Tuesday, March 25, 2014

Mereka Yang Kembali

Salam,

Mudahan Allah memberi keberkatan kepada anda semua....

Dah lama pm tidak menulis.....Semuanya kerana kapalterbang tu ....Hari hari asyik tenguk cerita kapalterbang. Ada pulak kekawan kita asyik copy paste je cerita tu...Mudah sangat kerjanya. Jadi pm sepertinya juga orang lain menanti dan menanti kapalterbang tu balik, mendarat di Malaysia..

.

Tentunya begitu kepayahan pihak berwajib mengistiharkan cerita yang sebenar dan benar benar logik yang boleh diterimapakai oleh keluarga mangsa. Berdepan dengan rakyat negeri Cina juga masalah besar, mereka tidaklah seperti kita. Tanyalah kepada mereka mereka yang pernah bekerja di hotel tentang sikap rakyat negeri itu sebenarnya. Tidak hairanlah pada hari ini bila mana orang atasan kita terasa pening.

Apabila TOK BOMOH datang ke KLIA menunjukkan skillnya, banyak orang suka melihat dan kemudian membuat komen yang menyebabkan TOK BOMOH marah. Kesian si Ibrahim tu......Masa nak mengundi mungkin banyak VIP jumpa dia dengan sebab nak menang. Percaya pulak time tu ya, bila sampai kes kapalterbang,.... banyak mulut pulak orang orang ni...Atau sebenarnya mereka malu tenguk TOK BOMOH duduk atas kapet dan bawa buah kelapa....



Sibuk juga, orang tanya tanya ustaz...Ustaz kata khurafat, syirik.....sedap benar bunyinya. Tok Bomoh misti marah " bukan aku yang khurafat, bukan aku yang syirik.... yang syirik tu KORANG"... begitu kut gamaknya....

Tenguk wayang kulit tu korang tak kata karut walaupun ada tukang karut, semuanya sebab dikatakan budaya dan permainan rakyat...Malahan di negeri kelantan pun tetap ada wayang kulit, orang PAS kata ok je......

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Jangan marah sesiapalah, dari Indonesia , India, Thailand, Cina dah ramai tukang telek macam si berahim tu. Semua berikhtiar walaupun kerajaan tak nak pakai idea tu. Makcik yang balik umrah pun katanya nampak kapalterbang tu kat lautan hindi sebelum pm besar umumkan bahawa perjalanan kapalterbang itu berakhir di sana......Semua menenguk, menelek , tidak tepat ceritanya dengan sebab tidak seekor pun tahu rahsia kerajaan langit. Asal jin naik mengintai, kena tembak je...lalu turunlah dia kepada tuannya memberi khabar berita YA TAK YA.....banyak agak agak....

Lalu banyaklah orang berdoa di dinding dinding, kain rentang dan juga dalam FB, tak payah berwudu' pun....Banyak juga bersolat hajat di masjid masjid dengan sebab arahan pihak tertentu...Jangan hairan bila mana imam umumkan nak buat solat hajat pasalkapalterbang, ada jemaah yang angkat punggung terus blah.....  Tak prihatin agaknya.....entahlah.....


Biar apapun, semuanya sudah terjadi, orang islam tidak digalakkan menangis mengenang kematian sedangkan yang mati itu hanyalah jasad yang dipinjamkan. Urusan orang yang dikatakan mati telahpun selesai, bagaimana pula urusan kita yang masih hidup ini. Janganlah hanya rajin solat hajat untuk kapalterbang tetapi meninggalkan solat fardu. Jangan berwayang wayang di majlis agama dimajlis majlis perdana, pergi berdua balikpun berdua berpimpim tangan......Janganlah begitu sebaliknya berbuat baiklah dan saling berjaga jaga diantara satu sama lain.....Tidak ada tinggi rendahnya kita dibumi Allah ini kerana kita yang ada ini adalah orang orang Islam....

Monday, February 24, 2014

Hikayat Muncung Negro

Salam........,

Satu hari aku melihat orang duduk duduk di kantin, waktu itu jam 8.25 pagi. Aku mengalihkan kereta berdekatan kantin itu. Namun sebelum sempat aku bangun dari tempat dudukku, mereka yang duduk dikantin itu terus bangun meninggalkan meja. Wah.... betapa mulianya hati mereka mengosongkan meja itu.

gambar hiasan

Hari ini aku lalu di tepi kantin yang sama pada jam 8.30 pagi.... Wah mereka masih duduk duduk di kantin tersebut. Nampaknya hari ini hari yang baik juga. Aku tidak singgah dan mereka pula masih belum puas makan sebelum memulakan kerja jam 8.00 pagi....

Orang dolu dolu kata " kita ini seperti melukut di tepi gantang" Ada pun tak berguna, manakala kalau tak ada pun , memang tak jadi apa apa....

Sebenarnya di dalam badan kita ini adakalanya mata kita dan hati kita jadi benda tak berguna. Mata kita memandang orang dengan pandangan yang hina, manakala hati kita bercakap dengan tak perlu disuruh, ada sahaja ulasan buruk buruknya.

Seperkara lagi kita selalu rasa kita lebih besar dari orang lain......


Kita tenguk orang bawahan kita kecik kecik sahaja tetapi kita selalu terlupa bila orang bawahan kita berhenti kerja, mereka akan jadi orang besar besar dengan sebab mereka dah rasa dirinya tak kena mengena lansung dengan kita....

Kepada saudara sedari di luar sana, kalaulah bangkai sedara sedari boleh membungkus diri sendiri dan jatuh bergolek golek ke dalam kubur, maka dipersilakanlah menyombong diri dengan hidung setegak tegaknya.Kalau rasa tidak boleh, eloklah bermasyarakat dan berpakat pakat bersatu hati dan bukan mengajak berpecah belah, muncung sana muncung sini menunggu saat muncung anda dipancung...


Janganlah menyangka bahawa bibir anda tu tebal sangat sangat.......


Sunday, February 23, 2014

Mengidam Makan

Salam.........,

Cerita sedikit pasal makan.............

Sejak dari mula mula sampai ke Madinah, pm begitu berjaga jaga tentang soal makan. Perut rasa tak sedap je dan makanpun ala kadar bagi mengenyangkan perut. Bila tenguk benda makan, susah hatilah dibuatnya....


Gambar ini sewaktu nak balik di lapangan terbang King Abd. Aziz. Hanya beli roti tanduk tu, sedikit kentang goreng dan air teh sudah terkena 31 Rial....Memang tak kenyang tapi tekak mahu makan...


Makanan ini di dalam hotel di Madinah....ada kueh popia, ada kentang ada nuggud, nasi kuning nampak kering sahaja dan TELOR....TELOR arab ni memang warna putih, pm ingatkan telor masin atau telor itek. Kering tak berkuah dan tolaklah ke dalam tekak perlahan lahan.


Ini gambar kakak ipar pm, selera pulak dia makan. Alhamdulillah, tekak dia boleh terima....


Yang inipun lebih kurang sama jugak bila berada di Mekah, kismes je yang menarik. Maksudnya dalam pinggan memang tak penuh apatah lagi air minuman bancuh sendiri.....


Bersetentang masjidi ada komplek besar berdekatan jam besar tu....di sana pm dapat melepaskan kerinduan untuk minum teh tarik serta roti canai walaupun harganya 3 rial tiap tiap satu....



Alangkah baiknya kalau di negara arab tu ada orang jual kueh APAM. Dah tentu arab yang jual APAM akan dipeluk peluk oleh orang Malaysia


Pm nak nasihat sikit, kalau sampai ke sana, mulut janganlah gatal gatal menyebut sakit perut dan tak selera makan, nanti korang betul betul tak selera sampailah balik ke Malaysia....

Sampai hari ini pm masih belum membeli buah cempedak untuk di goreng kerana pada ketika pm melepasi kawasan ini pm terbau cempedak bukan main sedap sekali... Ada ke Arab kat sana jual cempedak goreng ?



Kalaulah ada.....tolong kasi tau kekawan yang lain......




Saturday, February 22, 2014

Pesanan Untuk Anak Anak

Salam,

Dalam lupa lupa juga masih juga teringat....

Bila motor ice cream lalu di hadapan rumah..." oppppppp ..top top" budak kecik tu menjerit. Lelaki membawa motor ice cream berpatah balik ke pintu rumah. Mahu tak mahu dibelikan juga sebab budak budak dah cakap " top"........



Ketika berjalan jalan merentasi rumah orang....." his" kata anak yang sorang ni....Esoknya pula bila berbasikal ke pasar " hissssss" dia berbunyi lagi dari tempat duduk belakang. " Kenapa dik" ibu bersuara. " Rumah orang tu ada kereta besar besar, ada sebijik ada dua bijik, kenapa kita ada basikal aja" katanya.

"Kita orang miskin, manalah mampu beli kereta" kata ibunya memberi jawapan yang paling tepat..........



Bila anak sudah besar besar, bersyukurlah dengan apa yang ada, berbuat baiklah dan bersatulah adik beradik. Bila dah berjalan jauh jauh jangan lupa balik ke rumah, bila sudah beristeri, bergirlfriend jangan lupa rumah tempat membesar semua adik beradik. Mana yang senget benget perbetulkan, mana yang suka tak suka diperbaiki........Ingatlah tempat tidur, bantal busuk.... Hari ini kalau orang pandang kita semua dengan sebab kita sudah mulai mempunyai apa apa akan tetapi asal kita tetap orang kampung yang tidak mempunyai apa apa..


Wednesday, February 19, 2014

Janji Kekasih

Salam,

Andainya manusia tahu tentang kelebihan baitullah itu, sudah pasti mereka berebut rebut datang walaupun terpaksa merangkak...........

Semalam pm berkesempatan melawat sepupu lelaki pm yang sedang dirawat di Hospital Ampang Puteri. Beliau kini masih berada di unit rawatan rapi setelah menjalani pembendahan. Dengar khabarnya ada 3 saluran jantung tersumbat. Bila ditanya bagaimana boleh terjadi, beliau sendiri tidak tahu nak jawab kerana baginya semua berlaku dengan spontan. Beliau datang ke hospital kerana hendak membuat pemeriksaan sahaja. Tiba tiba sahaja berita itu dia dapat......Kalau dilihat dari tubuh badan dan beliau juga seorang yang aktiv bersukan tentu kita tidak menyangka sama sekali......Dimana pula jawapanya.


Menurut kata salah seorang cikgu pm, kita harus selalu berzikir kerana zikir boleh membersihkan jantung, selain dari itu kita kena selalu bersangka baik.... wallahualam..

Selepas menziarah sepupu pm, kami mencari kedai makan di kawasan Ampang juga. Singgahlah di salah satu restoren mamak anak mami. Sedap juga makan nasi dengan hati ayam, manakala kuah kari bercampur campur melimpah di dalam pinggan. Selepas makan, mamak itu datang mengira makanan kami.Tak mahal pun tetapi jawapan soalan tadi sempat dijawab oleh mamak berkenaan.

Menurut katanya dia sudah 2 kali melalui pembedahan. "Allah mahu kasi" katanya. " Kita orang Islam kena percaya dan kena terima" katanya lagi. Kawan sebelah dalam gurauan berkata " mamak, lu tak jaga makan ka".............." Allah sudah mahu kasi, dalam perutpun sudah janji" mamak memberi jawapan mudah.

Pm tersenyum mendengar jawapannya namun kata katanya terus menjadi kenangan" Allah mahu kasi"...Entah berapa ramai diantara kita yang sanggup terima pemberian Allah. entah berapa ramai yang mahu percaya tentang janji Allah kalau lansung tak pernah tahu..........

Terpulanglah kepada tuan tuan.......

Dalam gitu gitu itu pm pula sedang menunggu beberapa hari untuk meraikan pertunangan anak lelaki. Anak pm risau, orang di rumah juga risau. Risau takut tak ada yang tolong, maklumlah di tempat pm ini disebut orang sebagai tempat jin bertendang. 



Pm kata" Kalau Allah nak raikan semuanya akan terjadi". Bahawa selama ini pun ada orang tolong memasak, bahawa selama ini pun ada orang datang berziarah dan bukanlah JIN jin yang sibuk bertendang terajang. Kalaulah adik beradik kita sibuk atau berasa jauh nak datang menjenguk kita, biarkan sahaja dan jangan dipaksa. Baitullahpun belum tentu orang dapat datang melakukan haji dan umrah. Redholah diatas pemberian Allah....Wallalhualam.....

Tuesday, February 18, 2014

Soal Hati

Salam,

Berbahagilah bagi saudaraku yang mendapat umrah yang mabrur.......................

Sepertinya berpuasa, di Kota Mekah kita menjaga mulut kita dan nafsu kita. Namun kekadang kala benda benda yang terbiasa itu terjadi juga. Ada orang kelihatan marah marah meluap luap macam pelik sahaja, ada yang sombong bukan main sekali. Ada pula lagaknya mementingkan sangat diri sendiri, ada yang sangat bergaya. Ada pula shopping gila gila sampai menambah nambah beg. Ada yang siang malam kerjanya tawaf sahaja, bahkan umrahnya melebehi 7 kali. Kenapa agaknya terjadi begitu. ?



Kelakuan yang pelik pelik ini bertambah pelik lagi terjadi selepas pulang dari umrah. Ada yang menyerlahkan sikap tidak puas hatinya setelah pulang dari umrah. Bahkan ketika berada di hadapan Kaabah mereka juga berdoa yang bukan bukan ditambahi pula kehendak keduniaan. Seolah olah Kaabah bakal memberi sesuatu kepada mereka.




Benarlah kata orang bahawa sebelum kita pergi menunaikan haji atau umrah, kita harus banyak belajar. Bukan sahaja belajar hukum dan baca baca doa tapi juga bab bab akidah supaya tidak lari dari tajuk. Kita bukannya hendak pergi bersukan kejar mengejar di sana. Waktu solat telah ditentukan, lambat dan cepat anda ke masjid itu terpulanglah. Abang sulong pm memilih jalan memikul jenazah bagi memudahkan beliau keluar dan masuk masjid. Akal begitu boleh dipakai juga.

Anda tidak perlu memeluk kaabah, bergantung di batu hajar aswad atau berbaring di dalam raudah. Anda juga tidak perlu sujud betul betul di kaki kaabah. Semua orang rindukan kaabah, semua orang mahu melihat kaabah tapi jangan anda menjadikan batu itu sebagai sembahan dan jangan pula kata tuhan tinggal di dalam kaabah. Maka dikala itu jagalah hati, ingatlah pesanan pesanan  guru guru tauhid.

Mudahan mudahan bagaimana baik baiknya kelakuan sewaktu mahu bertolak, begitu jugalah sewaktu berada ditanah suci, dan bertambah elok bilamana sudah pulang ke tanah air....wallahualam

Sunday, February 16, 2014

Impian Seorang Abang

Salam,

Segala pujian bagi Allah dan selawat salam kepada junjunganku Muhammad SAW........

Masa telah lama berlalu, sejarah sering dikenang kenang dan berulang ulang. Siapakah kita yang dapat menentukan syurga dan neraka atau dapat menilai dosa dan pahala. Mudah mudahan Allah Taala mengampuni dosa dosa kita yang telah berlalu dan memberi kebaikan serta rahmat dimasa masa mendatang. Amin.

Seperti yang pernah diceritakan dahulu bahawa abang pm mengajak kami semua sekeluarga adik beradik pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah. " Aku nak mengajak korang semua pergi Mekah " itulah kata katanya dalam mesyuarat adik beradik pada tahun lalu. Waktu itu ada berbagai rasa belah bahaginya, berbagai respon menarik dan kurang menarik dimana akhirnya dapat juga dihimpunkan beberapa orang termasuk sepasang suami isteri dari luar keluarga kami bagi menggantikan adik beradik yang tidak dapat pergi.


Abang sulung pm itu adalah seorang lelaki biasa yang telah mendapat rahmat menganjurkan perjalanan ini yang sebelum ini tidak pernah terfikirkan justeru kerana kemampuan ekonomi. Alhamdulillah dengan berkat doa orang orang terdahulu, segelintir keluarga kami dapat berhimpun dan sujud di hadapan baitullah.

Seperti yang pernah pm sebut dimana dalam dua bulan sebelum bertolak, abang pm telah datang bertemu pm menghadiahkan 6 buah buku bagi panduan umrah. 3 daripadanya adalah dari utas travel manakala 3 pula adalah sebuah buku solat dan 2 salinan dari buku yang beliu pakai sebelum ini. Memandang kepada keadaan buku buku tersebut memanglah pening untuk memilih mana satu. Namun seperti kata orang apalah guna ilmu yang banyak tetapi tidak memberi menafaat kepada kita. Pembuka katanya abang sulung pm menunujukkan kepada pm satu doa pendik bagi pemudah perjalananan. Hanyalah doa tersebut yang pm hapal dimana tidaklah nampak kehebatan sebutanya seperti doa doa ulama' ulama' besar. " Aku bawa teksipun baca doa ini" kata abang sulung bagi menguatkan keyakinannya....


Berbekalkan doa ini pm menuju ke baitullah setiap hari. Bahawasanya di Mekah itu manusia hidup berdoa sentiasa dengan doa doa kebaikan dan amat berbeza dengan di tempat kita bilamana doa dinyanyikan, di fb kan, dibaca panjang panjang tanpa pengertian serta kesedaran. Adakalanya pula kita tidak sedar bahawa kita sedang mengaminkan doa, tau tau dah habis pak imam baca.

Ternyata ilmu yang sedikit itu terkadang kadang lebih memberi menafaat bilamana doa dikota mekah itu menunjukkan  kita tidaklah ada syak wasangka terhadap Allah Taala. Apa yang diberikan terhadap kita adalah bahagian kita. Bayangkan di sana bukan sahaja kita akan bertemu dengan himpitan jutaan manusia dan juga suasana suasana yang tidak dijangka, bahkan panas matahari mencabar keyakinan kita terhadap tuhan. Janganlah merasa pelik jika ada orang merungut panas, merungut ditolak, merungut sakit kaki, merungut letih dan mengantuk. Ada yang sakit sehingga dimasukkan ke hospitan, ada yang terpaksa membayar beratus ratus rial untuk mengupah ditolak diatas kerusi roda. Semua itu adalah bahagian tuan tuan haji dan hajjah sekelian dalam mana memohon taubat dari Allah subhanahuwataala.




Berbekal doa tadi pm melihat dan merasai keajaiban. Kami melalui tempat sesak bertawaf dan bersai. Kami berjaya melepasi himpitan, kami merasai kesejukan kipas walaupun matahari terpacak di kepala. Dan tambah indah lagi bila pm dan para jemaah bersolat zohor serta asar ketika di atas bumbung masjidil haram, ketikanya imam memulakan solat dengan tiba tiba datanglah awan menutupi kami semua dari panas matahari, angin bertiup menyejukkan tubuh kami sehinggalah selesai solat barulah matahari muncul kembali. Kejadian itu berlaku di setiap hari ketika kami berada di kota Mekah.



Abang ipar pm pula adalah seorang yang berpenyakit gaut. Hampir setiap hari beliau minum air zam zam dan berdoa. Alhamdulillah sakitnya sembuh dan beliau dapat bersai dengan baik.


Kepada saudaraku, bersangka baiklah terhadap Allah Taala, menerima ujian dengan redho. Berdoalah meminta segala kebaikan, meminta ampun untuk diri kita, ahli keluarga kita, ibubapa, saudara mara, jiran kita, orang kampung kita dan juga kepada orang yang sedang serta pernah memusuhi kita. Mudah mudahan doa kita kabulkan serta mendapat kebaikan terhadap semua orang yang ada. 

Jika anda menempuh panas matahari, mintalah Allah sejukkan walaupun tidak lojik pada fikiran manusia. Bersabarlah dan sentiasa berbaik sangka. Semuga anda selamat dalam perjalan anda, selamat pergi dan balik, saksikanlah kerinduan di Kota Mekah itu...wallahualam...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...