........


Thursday, October 18, 2012

Misteri Templer Park Jalan Rawang

Salam

Mash ingat Templer Park di Jalan Rawang, dulu orang sebut Bukit Kancing.......best mandi kat sana , apatah lagi dating dalam keadaan hujan dan sejuk sejuk................


Malam itu kira kira jam 8.00 malam saya melalui jalan itu untuk pergi ke Kuala Lumpur. Jalan itu adalah jalan biasa untuk saya berulang alik dari Bukit Beruntung. Malam itu hujan renyai renyai mewarnai malam Jumaat yang selalu menjadi tanda tanya orang melayu. Tidak banyak kereta melalui jalan itu pada ketika itu dan hanya beberapa buah kereta berselang seli. Ketika melalui suatu bukit, dari jauh saya terpandang dua lembaga manusia berdiri betul betul di tengah jalan. Pelik betul di tengah tengah hutan yang kosong ketika itu ada manusia mahu menyeberang jalan. Agaknya orang indon kontrak pada fikiran saya. Saya memperlahankan kereta kerana bimbang terlanggar mereka. 

gambar hiasan

Semakin lama kereta saya semakin dekat menghampiri mereka dan kemudian saya sempat menjeling. Mereka adalah sepasang suami isteri yang  berbaju putih dan apa yang lebih jelas adalah  isterinya itu sedang memangku anak yang masih kecil. Wanita itu menundukkan muka memandang anaknya dan tidak menampakkan wajah manakala wajah suaminya juga tidak jelas di malam yang serba hitam itu. Selepas melalui kawasan itu dengan tiba tiba di dalam kereta saya dipenuhi dengan bau asap kemenyan yang entah datang dari mana. Apa yang pasti, saya selamat seisi keluarga.

Saya mempunyai prinsip tersendiri melalui jalan itu iaitu saya akan melewatkan 5 minit atau sebelum 5 - 10 minit melalui kawasan itu diwaktu tengah malam. Maklumlah kerja saya tidak menjajnjikan bilakah waktu pulang atau adanya panggilan dari tempat kerja di waktu malam. Ada berbagai tanda yang saya lihat membuat saya begitu berhati hati terutama apabila dengan tiba tibanya hujan renyai waktu malam atau hujan panas waktu siang, atau juga saya terlihat ada daun berterbangan beralun melintasi jalan. Pernah saya melihat seorang lelaki tergolek akibat kemalangan selepas pertanda itu. Saya pernah memotong lori di satu pagi dan dengan tiba tiba hujan lebat menyebabkan saya tidak nampak jalan hadapan dan kenderaan yang saya potong itu. Akhirnya saya memilih langkah memperlahankan kereta.........sehingga saya nampak lori itu berlalu. Apa yang saya bimbangkan ialah kenderaan dari belakang ketika saya mahu memotong, saya sangkakan motor rupanya lori treler panjang yang hanya ada sebelah mata......................

Adalah berbohong jika saya katakan di sana ada hantu...tapi anda perlu berhati hati kalau ke sana....




Wednesday, October 17, 2012

Penyakit Lupa ( Bengong)

Salam..............

Pernah kena penyakit pelupa ?...................................

Dahulu pm bekerja dengan seorang tua, bos pm bekas seorang DSP Bukit Aman. Banyaklah orang tidak suka padanya kerana percakapannya main lepas sahaja. Maklumlah anak didik penjajah yang bersekolah di tengah padang......... Dia selalu marah kalau pm tulis kecil kecil dalam buku log. Dia kata susah nak baca tapi sekurang kurangnya bahasa inggerisnya bolehlah dijadikan panduan. Tiap tiap pagi dia baca notanya  tentang apa yang patut buat hari itu. Dia kata kalau tak tulis kita akan lupa. Pada masa itu otak pm punyalah bagus. Kalau skrip boleh hapal dengan baik dan segala bentuk cerita boleh diingati .......

Mendiang bos pm tidak pernah ajar pm dalam kelas. Orang lama selalu mengajar dengan cara cakap cakap sahaja. Tidak ada pen yang bergerak dan tidak juga ada kesempatan pun untuk menulis. Salah satu pelajaran yang dia sebut adalah " kamu kena ingat apa yang orang lain ingat"... Maksudnya berfikir seperti orang lain berfikir, otak mau tajam , mata mahu terang.



Kerjanya bukanlah mudah memikir hal orang. Dahulu mana ada sekolah body language, kalau ada pun mungkin begitu terhad. Mulai hari itu pm bersekolah sendirilah, tenguk gaya orang, tenguk muka orang, tenguk gambar orang. Mungkin tidaklah berapa tepat tapi kira boleh pakailah. Jadinya muka penipu memang mudah dikenal dan yang paling pm menyampah ialah senyum kepura puraan dan muka juru jual....................Pm pernah pergi ke persidangan MLM,  disana muka muka pembohong banyak kelihatan  di sebalik gambar mereka dengan kereta kereta mewah.....



Sejak beberapa hari ini pm melihat diri pm sebagai seorang pelupa. Pernah suatu ketika pm termenung di dalam kereta ketika sampai di persimpangan rumah. Pm terlupa arah rumah pm. Ianya bermula dengan tiba tiba pm pening kepala. Sehari sebelum semalam pm terlupa di mana letak kunci kereta. Cari punya cari akhirnya pm jumpa dalam bonet kereta. Semalam pm terlupa di mana letak alat bluetooth yang pm charge pagi itu. Akhirnya jumpa di tepi rak file......Pagi ini pm terlupa bawak ubat........... Tolong tolong tolong.... cam mana boleh jadi ........





Thursday, October 11, 2012

Perempuan Bertenggek Di Anjung Rumah

Salam......,

Marah agaknya kakak ipar pm malam tu. Nasihatnya menyuruh kami adik beradik melawat maklong yang sedang sakit di Sabak Bernam. Adik pm menyatakan tidak sanggup pergi, yang lain lain juga semacam itu juga ceritanya. Pm lagilah berfikir fikir sangat. Kononnya adik beradik berpakat hendak bagi maklong RM 2,000, bagi merasa duit peninggalan adiknya. Kami pula bercadang cadang hendak menyerahkan sahaja kepada anak maklong tapi agak ragu ragu... Maklum sahajalah soal duit......

Pm malas nak cakap apa apa, namun terlepas juga cakap " kalau ada sesiapa yang mengaji sifat 20 yang tinggi tinggi tu , pergilah jumpa maklong " kata pm.....Orang macam saya ini tidak setinggi itu ilmunya " ulasan pm lagi. Pm cakap, rambut maklong tu mengerbang, dengan tiba tiba kakak ipar melenting " kau dah tenguk " katanya......... Sememangnya susah nak berunding dengan orang seperti ini.....................

gambar hiasan

Kalau kita hendak marah sememangnya tidak berguna, masa muda muda dulu maklong jadi bidan, maklong jadi mak andam. Maklong bukannya bidan dan mak andam moden, semua pakai serapah jampi. Bukanlah sorang dua mendapat perkhidmatannya. Sekarang maklong sudah uzur, serapah jampinya tidak dapat menyelamatnya, tapi benda yang bertenggek di belakangnya menjadi masalah.....

Kita ini anak cucu bukanlah takut pada benda tu, bendan tu makhluk allah juga. Bukanlah dia berkuasa membinasakan kita kalau Allah tidak izinkan. Untuk sekadar cakap cakap sebegini siapapun boleh , kalau berdepan dengannya belumlah tentu lagi keadaan kita. Apatah lagi tubuh badan yang lemah, iman yang tidak kuat. Nanti ada yang menjerit sama atau sekurang kurangnya menyakat pulak balik ke rumah.

Orang cakap kita jangan suka mendengar cakap orang, kalau tiada ilmu di dada jangan nak berkokok sepertinya ayam jantan. Sampai hari ini pm tidak tahu siapakah yang pergi menziarah maklong, mungkin kakak ipar pm sudah pergi agaknya..... Mungkin kakak sudah ketawa besar melihat kebodohan kami adik beradik. Yalah....ilmu kami tidak seringgi dia, yang selalu duduk mengaji di surau........maka keji lagi kami ini .........................


Tuesday, October 9, 2012

MENCARI CINTA

Datanglah kesini
mari kuhidangkan rindu untukmu
dengan nafas nafas cinta
penuh kelekaan
kepanasan tubuh dingin sepanjang malam

Datanglah kesini
untuk hidangan seenak ini
penuh bau bauan manis dan harum
menyentuh perasaan sang lelaki
menjadi raja di dalam jiwa.

Datanglah kesini
dengan mata hati nan terbuka
mencari kebenaran dalam cinta
mencari nyata dalam nyata
atau sebenarnya kita yang tertipu untuk selama lamanya........


Sunday, October 7, 2012

Sesat Di Puncak Gunung

Salam..........

Hari hari kita melihat perubahan, hari ini lain esok pula lain. Rumah, stor, kilang, pejabat juga beralih alih termasuk juga jamban.....


Pm berharap anda semua jangan tersesat sehingga beralih arah.................................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...