Followers

Saturday, August 7, 2010

REZEKI ALLAH

Bulan Ramdan kian mendekat menyaksikan kesibukan masyarakat kita berbelanja. Dimana sahaja bukan sahaja pasar borong, pasar tani tetapi juga di gedung gedung besar , mini market riuh rendah dengan kehadiran manusia yang berbelanja membeli barang-barang keperluan  seolah-olah negara kita bakal dilanda darurat. Bukan sahaja orang kaya tetapi juga orang miskin berbelanja besar lebih dari kadar biasa untuk menyambut Ramadan setahun sekali walaupun disana sini seperti biasa kerajaan melaungkan supaya berjimat cermat dan jangan boros

Tradisi ini tetap berlansung bermula dari zaman nenek moyang lagi dan tidak mungkin dapat diubah. Kita cuba diajar supaya tidak menurut hawa nafsu di bulan puasa, dilatih berpuasa semenjak dari kecil tetapi mempunyai selera yang besar ketika berbuka puasa. Kita cuba menidakkan perkara itu tetapi bazaar Ramadan tetap penuh dengan kueh muih yang akan dimakan oleh manusia dan sisanya nanti kepada binatang. Nun disana anak pak lebai juga bertukar jubah dan kopiah atau paling paling tidak tasbih baru buat beribadah waktu malam….. bagaimana pula yang lama ? Manusia semuanya mempunyai kehendak ?

Tapi yang miskin itu adakah benar benarkah miskin ? Miskin sehingga memerlukan bantuan ? Mereka yang tinggal di rumah DBKL tetapi berkesempatan membeli rumah lain berasingan dan menyewakan rumah DBKL kepada Bangla dan Indon ?. Mereka yang tinggal dirumah PPRT yang setiap bulan menerima bantuan dari Baitulmal, Kerajaan negeri, pusat zakat atau wang poket dari YB. Merekakah yang bukan hanya dapat pancing tapi juga dapat ikan untuk hidup. Merekakah yang susah yang saban ramadan mendapat bantuan dan mendapat baju raya untuk anak anak mereka. Mereka atau yang sebenarnya kita........................

Kita inilah yang hidup dengan tulang empat kerat mencari rezeki dengan usaha sendiri. Kita yang hidup hanya bergantung kepada gaji iaitu gaji suami dan gaji isteri. Banyak manalah orang macam kita dapat.... Kalau ada RM 5 ribu...... pasti hari raya ini adalah hari yang sangat gembira. Kita tak perlu pinjam bank, pinjam along atau berhutang disana sini... Senang ke kita jika balik kampung dengan duit minyak RM 300/- duit tol RM 120/- dan tidak termasuk baju kain anak bini yang mahu ditukar . Kalau dapat sepasang seorang jadilah...Jadi ayah kenalah mengalah....pakai sahaja baju tahun lepas. Senang ke kita bahawa dalam perjalanan pergi dan balik dari kampung tak perlu singgah makan untuk menjaga buget. Tak perlu ke kita menyediakan sampul ampau hijau untuk sanak saudara ?..... Orang PPRT tentu lebih mampu dari kita ?

Orang PPRT cuma dilarang pakai Astro.... tapi kereta menjalar didepan rumah. Setiap awal tahun mereka dapat tukar baju anak sekolah. Kita cari sendiri bahkan kadang kala lansung tak dapat tukar. Adik pakai baju abang, abang dapat baju baru selepas  6 bulan . Yuran sekolah mereka sudah bayar awal tahun sedangkan kita sampai bulan Oktober  masih terhutang dengan sekolah. Anak mereka dapat makan free anak kita bawa duit belanja RM 1/- sahaja. Nak makan apa dengan duit RM 1/-

Kepada saudaraku yang mendapat rezeki ini , terimakasihlah kepada kerajaan bersyukurlah kepada Allah. Jangan jadi perdurhaka kepada negara, kutuk sana kutuk sini, ikut sana ikut sini. Seperti kata mereka..." duit kami ambik tapi kami tak sokong " Sedapnya mulut bercakap kerana masih bernafas dimuka bumi... Kalau tak mahu sokong.... hiduplah seperti kami yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang, malam tidur dengan perut keroncong.... Jika minta bantuan Baitulmal entah bila dapatnya , tidak layak katanya ........

Aku cuma teringat seorang budak lelaki tinggal dengan datuknya seorang yang pencen kerajaan. Dia dapat bantuan sekolah dan juga dapat biasiswa. Emak bapaknya kaya raya., gaji besar , anaknya menumpang kesusahan nama datuknya....Adil ke atau kita kena sebut " sudah rezeki dia "


2 comments:

Man Kuchai said...

Itulah dia sekarang ni semuanya berkabel...kena ada kabel baru boleh dapat rumah PPRT...saya pun dah 3 tahun mohon hampeh... tak layak katanya...betul la tu duk umah pprt bila check hartanya dah ada rumah 3/4 buah..huhuhu..bila la org miskin cam kita ni nak dapat...

Panglima Muda said...

adik aku dapat le... tahun sudah dapat duit rm 1,000/- belanja raya.... tapi dia nampak tak senang senang juga... ikan dapat pancing pun dapat.