Followers

Tuesday, October 12, 2010

Pokok Cili Faizan

Salam,
Ahad lalu aku ke Keramat KL,  ke rumah kakak iparku. Biasalah dah lama tak ziarah semenjak raya kemarin. Biasalah hari ahad waktu petang adalah waktu berehat bagi orang kerja gomen dan kerja pejabat. Masuk rumahnya gelap aje sampailah ke pintu belakang. Tau tau nampak anak saudara lelaki tengah sibuk dengan pokok cilinya.

Nak kata hantu sampuk dia , tidak pulak. Dia ni budak IT, hari hari mengadap komputer, alih alih dah jadi pak tani pulak. Mungkin kena tiup angin lepas kawin kut. Tapi dia juga baru nak berjinak jinak dengan blog, nak tulis pasal pokok cililah tu. Kasihan jugak ya...aku menulispun boleh dikira jari siapa nak baca. Lainlah penulis politik, yang boleh kutuk sana sini dengan tajuk yang hebat hebat. Jadi kita jadi penulis dairy sudahlah..... dapatpun sen sen aje dari nuffnang..............entah bila jadi banyak macam buah cili tu

1 comment:

Anonymous said...

salam pakdin, dia tidak disampuk, tapi very typical nowadays, org it pubn eco savvy juga. dan suka bercucuk tanam..

salam