Sunday, August 29, 2010

KESAKITAN BERPANJANGAN

sambungan...................

Tiga bulan dilalui dengan penuh sengsara. Muhammad Latakul Usul pada mulanya bercerita tentang kebaikan mempengaruhi jiwaku. Akhirnya semua jadi terbalik. Solatku telah berpindah kiblatnya ke Timur dan Takbiratulirhamku dalam keadaan tangan terbalik. Tuhan sudah menjadi dua, satu tuhan dunia, satu tuhan akhirat. Pakaian pula hanya dibenar pakai kain dan baju, manakala seluar dilarang sama sekali. Dia menerangkan tentang tuhan kepadaku menjadi tuhantu. 

Aku juga mendapat gangguan ketika solat dimana diwaktu itu aku merasa ada air mengalir dari tepi telingaku terus ke bawah, begitu juga ada angin naik bertiup dari bawah kain. Badanku panas dan tidur malam diganggu oleh cerita yang bukan bukan sehingga aku hanya berjaga sehingga pagi. Setiap pagi apabila bangun dari tidur aku akan temui seekor atau dua tiga ekor belalng hijau mati terhimpit dibawah badanku.

Satu suara gaib lagi muncul iaitu seorang perempuan bernama Habibah. Habibah menemaniku sepanjang masa dengan ceritanya. Ada cerita sedih dan ada cerita gembira tetapi dia adalah teman bagiku dengan cerita seperti kisah hikayat Malim Deman dengan kata " tidak akan kujumpa orang dunia melainkan orang yang kukasihi"  Nun jauh dihutan sana pula sering kudengar suara memanggil manggil namaku dengan kata " jika orang dunia tidak menyukai kamu , datanglah kemari "  Aku tidak menuruti kata itu walaupun jiwaku sudah disuruh suruh pergi kesana.

Tiada siapa yang suka  padaku, emak saudaraku pun melarikan apabila melihat aku sendirian dibawah pokok sewaktu aku bertandang di Ampang. Semua ini kuasa Allah yang memberi pengalaman kepadaku tentang hati manusia. Aku memang tak ada kawan dan kalau ada kawan kawan datang menziarah sekalipun , mereka akan memandang aku dengan pandangan yang hina. Mereka menganggap aku gila.

Pada suatu malam kudengar ngauman harimau dibawah rumahku dan aku menggelisah bagaikan badan harimau yang berbalik balik. Tiba tiba aku merasakan ada air masuk ke dalam kerongkong dan rasanya dingin sekali. Keesokan harinya selepas bangun dari tidur aku melihat bunga durian bertaburan sekeling rumahku membentuk pusingan bulat....

bersambung lagi..... tentang perubatan dan pemulihan... 


Gambar hiasan



No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...