Thursday, July 24, 2014

Peti Derma Berdarah

Salam,

Peperangan itu masih berlaku walaupun di bulan ramadhan. Korban masih meningkat, kecederaan makin meluas. Rumah kediaman, sekolah hospital malahan tanah perkeburan juga dibom dengan kejamnya sehingganya tiada lagi nilai kemanusiaan..............


Di jalan TAR Kuala Lumpur, orang orang kita sedang bergembira. Mereka sedang gembira bershopping untuk hari raya. Banyak pakai harus diganti, banyak duit ditaburkan justeru kerana ada yang sudah berggaji awal dapat bonos dan dapat pinjaman keewangan bagi menyambut raya ini....................

Dari awal petang di hadapan Sogo banyak pemuda berjalan dengan menggantung kotak derma di lehernya. Derma untuk gaza dikutip siang malam dan tidak mengira waktu solat. Rajin sangat nampaknya. Sungguh mulia benar hati mereka. Jika berjalan di tempat lain juga kita berjumpa kotak yang sama..... Nak bagi derma atau tidak ? Terpulang kepada anda.....Ada yang menampalkan no akaun bagi mengutip derma itu. Rasanya tentu banyak wang telah dikutip, cuma adakah benar salurannya, adakah benar benar sampai atau mereka mengutip derma untuk menyambut hari raya tahun ini untuk diri mereka ? Tolong jangan menjadikan gaza sebagai alasan untuk kepentingan diri anda...

Monday, July 14, 2014

Pembunuh Upahan

Salam,

Dulu kat kampung tu seronok sahaja.... Dari Tok Penghulu sampailah ke Tok siak surau semuanya boleh duduk pakat pakat makan sesama.......Bukan main meriah lagi bercerita.........

Hari ini sejak ustaz ustaz baru yang muda muda datang ke kampung keadaan dah jauh berbeza. Maklumlah pendapat orang baru nampaknya lebih bernas dari orang lama. Dulu kata babi haram sekarang dah boleh adjust adjust jadi halal terus dan senang dimasak sedap dimakan. Justeru dok kerana makan babi babi inilah hati terus jadi "kaudu" sampai tak kenal bangsa sendiri dan adik beradik sendiri.



Seisi kampung jadi tak tentu hala, ada yang murtad mengejut, ada yang tak kenal mana satu bini sendiri dan mana satu bini orang, main sodok sodok je....Ada kawan makan kawan, tikam sana tikam sini. Maka janganlah katakan ada pedoman agama sampaikan colok pun berdiri atas kubur melayu.



Sibuklah orang nak menolong luar negara tapi kampung sendiri lebih dari huru hara. Tenguk israel berperang dengan kejamnya, kat sini apa kurangnya dengan kekejaman yang ada..........


Saturday, July 12, 2014

Hari Raya Tidak Memilukan

Salam,
Lagu raya mula didendangkan dimana mana walaupun di bazar ramadhan. Sungguh benar orang kita nak beraya sambil tangannya penuh menghayun beg plastik besar di Jalan TAR. Tanpa mengira barangan yang mahal maka raya tetaplah raya.............


Tapi tidak semua orang dapat beraya dengan sepenuhnya kerana bebanan di bulan puasa ini bagikan melimpah limpah. Masa inilah kerja pemotongan letrik dan air berlaku, masa ini juga ada kisah kereta kena tarik. Masa ini juga road tax kereta " mati" dan tidak termasuk ada anak masuk sambung belajar dan anak anak yang demam teruk di hospital.


Di kala ada pihak syarikat yang mengeluarkan bonos, pekerja kerajaan serta perladangan yang dapat durian runtuh, masih ada juga orang yang tidak dapat gaji, tak dapat advance. Kesuntukan itu sangat sangatlah terasa sehinggakan modal nak buat kueh raya pun tak ada. Bagaimanakah keadaan orang orang yang semistinya membeli tiket keretapi dan bas seawal bulan ? Bagimana pula keadaan orang yang tak dapat cuti ?
Kekadang malas sensitif sangat, macamlah budak budak. Orang kata kita ini tidak mempunyai perasaan. Nak buat macam mana ya....duit eleeeeek ...!

Namun masa bujang dulu, pm makan pisang di tempat kerja di hari raya, dan kadang kadang tarik selimut di waktu pagi kerana baru sahaja habis kerja malam.......Masa itu raya tidak bernilai dan rasanya tahun ni cam tulah jugak......

Walaupun orang berkata bahawa hari raya itu adalah untuk mereka yang menang justeru kerana dapat melawan nafsu dan berpuasa penuh namun di Malaysia ini raya bermakna hidu penuh warna warni. Di hari raya semua orang beraya walaupun terpaksa berhutang dengan bank untuk beraya.....Selamat menyambut hari raya, selamat kena tipu dengan jualan murah, selamat meminjam dengan ceti dan bank. Selamat kena kelentong dengan orang berniaga semuga raya tahun ini dapat diraikan besar besaran...............

Monday, June 30, 2014

Surau As Soodiqin, Kasturi Bukit Beruntong

Salam Ramadhan,

Dulu orang kata bahawa tempat tinggal aku ni tempat JIN BERTENDANG. Ramai yang dah beli rumah di sini dan kemudian menjualnya semula kerana tidak tahan dengan jin jin yang ada. Kerana banyak jinlah maka tumbuhlah tesco, sekolah surau, pusat latihan dan sebagainya bagi menyekolahkan jin jin tersebut. Ada orang kata tempat ni jauh, Seremban lagi dekat dengan KL. Maka dengan sebab jauh itulah, saudara mara adik beradik macam tak larat nak singgah. Mereka lebih suka singgah di rumah rumah burung yang berada di tengah tengah kota......




Ini adalah gambar surau yang berdekatan dengan rumah aku, iaitu SURAU AS Soodiqin di Kasturi Bukit Beruntong yang mana susah sangat nak jumpa dalam google. Ada pun orang orang surau ini baik baik, walaupun aku ini jenis tenggelam timbul, almaklum balik rumah selalunya malam hari.




Seperti yang aku cakap tadi, orang surau ini baik baik dan tidak memilih bulu sepertinya tempat tempat lain. Tanpa menolak dan tidak mengira ahli atau tidak, tidak mengira siapapun maka kalau ada jemputan pasti mereka tidak mengecewakan tuan rumah...





Dulu berdekatan surau ini ada juga bazar ramadhan tapi tahun ni, berpecah pula di tiga tempat bazar ramdhan tu, satu dalam pekan, satu dekat masjid dan satu lagi di Seroja. Namun yang datang ke bazar tersebut bukanlah jin jin tapi manusia macam kita....







Kalau nak rasa sedap tak kueh kat sini, datanglah ramai ramai........

Saturday, June 28, 2014

Alahai... Dah Nak Dekat Puasa Rupanya

Salam,

Di kala orang orang surau tempat pm ada gotong rotong menyambut bulan puasa esoknya, pm pula masih tersangkut di tempat kerja. Mudah mudahan Allah merahmati anda sekelian wahai orang Taman Kasturi di surau As soodiqin Bukit Beruntung..... malangnya gambar surau sukar dicari dalam google...

Melalui pasar borong selayang pagi tadi, rata ratanya menunjukkan jem dan agak sesak dengan sebab terlalu ramai orang mencari lauk pauk sebagai hidangan menghadapi bulan ramadhan yang tiba esok. Pm tidak tahu harga ikan dan sayur bagaimana, mungkin harga semakin turun atau sebenarnya tak pernah turun bahkan semakin naik. Tapi ini adalah tradisi kita orang orang melayu darinya zaman nenek moyong yang begitu berbahagia memyambut bulan puasa...


Petang nanti sibuklah suruh anak cucu mandi dan mengajar niat puasa. Mana mana anak anak yang terlupa, jangan lupa talipon ajarlah balik niat puasa sebulan, niat puasa sehari di bulan ramadhan. Cam tu pun ada tiap tiap tahun. Makan malam ini agak mewah sikit, begitu juga surau bakal meriah juga dalam sehari dua ini.... Jangan lupa kunci jam untuk bangun sahur pagi esok..... Jangan terlajak pulak......tentu lapar sangat puasanya ya......Petang esok pastinya ada juadah yang best best....maklum menyambut puasa...



Jangan pengsan sudahlah.....

Wednesday, June 18, 2014

Kain Yang Terlondeh

Salam,

Aku nak menyambung kembali sebutan aku semalam pasal bangla ni......Pertamanya kena ingat jangan nak hina bangla dengan sebab dia orang itu manusia juga. Kedua banyak pula beragama islam yang masuk ke Malaysia ini, namun begitu ada juga yang cakap " bos, kalau pakai nama muslim lagi senang, lagi murah" Ini bermaksud ada yang budha tetapi menyamar jadi islam. Kisahnya ada sekor mamat ni aku marah dia makan di bulan ramadhan, last last mengaku dia budha. Ni, ejen punya kerja, maklumlah malaysia yang canggih ni mudah juga ditipu bangla...


Ada syarikat mengambil bangla secara lansung terus dari negaranya , ada pula jalan rengkas iaitu "hangkut" melalui ejen. Dah terang terang dah bahawa bangla ni datang Malaysia dengan tak tahu apa apa, ada juga yang bawak sijil sekolah darjah 10 yang sikit punya tinggi tapi apa pun tarak. Kita pula kat sini kena menyekolahkannya balik melalui kelas tadika. Kena ajar bercakap , kena ajar kerja, kena ajar beradap, bagi rumah, bagi makan, bagi kain baju. Ada pulak anak anak dara , janda bangsa kita yang meleleh air lior sampai menitik nitik ...


Anda tak rasa pelik ke bila tukang pasang alat kereta,tukang buat kereta pun bangla, lepas tu anda komplen pasal kereta berasap di tengah jalan. Anda tak pelik ke bilamana masuk ke hotel, penyambut tetamunya bangla, yang kemas bilik pun bangla, yang tukang hidang pun bangla, tentu sekali tukang masak pun dia jugak...Kenapa bangla tu tak beli sahaja hotel tu. Dah tu pulak hotel dikatakan taraf 5 bintang ?

Sebenarnya ahli perniagaan tak sensitif lansung, tak ada deria rasa. Janji berniaga sedangkan kemaluan ditunjuk ditayang tayang dihadapan umum.

Korang tau tak diaorang ni kena diajar cara mandi, diajar pakai minyak wangi kemudian barulah buat laki....Itupun kalau tahan.......

Satu yang aku suka ialah bila surau tempat aku penuh dengan bangla waktu solat, mereka sembahyang beramai ramai dan berimam. Lepas sembahyang berlongok ramai ramai sebab " time" nak makan. Budaya mereka tetap ada dan memang penat MENYEKOLAHKANNYA...


Anak anak bangla selalu hantar duit 3/4 dari gaji ke kampong halamannya. tinggal kat tangan hanya 100-200 ratus je. Lain hantar kampong, buat rumah besar besar. Cukup masa dia balik bangladesh, selepas dua bulan datang balik kerja kat sini. Senangnya dia keluar masuk. Sekarang bangla dah pandai pilih kerja yang gaji banyak, gaji sikit tak mahu, kerja busuk sikit tak mahu. Seorang bos kerja house keeping yang aku kenal pernah cakap dekat bangla pekerjanya " saya bos, benda busuk pun saya angkat tapi lu tak mahu"...Itu menunjukkan bahawa bangla jua ada hidung tapi kita tak ada hidung kerana nampak mereka wangi sahaja.

Diakhir kata, kalau tak ada mat bangla ini, sape pulak nak buat kerja, anak melayu kita sekolah nak jadi bos sahaja........

Tuesday, June 17, 2014

Kampongku Kampongmu

Salam,

Dah senyap pun isu babi tu sebab dah dihalalkan oleh "pak ularmak". Namun begitu aku mengambil kesempatan juga menasihat anak anak aku berkenaan pancaroba yang lebih teruk akan ditemui di masa akan datang. Dimana di waktu itu "Quran" lansung orang tak nak pakai. Yang orang nak pakai adalah cakap cakap orang yang nampak pandai tapi bodoh sesangat.....Eloklah pada hari ini belajar belajar bukak kitab agama balik, hapal mana mana yang patut, basic pun tak apa, buku sekolah rendah pun tak apa, bukak bijik mata besar besar kenal halal haram makruh, sunat, shubahat dan sebagainya. Janganlah dimasa akan datang melihat orang bertelanjang tapi mengatakan orang yang bertelanjang itu ada memakai baju.... Kalau dah telanjang tu kira telanjanglah...nak berhujah apa lagi....Nak bagi alasan boleh sebab "sekadar" hiburan ke?



Dalam sebut sebut begitu, teringat pula seorang dari anak lelaki aku yang nak masuk belajar ke ILP hujung bulan ni. Selepas SPVM dia kerja di bengkel seorang pakcik melayu. Dibayar gaji secara GAJI MELAYU, selepas tu masuk pula kerja kilang yang pemiliknya juga melayu, pun dapat gaji secara melayu......Paling paling tidak budak budak macam anak aku ni bekerja cuma 3-4 bulan lepas tu ceritanya sambung belajar. Maka dengan alasan itu dia dapatlah GAJI MELAYU...



Bersambong pada kisah itu, selepas SPM budak melayu masih sekolah lagi selama 3 tahun. Dah keluar nanti kalau nasib baik dapat kerja sepertimana yang dia belajar. Nasib tak baik dia kerja kuli manakala Bangla jadi bos...



Selama 3 tahun itu syarikat syarikat dan peniaga peniaga tempat mengambil bangla jadi pekerja mereka. Gajinya pula lebih lumayan dari bangsa kita dengan sebab selain dari bangla dapat duit , ejen pekerja asingpun dapat duit atas angin. Kecualilah bangla bangla tu bekerja secara mencuri curi atau bekerja sendiri. Kat chowkit ada banyak kedai bundle yang dimiliki bangla tapi diatas tiket orang melayu juga. Sekali sekala datanglah DBKL sapu kedai mereka........ tau tau dah bukak balik selepas beberapa hari kemudian. Musim operasi tempat tu nampak lengang je.....selang beberapa hari muka yang sama mucul balik. Agaknya bangla bangla pergi bercuti gamaknya........



Cerita pasal anak melayu susah nak dapat kerja, cerita peniaga melayu merungut tentang kedai bangla tumbuh macam cendawan memang dah lama dah.... Dah berapa kali mengundi, cam tu jugak. Pembangkang menang atau pihak pemerentah menang pun nampak sama jugak. Hari ini kita dengan bangla makan sama sama satu pinggan, dah tak ada beza pun. Ada orang cakap bangla rajin , melayu malas tapi aku tenguk si bangla kalau korang tak jaga dia akan lagi tambah pembelit...... Nak buat cam mana tak ada orang melayu nak kerja dan orang melayu pulak nak kerja senang senang. Nak kerja duduk je, sampai tak mahu cari down line...

Sangat sedih bila anak anak kita tidak dapat belajar sebaliknya hanya diberi angan angan oleh kolej kolej yang ada. "Esok awak keluar kolej awak akan dapat kerja itu inilah...." Bila dah keluar, puas memohon sana sini tapi tak laku....tempat tempat anak anda telah dipenuhi oleh bangla sebagai pekerja mahir. Senang, epf tak payah potong, mc tak laku, cuti tahunan tak ada, cuti mingguan tak ada......Tokeh tak perlu pening dengan persoalan pejabat buruh.........

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...