Monday, February 23, 2015

Santau Angin

Salam,

Sudah lama pm tidak menjengah ke kampung maupun mendengar kisah sok sek sok sek di sana. Sempatlah juga pm melawat sahabat pm di Batang Kali. Kawan sama sepermainan dan satu cikgu, cuma bagi pm dia ini lebih pandai dari pm


Perjumpaan malam itu menyaksikan tentang keuzuran beliau. Dari raut muka yang sugul, serta batuk batuk serta suaranya yang kekadang kadang tenggelam jelas menunjukkan kesakitan beliau. Beliau kematian isteri tersayang beberapa tahun lalu dan mengambil keputusan berkahwin semula dengan seseorang yang diharap boleh menjaganya seiring meniti usia yang semakin senja. Dalam percaya tak percaya beliau menceritakan bahawa beliau mengidap penyakit itu adalah berpunca dari santau angin. Sudahpun berubat tetapi penyakit itu terus berulang ulang seolah olah sangat berkehendak kepada kematian beliau. Semuanya kerana gara gara harta pusaka ibu mertuanya sebelum isteri pertamanya meninggal. Bagaikan tidak percaya bahawa perbuatan shir itu adalah berpunca daripada  iparnya yang tamak.




Di dalam zaman moden rupanya masih ada lagi manusia suka membuat kaedah ini. Satu kaedah yang sukar dipercayai dan dikesan dan juga dianggap sebagai pembohongan yang besar. Doktor di hospital tidak menyatakan dia sakit apa apa kecuali sakit tekak padahal beliau mencungap cungap lelah tersandar di tepi pokok.

Di dalam google menterjemahkan seperti berikut :  

Santau terbahagi kepada dua: 

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 

iika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.



Apapun ceritanya santau tetaplah santau iaitu sebagai alat pembalas dendam dengan tanpa mengira hukum hukum dan aturan alquran. Semuga cerita yang sedikit ini menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua. Harta benda pangkat dan wanita, boleh mengubah hala tuju keinginana. Wallahualam.



Wednesday, February 18, 2015

Abang Dah Mandi ke ?

Salam...........

Teringat saya bila arwah lebai din berseloroh ketika sedang mengajar di sebuah surau di kampung pm dulu. 
" Kau tanyo kek kerbau sapi tu, berapa rukun mandi wajib, kalau kau pun tak tahu, samolah kau dengan kerbau sapi tu"......................



Solan sinis untuk budak budak macam pm suatu ketika dahulu. Solan untuk budak budak lelaki yang baru baligh tapi itu di kampung bukannya di bandar. Hari ni, adakah anak cucu kita tahu rukun mandi wajib? Jawapannya misti dia orang tahu, di sekolah ustaz ustaz dah ajar, cikgu cikgu pun ada sebut tapi secara teori. Praktikalnya ada tak ? Silap silap tak pernah buat atau main pandai pandai buat .....Begitulah lemahnya kita di zaman ini......


Di dalam sibuk kita menyuruh anak anak bersekolah agama pagi petang, dalam sibuk sibuk menyuruh anak anak dara bertudung, soalan sebegitu lupa pula kita bertanya. Kita hanya menanggap bahawa mereka semua sudah tahu. Dan kehidupan itu terus berlalu sehingga dewasanya dengan tanpa kita sedar. Tidak termasuk perbuatan malas mandi oleh anak anak jantan kita yang hidupnya bagai keluang aitu berjaga waktu malam dan tidur waktu siang....

Persoalan mandi wajib menjadi tajuk utama sehingga ke hari perkahwinan. Bila sang suami bertanya pada isteri, adakah awak tahu mandi wajib, cuba tunjuk kat saya cara mandi wajib. Tentu jadi gelak ketawa jikalau ada orang tahu. Tapi sebenarnya perkara sebegitu telah pun terjadi , apatah lagi jika anda sebagai seorang wanita memilih KERBAU sebagai suami.



Mengingati diri saya juga dan juga tuan tuan serta puan puan, apasalahnya kita membuka tajuk ini sebagai peringatan untuk semua. Sebelum yang muda menjadi tua, sebelum pergi haji dan umrah, apasalahnya check sedikit perkara perkara kecil ini yang menjadi tunggak kepada amalan yang besar besar. wallahualam


Tuesday, February 10, 2015

Cerita Yang Telah Basi

Salam,

Bukan sahaja beberapa hari sudah malahan beberapa bulan yang lalu, ruangan group tersebut telah membicarakan soal membawa anak kecil pada ketika menunaikan haji atau umrah. Berbagai pendapat dapat kita lihat dari beberapa sudut. Ada yang sangat menyokong tujuan tersebut sambil menceritakan pengalaman masing masing dan tidak kurang juga mempertikaikan termasuk juga menyebut hukum hakamnya sekali.

Akhirnya cerita beralih kepada masjid dimana terdapat kanak kanak membuat bising, berlari lari kesana sini dan ada yang memanjat belakang ibu bapa ketika ibubapa sedang solat. Berat betul cerita ini ......


Mungkin tuan tuan dan puan puan banyak melihat ibubapa membawa anak anak mereka pergi ke konsert konsert dan ke komplek besar untuk membeli belah. Ada problem tak ?, ada orang kata apa apa tak ? Masa tu tak boleh kata apa apa, sebab nampak lebih kepada tujuan keduniaan. Tapi yang ini tujuan ibadah, nak beribadah tak boleh kena ganggu, tak boleh membiarkan anak anak kita ganggu orang lain. Bila budak menangis, bacaan kita akan tersasar ke lain dan jadi kacau bilau, hilang kusyuk dan sebagainya hilang sehinggalah hilanglah rasa sabar ? Begitu rupanya corak ibadah ya ....?


Mari kita tanya orang orang yang telah dan pernah berada di kota suci itu, apakah pendapat mereka sebenarnya. Apakah  mereka akan menghalau semua kanak kanak yang berada di dalam kota mekah itu keluar dari kota sewaktu musim haji dan umrah ? Tentu sekali tidak, malahan seekor kucing pun tidak dihalau keluar dari masjidilharam......

Terus terang saya kata pabila berada dikota Mekah itu, hati akan menjadi seputih putih hati yang tidak ada lagi busuknya bahkan benda benda busuk akan dibuang jauh jauh dari ingatan. Hilang segala perasaan pentingkan diri sendiri serta syak wasangka dendam dan marah......kecuali jika mereka itu sebenar benarnya sudah kehilangan pertunjuk dari Allah.

Pengalaman saya menemui kanak kanak kecil yang membawakan buah kurma untuk saya ketika di Madinah sungguh bermakna. Bahkan ada yang berpusing pusing di sekeliling saya ketika berada di Mekah menjadi penyeri kepada tanah suci itu. Ibadah itu bukanlah hanya ada pada solat dan zikir malahan berada dalam semua perkara termasuk soal siratulrahim dan kasih sayang.....

Jika kita mampu bawalah semua seisi keluarga kita bahkan jika boleh separuh dari isi kapalterbang itu adalah ahli keluarga kita. Jika kita mampu , apa lagi mahu ditunggu tunggu. Apakah yang sebanarnya dinamakan kusyuk dan tawadu' ?

Monday, February 9, 2015

CERITA BERULANG ULANG

Salam................

Sehari demi sehari membilang hari, mengira usia yang semakin pendek, menggagahi keuzuran itu yang tidak pernah diceritakan. Salam kasih sayang untuk sekelian anak anak, salam ingatan untuk para pembaca, semuga Alah memberi taufik dan hidayah........

Beberapa waktu sudah melihat wajah tua itu, jalannya mengesuk dari pintu ke pintu, sedangkan berdiri pula telah tiada kemampuan. Hanya ada keriuhan anak cucu yang sangat bermusim datangnya,  maka selain dari itu hanyalah kesunyian yang membelah jiwa. Apalah yang ada pada seorang tua, hidupnya sebagai Quran buruk, dibuang salah disimpan salah....................



Sekali sekala di kala azan berkumandang, si anak menjerit " emak sembahyang mak, dah masuk waktu". Si ibu merangkak lagi ke bilik air, mencari air membersih diri, entah ada kencing dan najis yang bertaburan, entah ada yang bergeseran di lantai. Si ibu menggagahi lagi berwuduk sambil mengimbang dirinya di tepi kolah dan mengesut semula ke ruang tamu bersama sejadah......

Bacalah selagi ada yang boleh dibaca, ingatlah selagi apa yang boleh diingat namun pencarian bagaikan belum berakhir. Tangan terus membilang tasbih menjadi penemannya yang kosong itu . Kosong kerana dunia tidak bermakna untuknya, kosong kerana sunyi hatinya, kosong kerana tidak ada yang ditemuinya. Rasa takut menyelubungi jiwa kian mendatang, mimpi ngeri datang saban malam, terus mengganggu tidurnya.


Alangkah baiknya saat ini berada di kaabah, tempat yang diimpikan semua orang, tempat untuk mati dengan tenang.....Benarkah begitu?  Beruntunglah mereka penduduk mekah itu ?

Orang tua itu termenung lagi, berbicara berulang ulang kepada anak cucunya. Cerita hari ini semalam adalah cerita yang sama, sebutannya sebentar lagi juga adalah sama. Pertanyaannya semakin menyemakkan telinga, permintaannya juga bertambah yang bukan bukan dan akhirnya dia ditinggalkan bersendirian dicelah kesibukan anak anak kepercayaannya.

Apa lagi yang ada kepada orang tua itu, hartanya, emas berliannya, baju kainnya ? Dia terus menjadi quran buruk yang ditinggalkan, ilmu hanya tertulis dikertas tanpa makna dan terjemahan. Anak cucu kini menanti, bilakah usia senja itu berakhir..." susahlah nak jaga orang tua ni......"



Thursday, January 22, 2015

Sebuah Mesin Jahit Kenangan

Salam,

Syukur Alhamdulillah, dpatlah pm menulis sedikit kisah hari ini....Ia itu kisah mesin jahit singer....


Beberapa minggu mengemas rumah dengan sebab nak mengadakan kenduri tak lama lagi, pm dapati banyak barang barang yang tidak berguna. Dalam keadaan begitu juga ,dirumah pm tidak cukup tempat untuk menyimpan benda benda yang patut disimpan. Perasaan serba salah sangat mengganggu fikiran......

Sebuah mesinjahit lama ditemui di dalam bilik sudah lama tidak digunakan. Orang rumah cadangkan jual sahaja. Pm rasa serba salah sebabnya mesin ni dibeli pada zaman "susah susah" dulu, masa budak budak kecik kecik, masa tidak ada kemampuan nak upah orang buat baju anak anak. Akhirnya pm bagi jawapan " suka hatilah ".........................................

Bermulanya orang rumah bertanyalah pada jiran nun jauh di sana, orang yang kelihatan susah dan ada anak ramai. Tolak RM 100/- je.....Harga ni macam tak patut tapi fikirkan jika nak menolong orang kita kenalah bagi pancing dan jangan bagi ikan......

Si jiran ini pulak "offer" kat kawan dia yang hidup nampak senang sikit. Orang itu pun datang ke rumah untuk tenguk tenguk........Dia kata harga RM 100/- kan ? Sebab kita dah tersebut harga, jadi diam sahajalah..." Orang tu cakap nanti dia tanya laki dia dulu......................

Esok lusa dia talipon dan beritahu bahawa dia tak jadi beli, sebab dia ingat mesin jahit ni jenis portable ( serba guna) yang kebetulan memang ada dalam rumah pm


Dia memang gilalah, kalau benda ni nak tolak kat dia RM 100/-..............................

Jawpannya melegakan hati pm..............................

Semalam dia talipon balik dia kata nak beli pulak, sebab baru baru nak belajar ni eloklah pakai manual dulu. Jadi jawpan yang pm beri " sorry" bukan untuk dijual lagi......

Moralnya kat sini, rumah kita penuh dan tak tahu nak humban kat mana, jadi kita cuba buat ibadah sikit. Jual kat kawan yang susah. Kawan yang susah ni pulak sampaikan kepada geng yang berlagak.....

Bagi pm simpan sahajalah sebagai barang antik dan barang kenangan.....Dulu masa susah, bukan senang nak dapatkan apa apa walaupun mesin jahit jenis ni. Nak upah orang jahit......malamlah sikit


Thursday, December 25, 2014

Jalan Jalan Pulang

Salam,

Apa khabar semua. Sihat ? Alhamdulillah......itulah kata kata yang terbaik daripada bertelagah mengata orang....

Sudah hampir hujung tahun menyebabkan kita mengimbas kembali waktu waktu berlalu hampir ke penghujung tahun ini. Apakah kejayaan tuan tuan agaknya. Pm bersyukur kerana impian pm untuk mengerjakan umrah telahpun tercapai....Impian lain ada juga, teringat nak balik bekerja dekat dekat rumah tapi malangnya sehingga ke hari ini belumlah ada rezeki. Ada juga minta tolong kekawan carikan, tapi kawan kawan semua sibuk dengan urusan masing masing....



Sekarang ni pm masih sibuk melayan budak budak dalam fb. Masa pm budak budak daulu begitu jugalah keadaannya, menyebut sahaja apa yang suka sebut, mana ada fikir panjang, mana ada fikir perasaan orang. Maka terjadilah aku ni betul sahaja........Bos lama dahulu orang ngaji agama jugak, dia cakap kat pm " kau ni masih muda lagi". Panasnya hati tak kan orang muda tak boleh belajar ilmu yang sulit sulit dan tinggi tinggi menggunung............................Pm pun melanggar kata. Korek sana korek sini akhirnya tidak berjumpa kesudahan, umur pula makin meningkat sehari sehari....................

Tuhan jadikan lelaki dan perempuan. Siapakah lelaki siapakah perempuan. Soalannya macam tanya apa itu qada' dan qadar. Bukankah semuanya datang dari yang satu dan apasalahnya kalian bersatu. Maksudnya dalam mencari apa pun di muka bumi ini, kahwinlah walaupun kahwin itu bukan cerita wajib tetapi cerita kemampuan. Hanya orang orang yang tak mampu serba kekurangan itulah yang tidak melayakkan diri untuk kahwin. Bila sahaja berkahwin, anak anak muda itu akan belajar tentang hidup, belajar mengawal nafsu dan perasaan walaupun waktu mengaji dipondok dulu beliau telah sampai tahap nafsu tertinggi, namun tanpa ujian anda masih dikira gagal.... 



Setinggi mana pun melangit mana pun kita, kita tetaplah hamba Allah. Kita yang hidup dengan segala benda yang dipinjamkan diberi peraturan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Sampai masa semua pinjaman harus dikembalikan, sama ada yang dikembalikan itu hanya sedikit yang sempurna atau yang dikembalikan semuanya secara total, hanyalah Allah yang tahu....

Merenung ke dalam cermin melihat wajah kita tidak mencukupi untuk mengetahui segalanya bahkan kita masih di situ menghadap cermin yang tidak berkata kata. Marilah kita berlemah lembut, menjadi orang budiman memelihara amanah Allah di dalam diri kita dengan cara mensyukuri nikmatnya.

Orang bersyukur akan bersolat dan berdoa, orang bersyukur akan menyatakan dirinya adalah hamba yang fakir hina. Orang yang bersyukur akan tenang dirinya dan akan mengenali tuhannya dengan perkenalan yang diredai. Wallahualam...

Tuesday, December 9, 2014

Ingatan Seorang Tua

Salam,

Sudah lama tidak ada entry, tidak ada idea .........

Mula mula pm sibuk dengan fb, banyak kekawan blogger di sana. Di FB pm menjenguk masuk group KHDU... Group orang tua tua yang banyak menyebut kenangan mereka semasa mengerjakan haji dan umrah. Banyak diantara mereka memasukkan photo photo kenangan itu untuk dikongsikan bersama. Di sana tidaklah ada orang kata mengata sebaliknya saling mendokan kebahagiaan diantara satu sama lain. Pm jadi salah seorang dari mereka yang terus memandang hari tua dan seolah olahnya esok itu terlalu dekat.



Sambil sambil itu pm duduk di dalam group budak budak yang sangat sangat cerdik iaitu group hakikat insan dan pernah juga duduk dalam group mencari tuhan dan batu kiub berhala. Akhirnya pm keluar dari group itu kecuali group hakikat insan kerana pm ini tersangatlah fakirnya, sangat cetek pengetahuan membiarkan mereka berbincang sesama sendiri sehingga ke sudahnya. Kekadang suka juga group mencari hantu kerana yang hantu itu sememangnya adalah hantu...............................



Pm banyak melihat diri sendiri, melihat kebosanan, kesilapan, melihat diri yang kekadang tewas dengan nafsu. Sekejap jatuh sekejap bangun. Waktu berada di Madinah dahulu pm perdoa " Ya Allah berikanlah aku ilmu yang Yakin".....Sungguh benar untuk yakin bukan semudah yang dicakapkan atau dituliskan. Yakin berada di dalam diri kita sepertinya daun lalang yang ditiup angin. Itulah kita yang masih tersipu sipu malu, berlindung lindung di celah celah kehidupan sehingganya kita temui jawapan yang tepat.....

Umur melebihi setengah abad bakal menyaksikan bangunan tumbang satu persatu. Bermula dari keretakan pada tiang tiang dinding dan pintu akhirnya bangunan rebah menyembah bumi. Itulah diri kita yang bersifat hamba mendapat pinjaman dari yang empunya bakal menerima lamaran kesakitan sedikit demi sedikit. Sedikit demi sedikit akan menjadi bukit atau runtuh berlerai........Kita akan pulang dengan hanya membawa cerita cerita atau bekalan penyelamat. Adakah yang empunya itu berkehendak ke atas bekalan kita sedangkan dia adalah yang maha kaya ?...............................

Kini lamaran itu berada bersama pm dan pm sedang melaluinya sehingga ke penghujung....wallahualam



TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...